Written by AbangNara | August 20th, 2010

anak aishah sinclair

Si comel Aishah Sinclair, adik kepada Ashraff Sinclair telah pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 15 Ogos 2010. Tahniah kami ucapkan kepada beliau. Nama baby girl tersebut ialah Soraya Ann. Mesti cute macam mak dia kan?

Kami doakan agar si baby dan mak baby sihat-sihat belaka. Terima kasih kepada Encik Azam yang berkongsi info ini.  Nanti kalau ada gambar anak perempuan Aishah Sinclair kami kongsikan di sini ye.

Written by AbangNara | August 20th, 2010

mizz nina konsert arak

Nak kata tak tahu, tak mungkin penyanyi se”international” Mizz Nina tak mengerti apa itu Arthur’s Day. Konsert sempena Arthur’s Day yang bakal dimeriahkan oleh Timbaland ini sememangnya ada kaitan dengan arak. Sebabnya ianya dianjurkan untuk memperingati ulang tahun sebuah syarikat arak, Guiness. Sedikit petikan dari Wikipedia:-

[note]Arthur’s Day refers to a series of music events which were first organised in 2009 to celebrate the 250th anniversary of the Guinness brewing company by its owner Diageo plc, using Freud Communications as public relations co-ordinators.[/note]

Bagi kami ini sememangnya memalukan untuk seorang artis yang beragama Islam. Takkanlah tak ada invitation lain sampai invitation untuk konsert Arthur’s Day pun diambik oleh Mizz Nina. Kalau manager Mizz Nina yang terima untuk behalf dia pun, sepatutnya kenalah consult terlebih dulu kan?

Harap-harap Mizz Nina sempat untuk berubah fikiran dan ambil keputusan untuk tak join konsert nie. Sebagai artis, at least sepatutnya lebih concern bab-bab sensitif macam nie.

P.S: Untuk hilangkan stress anda, sila layan video sumpah kelakar ini.

P.P.S: Berdasarkan komen anda, PopShuvit dan DJ Fuzz jugak adalah mereka-mereka yang sepatutnya dikecam seperti Mizz Nina kerana mereka jugak beragama islam. Harap artis-artis yang beragama Islam agar lebih prihatin dalam bab nie.

Written by AbangNara | August 19th, 2010

siti nurhaliza sharifah aini

Rasanya semua orang yang mengikuti perkembangan dunia hiburan tanah air tahu punca kerenggangan hubungan Siti Nurhaliza dan Sharifah Aini. Hampir 6 tahun jugak diorang berdua nie berkonfrontasi sesama sendiri. Lama tue beb. Kalau kahwin dah boleh keluar 3 orang anak dah tue.

Alhamdulillah sempena Ramadhan kali ini Siti dan Sharifah Aini dipertemukan untuk satu sesi fotografi khas sempena Hari Raya yang akan datang. Siti pun sudah mengakui yang dia sudah melupakan kisah lama. Dan tak mahu mengungkit cerita-cerita dahulu lagi. Kata Siti:-

[note]Siti tak pernah berdendam atau simpan apa-apa perasaan selepas melalui semua ini dulu. Bila ia selesai, Siti pun anggap semuanya selesai dan memulakan semua yang baru.[/note]

siti nurhaliza sharifah aini

Dan Sharifah Aini siap keluar air mata sebab sedih sangat dengan perjumpaan kali ini. Moga-moga Kak Pah dan Tok Ti betul-betul berbaik semula. Kisah yang lama janganlah dikenang. Lagi-lagi di bulan Ramadhan ini.

Written by AbangNara | August 19th, 2010

raja azmi

Oh ini memang gila. Berita terbaru yang kami baca rupa-rupanya Roslin Hashim dan Raja Azmi telah disyaki check in satu hotel yang sama oleh isterinya. Disebabkan itu, isteri dan ibu mertua Roslin Hashim telah mendesak agar Roslin menceraikan isterinya.  Memang gila betul tragedi nie.

Menurut Roslin, mereka telah memaksanya melafazkan cerai setelah mengesyaki dia berada berdua-duaan dengan produser filem terkenal, Raja Azmi Raja Sulaiman ketika mereka menyerbu bilik bernombor 533 Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini pada 7 Ogos lalu, kira-kira pukul 8.30 malam.

Ketika ditanya Hakim Syarie, Wan Mahyuddin kenapa dia mahu memfailkan penceraian, Norhayati memberitahu mahkamah bahawa dia mendapat tahu suaminya berlaku curang apabila pergi ke Hotel Corus bersama Raja Azmi.

Katanya, dia mengetahui suaminya telah mendaftar masuk ke hotel di bilik 533 yang didaftar di bawah nama produser itu.

“Kami sekeluarga termasuk ibu, dua adik saya telah ke tingkat lima. Di sini, kami tunggu Jalani Sidek (suami Raja Azmi) untuk membawa kami ke Bilik 533 tetapi dia cuba melengah-lengahkan perjalanan untuk ke bilik tersebut,” katanya.

Norhayati mendakwa Jalani telah menelefon Roslin supaya keluar dari bilik berkenaan kerana dia bimbang pegawai jabatan agama akan menangkap dia dan Raja Azmi yang berada di dalam bilik berkenaan.

Setibanya di bilik tersebut, menurutnya, Roslin bagaimanapun sudah keluar dan hanya tinggal Raja Azmi seorang diri.

Sehubungan itu, Norhayati meminta Jalani menelefon Roslin supaya datang ke bilik berkenaan untuk bersemuka bagi menjelaskan keadaan sebenar sehinggalah berlakunya perdebatan.

Katanya akibat tidak dapat menahan sabar akhirnya Roslin telah melafazkan talak “I cerai you-lah.”

Sementara itu Roslin ketika memberi keterangan sewaktu disoal oleh peguamnya, Roslizam memberitahu mengaku melafazkan cerai berkenaan.

Kata Roslin tiada siapa yang memaksanya untuk melafazkan cerai terhadap Norhayati. Bagaimanapun Roslin amat marah kerana Norhayati cuba mengaibkannya dengan menghubungi pejabat agama dan juga wartawan untuk menangkap dia dan Raja Azmi.

Ketika ditanya oleh Roslizam apakah hubungannya dengan produser filem itu, ujar Roslin, dia telah mengenali Raja Azmi sejak 12 tahun lalu dan menganggapnya seperti kakak dan ibu.

Katanya ketika Norhayati tiba di hotel itu dia berada di luar dan kembali semula 20 minit kemudian. Pada ketika itulah berlakunya perdebatan sehingga menyebabkan dia melafazkan cerai.

“Kalau dia betul syak saya ada hubungan dengan Raja Azmi, kenapa tidak berterus terang dengan saya. Apa sebenarnya dia mahu?” soalnya.

Menurut Roslin, dia tiada niat untuk melafazkan cerai terhadap Norhayati sebaliknya sekadar menyebut perkataan itu tanpa ada bilangan talak.

Sementara itu, di luar mahkamah, Norhayati ketika diserbu wartawan hanya sempat menyatakan: “Saya telah dilafazkan cerai oleh suami saya, Roslin Hashim di bilik 533, Hotel Corus pada 7 Ogos 2010. Itu sahaja. You orang buat kesimpulan sendiri.”

Page 6 of 16« First...45678...Last »