Written by AbangNara | July 26th, 2010

farah af2 bertudung

Agak terlambat untuk kami berkongsi cerita ini tapi kami tak kira sebab ini berita baik. Tahniah kami ucapkan kepada Farah AF2 yang kini sudah bertudung. Ini bertudung yang betul-betul punya bertudung tau. Bukan bertudung sebab nak menghayati watak lakonan, atau bertudung sebab dah berjanji dengan peminat nak bertudung. Ini bertudung sebab kerelaan diri ini.

Tahniah kami ucapkan kepada Farah AF2. Teruskan bertudung dan jangan pedulikan kata orang yang kononnya kalau bertudung susah untuk mendapat job dalam industri anda. Bukan mereka yang tentukan untung nasib diri anda. You go girl ~~

P.S: Abang Nara ada gambar Fasha Sandha menyambut hari jadi Jejai untuk dikongsi tapi disebabkan hari tue dah berjanji taknak keluarkan cerita pasal dia lagi, terpaksalah Abang Nara peram sampai masak. Atau korang nak tengok jugak?

Written by AbangNara | July 26th, 2010

facebook say no to kris dayanti

Wow. Tak sampai seminggu Facebook Say No To Kris Dayanti dicipta, orang yang “like” Facebook tersebut sudah mencecah lebih dari 100 ribu orang. Mungkin ini semua penangan aksi Kris Dayanti bercium dengan Raol tanpa segan silu di khalayak orang ramai. Sesungguhnya ayat pengenalan untuk Facebook ini agak lancang jugak:-

[note]page ini diperuntukkan bagi mereka yang sudah muak dengan kelakuan Krisdayanti yang telah berulang kali berzina, merebut suami orang, tak memedulikan perasaan orang lain, munafik, tak punya moral, dan tak punya malu …[/note]

Perkara lain yang dituduh terhadap KD dalam FB ini kami tak berani jamin kebenarannya, tapi bab tak punya malu tue memang kami sokong. Bak kata anda semua, tak sesuai langsung dengan perangai seseorang yang bergelar Hajah. Kita nanti dan tengok sampai berapa ramai fans Facebook ini akan terkumpul.

Buat pengetahuan anda, KD telah pun meminta maaf atas aksi ciuman hangat dia tue. Mungkin takut ada pihak yang membuat laporan polis tentang aksi terlampaunya itu. Bak kata orang-orang tua, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak cium depan orang ramai, memang bodoh namanya”.

Sekian terima kasih.

P.S: Siapa kata kereta potong tak boleh gerak atas jalan?

Written by AbangNara | July 26th, 2010

//Baca ini dahulu sebelum membaca artikel terbaru di bawah//

Dalam diam sudah 2 tahun lebih Abang Nara bergelar seorang pekerja. Bila dah bekerja nie terasa cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik dah 7 bulan berlalu untuk tahun 2010. Bila selongkar gambar-gambar lama, terjumpa gambar masa pergi interview dulu. Terkenang pengalaman turun naik pejabat untuk dapatkan kerja. Penat wei ~~

kiwi shine

Kini tibalah giliran adik Abang Nara pulak untuk mencari kerja. Dia baru grad dan masih tersangat blur lagi-lagi bab nak pergi interview nie. Etika berpakaian memang hancur. Cuba korang bayangkan ada ke patut dia nak pergi interview kerja pakai macam kat bawah tue.

kiwi shine

Terus Abang Nara marah dia dengan kata-kata begini:-

“Kau nie memang takkder attire for surefire success langsung. Kalau kau pergi interview macam nie, confirm kena reject punya. Dah la pakai seluar jeans. Kasut pulak kaler putih. Memang fail. Sila baca panduan berpakaian yang betul kat website Shineatwork nie “

Oleh kerana dia menghormati abangnya yang dah perpengalaman, maka adik Abang Nara pun terus melayari website Shineatwork. Lama jugak dia online tengok website tue. Siap tulis nota-nota penting lagi. Tak lama lepas tue, dia panggil Abang Nara untuk tengok penampilan baru dia untuk pergi interview.

shineatworklatest

Melihat penampilan barunya, terus Abang Nara berkata:-

“Ha, macam nie baru ada gaya nak pergi interview sikit. Tie pun pakai, baju kaler putih, seluar slack dan yang paling penting kasut hitam. Tapi aku tengok ada yang tak kena sikit dengan kasut hitam tue. Tak cukup berkilat lagi.”

kasut hitam

Walaupun nampak remeh, kekilatan kasut kita semasa pergi interview sebenarnya memainkan peranan penting untuk menentukan kita berjaya atau gagal di dalam interview tersebut. Ada research yang menunjukkan bos-bos seluruh dunia menentukan pengambilan pekerja berdasarkan kekilatan kasut calon-calon yang ditemuduga.

kiwi shine

Untuk mereka-mereka yang masih sibuk pergi interview ataupun baru sahaja memulakan kerjaya anda, Abang Nara sangat-sangat mencadangkan website Shineatwork ini. Banyak tips-tips menarik yang memang sangat sesuai dengan budaya ofis di Malaysia ini. Antaranya ialah:-

1. Cara pemakaian yang betul bila anda pergi ofis
2. Cara-cara dan tips-tips untuk naik pangkat cepat
3. 10 perkara yang anda TAK patut cakap kepada boss anda.
4. Teknik merahsiakan affair dengan rakan seofis anda
5. Tabiat di rumah yang anda TAK patut bawak ke ofis

kiwi shine

Abang Nara tinggalkan anda semua dengan website Shineatwork ini untuk anda terokai sebab Abang Nara nak tolong kiwikan kasut adik Abang Nara yang nak pergi interview esok. Kalau anda pun nak pergi interview atau nak pergi kerja, jangan lupa kiwi kasut tue. Baru nampak lebih handsome dan professional. Tak gitu?

Written by AbangNara | July 25th, 2010

yassin kantoi dadah

Aduh. Nampaknya semakin ramai artis Malaysia yang terlibat dengan dadah kantoi satu demi satu. Terbaru Yassin, bekas kumpulan Senario didapati positif dadah pagi hari ini. Yassin ditahan di sebuah pusat hiburan di Sunway Piramid sekitar jam 1 pagi.

Pihak polis telah menjalankan ujian air kencing terhadap 30 orang awam yang berada di pusat hiburan tersebut. Yassin bersama 2 lagi lelaki telah didapati positif dadah selepas pemeriksaan tersebut. Dadah yang diambil oleh Yassin adalah jenis ganja.

Setelah lama tak dengar khabar berita dari pelawak Yassin, tup-tup keluar cerita kantoi dadah pulak. Semoga Yassin dan artis-artis lain mengambil iktibar dari apa yang terjadi.

Page 4 of 18« First...23456...10...Last »