Written by AbangNara | August 26th, 2010

lisasurihani

Aduh. Lawa sungguh pelakon pujaan hati BeautifulNara nie. Gugur jantung dibuatnya. Lama pulak rasanya tak post gambar atau cerita pasal Lisa Surihani. Jadi ini entri sekadar untuk pengubat rindu peminat-peminat Lisa. Sila jangan marahkan kami.

Dan untuk pengetahuan fans Facebook Lisa Surihani sudah pun menjangkau 600 ribu orang. Memang gile. Facebook BeautifulNara tak cecah 15 ribu orang pun lagi. Korang memang kejam. Mementang la Lisa lawa.

Untuk Lisa, taknak buat berbuka puasa bersama peminat ke? Mesti ramai yang nak join kalau ada jemputan berbuka puasa bersama-sama. Please anjurkan ~~

P.S: Tapi secara ikhlas lakonan Lisa masih tak berapa mantap lagi. Lisa masih muda so still boleh improve lagi. Moga-moga mampu menjadi heroin nombor 1 Malaysia suatu hari nanti.

Written by AbangNara | August 26th, 2010

faizal tahir di lubnan

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi lelaki nombor 1 Malaysia, Faizal Tahir yang telah berjaya menjejakkan kakinya ke Lubnan untuk Misi Bebaskan Palestin. Walaupun tak berjaya menjejakkan kaki ke Gaza, misi Faizal Tahir dikira berjaya sebab banyak berjumpa dengan pelarian Palestin di Lubnan.

Faizal Tahir telah merasai pengalaman di Lubnan selama 6 hari iaitu dari 12 Ogos hingga 17 Ogos baru-baru ini. Kami kagum dengan kata-kata yang dilontarkan oleh FT semasa sidang media berkaitan misi yang dia sertai:-

[note]Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu. Rasa sebak dan sedih bercampur baur terutama bila melihat keadaan mereka yang cukup daif. Namun saya cuba kawal perasaan sedih yang menyelubungi diri saya ketika itu. Tapi, apabila melihat keperitan mereka, saya rasa bersyukur tidak terhingga kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. Wujud pula keinsafan, saya mula terfikir rupa-rupanya masalah yang saya alami sebelum ini tidaklah sebesar mana sebagaimana yang ditanggung masyarakat di sana. Bayangkanlah, dengan keadaan kem yang begitu kecil, ia telah diduduki oleh beribu penduduk di dalamnya. Sudahlah begitu, dengan wayar elektrik yang tidak sistematik, ia nampak berselirat dan menjadikan tempat itu tidak terurus serta tidak selesa untuk didiami.[/note]

Yup memang sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia bersyukur dengan keamanan negara kita ini. Walaupun sebenarnya kita masih boleh jadi lebih maju dari sekarang kalau ditadbir secara adil, tapi sekurang-kurangnya kita taklah seteruk Palestin. At least makan minum kita masih terjaga.

Buat Faizal Tahir, tahniah kami ucapkan kepada anda kerana membuktikan yang selebriti kita jugak prihatin dengan apa yang sedang terjadi di dunia sebelah sana. Semoga terus maju jaya selepas ini. All the best dari kami.

P.S: Jahat sungguh Google menjatuhkan maruah PM kita. Cian Najib.

Written by AbangNara | August 26th, 2010

Sedar tak sedar dah dekat nak raya dah. Bila bercerita pasal raya, sudah tentu tak lepas lari daripada bercerita tentang lagu raya. Macam biasa orang akan kata lagu raya dulu-dulu memang lagi kaw-kaw daripada lagu raya sekarang. Nilai sentimental dia lagi kuat. Lirik padu, melodi mantap.

Bagi kami, lagu kegemaran kami sudah tentu daripada Mamat yang bertajuk Ku Pohon Restu Ayah Bonda. Sedih gile beb lagu nie. Masa belajar kat Korea dulu, kalau dengar lagu lain boleh berlagak macho lagi. Sekali keluar lagu Mamat nie terus mengalir gak setitis dua air mata. Sedih beb ~~

Jadi nak tanya apakah lagu raya kegemaran korang? Kot-kot kalau terajin nanti boleh kompilasikan dan buat satu entri untuk download MP3 lagu raya khas buat anda semua. Baru boleh terasa bahang raya tue kan?

Jangan malu-malu nak sharekan lagu kegemaran anda. Kalau ada cerita di sebaliknya lagilah best.

Written by AbangNara | August 26th, 2010

paramkl

Serius teruja dengan kewujudan website ParamKL (Pasar Ramadhan Kuala Lumpur) bersempena dengan bulan Ramadhan nie. Idea yang simple tapi brilliant. Dengan tagline “Your Pasar Ramadhan Assistant”, ParamKL memang mampu membuatkan anda rasa nak menerjah pasar Ramadhan yang ada di dalam website dia. Confirm teruja tengok gambar makanan dia beb ~~

Untuk update yang lebih pantas, boleh join Facebook PARAMKL ataupun follow Twitter diorang. Jangan teruja sangat sampai tengah hari dah bukak puasa udah la. Kepada mereka yang mencipta idea PARAMKL nie, 2 thumbs up dari. Good idea guys ~~