Written by AbangNara | September 30th, 2010

gambar artis anggun 2010

Inilah gambar-gambar 20 yang anggun 2010 anjuran Majalah Eh! Disebabkan Lisa Surihani tak ada, maka bagi kami Diana Danielle la yang paling anggun. Hehehe.

Oh ye dalam 20 yang anggun 2010 ini ada gambar Ekin. Kami pernah terjumpa Ekin baru-baru ini, dia sememangnya anggun. Cantik gila. Memang wajarlah Mawi  jatuh cinta dengan Ekin.

Lagi gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Murai.

 
Written by AbangNara | September 30th, 2010

gambar jejai pakai topi

Sebagai seorang penulis blog yang tegar, kami sentiasa mencari gambar-gambar artis kesayangan anda untuk dikongsi bersama di blog ini. Antara gambar artis yang sentiasa mendapat sambutan hangat sudah tentulah pelakon pujaan ramai, Fasha Sandha. Lebih-lebih gambarnya bersama dengan jejaka terhangat Malaya, abang Jejai.

Semasa kami mengushar gambar-gambar mereka berdua, kami perasan sesuatu yang agak pelik. Kenapa dalam semua gambar, Jejai pakai topi? Tak ternampak sekali pun gambar rambut dia. Adakah Jejai mengalami komplikasi rambut gugur? Atau Jejai perasan yang dia nampak lebih kacak apabila bertopi?

Kami serahkan tugas untuk membongkar misteri ini kepada anda semua. Kalau anda tak percaya, ushar lagi gambar-gambar Fasha Sandha dan Jejai dan lihatlah dengan mata kepala anda sendiri yang Jejai sentiasa memakai topi di dalam-dalam gambar tersebut.

Lagi gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Semua gambar diambil dari Facebook We Love Fasha Sandha.

 
Written by AbangNara | September 30th, 2010

darling kena denda

Kami tak ikut sangat perkembangan kes mahkamah Darling atau nama sebenarnya Nasreen Ngasri nie. Tup tup semalam dia telah didenda RM15,000 atas kesalahan menggunakan dokumen palsu. Kalau tak dapat bayar, Darling mungkin dipenjara selama 3 bulan.

Darling kini sedang mengandung 2 bulan. Kami berharap agar Darling dapat membayar denda yang dikenakan. Kalau time mengandung duduk dalam penjara berkemungkinan besar akan stress dan boleh menyebabkan kandungan tak selesa.

Semoga kesilapan ini menjadi pengajaran buat semua orang. Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

P.S: Pantun kelakar untuk ceriakan pagi anda.

Written by AbangNara | September 29th, 2010

azmil mustapha bedah jantung

Untuk anda yang tidak tahu, Azmil Mustapha kini menetap di Syria. Dan dari blog Farz, kami mendapat tahu yang Azmil Mustapha akan menjalani satu pembedahan jantung di ICU di hospital sana. Marilah kita doakan yang terbaik untuknya. Semoga pembedahan tersebut akan berjalan dengan lancar.

Kalau anda ingin membaca kisah Azmil Mustapha dan pilihannya untuk pergi ke Syria, boleh dapatkan majalah SOLUSI. Tapi kami tak ingat keluaran bulan bila. Dalam tue ada banyak cerita menarik tentang Azmil Mustapha yang suatu ketika dahulu femes dengan filem Ali Setan.

Semoga segalanya dipermudahkan untuknya. Nanti kalau ada update kami akan ceritakan lagi.

Page 1 of 1312345...Last »