Written by AbangNara | August 2nd, 2010

model terbaru ariel

Inilah gambar model terbaru yang dikatakan ada hubungan dengan Ariel Peterpan. Kita tunggu video diorang plak keluar.

Lagi gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada DausPozi.

 
Written by AbangNara | August 2nd, 2010

nak sign

Terkejut beruk kami membaca luahan hati Redmummy tentang peristiwanya bersama Nasha Aziz. Tak sangka yang Nasha Aziz ini seorang yang sombong. Takkanlah nak mintak amik gambar dia sorang pun kena tanya kat manager kot? Kami rasa Nasha Aziz tengah mengalami stress yang terlampau. Itu yang habis dibebelnya Redmummy yang nak mintak amik gambar Nasha buat kenang-kenangan tue.

Rasanya ramai lagi peminat-peminat artis di luar sana yang pernah mengalami kejadian yang lebih kurang. Beria-ria nak mintak sign atau nak ambil gambar, tup-tup kena reject begitu sahaja. Tebal muka 14 inci dibuatnya. Mungkin artis-artis Malaysia nie perasan diorang gah sangat kot.

Nasihat kami ialah walaupun mood anda tengah tak baik ataupun tengah bengang sebab gaduh ngan boyfren dan girlfren, kalau ada peminat nak mintak autograph tue layankan ajer. Itulah harga yang terpaksa anda bayar apabila menjadi seorang selebriti. Ingatlah tanpa peminat siapalah anda.

Kalau korang ada cerita yang lebih kurang boleh share-sharekan ngan kitoarang. Mana tau korang pun pernah dimalukan oleh artis Malaysia.

P.S: Ada sedikit pembetulan telah dilakukan. Kak Red nak mintak amik gambar Nasha bukan nak mintak sign sebenarnya. Maafkan kami.

Written by AbangNara | August 1st, 2010

juara imam muda

Walaupun sudah agak terlambat, kami tetap mahu mengucapkan jutaan tahniah kepada Asyraf yang kini bergelar juara @ johan Imam Muda Astro. Nama penuh juara Imam Muda ini ialah Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan.

Sedikit petikan kata-kata Asyraf tentang program Imam Muda dan perancangan masa depannya:-

[note]Saya rasa program ini banyak mengubah hidup saya kerana menjadi pilihan orang pertama yang mengetuk pintu institusi imam. Banyak perkara yang saya lalui dan pelajari sepanjang mengikuti tutorial dalam program ini. [/note]

juara imam muda

[note]Insya-Allah, saya akan cuba menjadi seorang imam yang mesra remaja, cool, relaks, manja dengan kanak-kanak dan ramah dengan orang tua. [/note]

Harap-harap program Imam Muda ini akan disambung untuk musim kedua oleh pihak Astro tahun hadapan. Kalau anda salah seorang peminat Imam Muda, sila jadi fans mereka di Facebook Imam Muda.

Page 16 of 16« First...1213141516