Written by AbangNara | June 24th, 2010

almy nadia

Simple, ringkas tapi memang terbaik ayat Almy Nadia nie. Inilah yang dijawap bila ditanya pasal kaitan dia dan Fizz Fairuz pasal cerita Fasha dan Tizz. Cuba korang baca sikit:-

Saya tidak kenal Tizz dan tidak pernah berjumpa dengannya. Saya kenal dia pun sebab kontroversi ini tapi saya tidak mahu komen tentang dia.  Pada saya buat apa mencampuri urusan mereka. Mereka bergaduh berebut lelaki, kenapa nak mengaitkan saya dan Fizz dalam hal ini?”

Kalau kitorang jadi Fasha ngan Tizz, confirm malu gile punya. Hahaha. Hidup Almy Nadia. You are the best !!!

Written by AbangNara | June 23rd, 2010

gambar liza hanim bertudung

Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Tahniah kepada Liza Hanim kerana sudah bertudung. Ini tudung yang betul-betul. Bukan tudung separuh atau sebagainya. Nampak manis sangat Kak Liza bertudung macam nie. Kami suka.

Sebab Kak Liza bertudung? Cuba korang baca apa dia cakap nie. Terharu beb:-

“Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Suatu pagi, sebaik bangun tidur saya terfikir sudah sampai masanya untuk saya berubah dan menutup aurat. Dan apabila saya memaklumkan hal ini kepada suami, dia juga merestui serta mendoakan yang terbaik untuk saya.”

Tahniah Kak Liza. Kami kagum dengan anda. Teruskan usaha anda bertudung. Nanti kalau ada gambar Liza Hanim bertudung lagi kitorang akan try upload.

Written by AbangNara | June 23rd, 2010

Selepas kemunculan aplikasi ‘Senarai Semak’ dan ‘ChatRoom’, kini Setelkahwin dengan bangganya memperkenalkan satu lagi aplikasi ‘best’ untuk memudahkan you all merancang dan menguruskan majlis perkahwinan. Aplikasi yang dimaksudkan ini ialah aplikasi ‘Belanjawan & Pengesan Bayaran’.

Dengan menggunakan aplikasi tersebut, anda hanya perlu tambahkan item, masukkan tarikh bayaran serta amaunnya. Aplikasi ini secara automatik akan mengira jumlah keseluruhan dan juga akan memberi peringatan kepada anda tentang bilakah bayaran tersebut harus dibayar.

1

Secara ringkasnya, ia adalah suatu aplikasi belanjawan canggih yang membantu anda untuk menguruskan segala perbelanjaan anda dan juga berfungsi sebagai suatu peringatan bayaran apabila suatu item itu sudah sampai tempoh bayarannya. Peringatan ini akan dihantar terus ke emel anda.

Saksikan tutorial video ini utk memahami bagaimana memaksimakan penggunaan aplikasi belanjawan kami

7 sebab kenapa aplikasi ini ‘power’ dan dapat membantu anda semua:

  1. Mudah untuk anda menyusun belanjawan yang diperuntukkan semasa merancang majlis perkahwinan
  2. Anda dapat melihat jumlah keseluruhan bajet yang diperuntukkan untuk majlis perkahwinan anda
  3. Anda boleh memasukkan kos anggaran serta kos sebenar bagi sesuatu item
  4. Begitu mudah untuk anda menambah item-item baru atau kategori baru serta menghapuskan item-item yang tak berkenaan
  5. Melalui pengesan bayaran atau ‘Payment Tracker’, anda dapat ‘keep track’ tentang bayaran-bayaran yang belum dan perlu disetelkan
  6. Pengesan bayaran juga berfungsi sebagai suatu peringatan (‘reminder’) apabila sudah sampai tempohnya untuk anda membuat pembayaran bagi sesuatu item itu
  7. Anda juga dapat menggunakan fungsi cetak untuk mencetak senarai belanjawan anda dengan mudah sekali!

2

Sebenarnya team SetelKahwin telah berusaha dengan gigih sekali bagi membantu bakal-bakal pengantin dalam mengurus dan merancang majlis perkahwinan mereka. Sekarang ini, you all dah tak payah dah nak menyusahkan mak bapak anda semua jika anda ingin melangsungkan perkahwinan. Hanya gunakan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam Setelkahwin ini untuk memudahkan perancangan anda. Yang paling bestnya, Setelkahwin menawarkan segala-galanya secara PERCUMA!

Kami berikan hanya yang terbaik untuk ada semua, tolong support kami dengan meng’share kan berita ini dengan rakan2 anda yang nak kahwin…

Terima kasih :)

Pastikan anda mengunjungi laman kami, www.setelkahwin.com untuk membantu di dalam perancangan majlis perkahwinan anda. Jangan lupa juga untuk mendaftar sebagai Member/Vendor bagi mendapatkan info-info terperinci tentang urusan yang berkaitan dengan hal ehwal perkahwinan. Dan jangan lepaskan peluang untuk menyemak senarai direktori perkahwinan kami yang telah mencecah lebih daripada 3500 penyedia-penyedia khidmat perkahwinan di seluruh Malaysia…!

Written by AbangNara | June 23rd, 2010

linda onn pergi umrah

Kagum sungguh kami dengan Linda Onn nie. Muda-muda lagi dah bergelar jutawan dan paling penting masih berkesempatan pergi menunaikan umrah di kala sibuk bekerja. Inilah yang orang kata bijak menguruskan masa. Tahniah kami ucapkan kepada Linda Onn.

Linda pergi menunaikan umrah bersama ahli keluarga dia. Dari gayanya, kemungkinan besar Linda Onn tanggung kesemua perbelanjaan ahli keluarga dia yang lain. Kalau betullah macam tue, memang Linda sangat-sangat wajar dikagumi. Tabik spring dari kami untuk Linda.

Apa-apa pun korang layan gambar-gambar Linda Onn semasa pergi menunaikan umrah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Page 4 of 15« First...23456...10...Last »