Written by AbangNara | June 29th, 2010

surau umie aida

Ada pembaca yang kata kami nie tak suka keluarkan cerita baik-baik pasal artis Malaysia. Tapi kami rasa banyak ajer cerita kebaikan diorang yang kami keluarkan, cuma mungkin anda yang tak berminat dengan cerita-cerita baik nie. Maklumlah sifat manusia, benda baik senang dilupa, benda jahat jugak dikenang dan disebarkan macam kilat.

Terbaru Umie Aida di dalam Twitternya memaklumkan yang surau di dalam rumahnya hampir sudah siap. Terharu kami mendengar kata-kata Umie Aida yang mahu adakan tazkirah dan mengaji dengan kawan-kawan di dalam suraunya itu nanti. Kalau anda seorang artis dan merupakan kawan Umie Aida, jangan malu-malu pulak pergi rumah Umie Aida bila dia ajak nanti.

Siapa kata artis Malaysia hanya pentingkan keseronokan sahaja? Ada ramai sebenarnya yang baik-baik dan banyak membuat kebajikan tapi mungkin diorang nie low profile dan tak mahu gembar-gemburkan apa yang diorang buat. Kalau dah kecoh-kecoh nampak macam tak ikhlas pulak kan?

Cuma ada segelintir artis kita yang tak tahu malu untuk berkongsi gambar-gambar sosial diorang kat Facebook mereka sendiri. Lepas tue bila terkeluar kat blog-blog hiburan mulalah gelabah. Padahal salah sendiri sebab diorang yang upload benda tue. Kalau dah pandai buat jahat tue, pandai-pandailah simpan. Ini seolah-seolah berbangga dengan kejahatan yang dilakukan.

Tahniah kami ucapkan kepada Umie Aida yang nampaknya sudah semakin berubah selepas berkahwin. Semoga terus berkekalan begini hendaknya.

P.S: Kalau anda baik hati, bantu kami menangi iPad dengan mendaftar di link ini. Maklumat lanjut boleh baca kat sini. Thanks!!!

Written by AbangNara | June 29th, 2010

s shamsuddin sudin

Pelakon terkenal zaman P. Ramlee, S. Shamsuddin dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas jatuh di dalam bilik air. Pelakon yang terkenal dengan watak Sudin dalam filem Bujang Lapok ini kini berada di Hospital Alexandra, Singapura. Marilah sama-sama kita doakan kesejahteraan beliau.

Alang-alang dah cerita pasal zaman P. Ramlee, kadang-kadang kami tertanya-tanya jugak kenapa kita tak pernah boring tengok filem beliau. Tayanglah berapa puluh juta kali pun, confirm tetap gelak jugak bila tengok cerita P. Ramlee. Contohnya filem Nujum Pak Belalang, Bujang Lapok dan macam-macam lagilah. Semuanya best-best belaka.

Tapi kalau filem sekarang nie sekali tengok dah rasa taknak tengok lagi dah. Tak tahu kat mana silapnya. Mungkin skrip yang lemah kot. Tak pun mutu lakonan yang hampeh. Mungkin pelakon sekarang berlakon tanpa jiwa kot. Itu yang buat filem tue nampak tak hidup.

Apa-apa pun sama-samalah kita doakan keselamatan dan kebaikan buat S. Shamsudin. Semoga cepat sembuh.

P.S: Akhirnya maruah Lionel Messi tercalar jua.

Written by AbangNara | June 28th, 2010

gambar lisa surihani bertudung

Alalalala tomeinya kempat-kempata artis ini bertudung. Lagi-lagi si Lisa Surihani yang memang dah comei tue. Makin bertambah comel bila bertudung. Comel macam hamster. Gambar Lisa Surihani, Julia Ziegler, Linda Hashim Dan Chermaine Poo bertudung ini diambil sempena drama Tudung Ekspress.

Bila ditanya bilakah Lisa Surihani bakal bertudung sepenuh masa, inilah jawapannya:-

“Persoalan adakah saya akan bertudung atau bilakah saya akan bertudung adalah terlalu personal untuk dijawap. Biarlah saya yang menentukan apa jua yang ingin dilakukan. Kalau boleh saya mahu ianya berlaku secara natural tanpa paksaan. Tapi jujurnya, setakat ini saya belum rasa ingin ke arah itu.”

Lagi gambar Lisa Surihani, Julia Ziegler, Linda Hashim Dan Chermaine Poo bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | June 28th, 2010

kuiz artis tegur air oren

Tak ada klue sebab korang semua pandai meneka. Sapa betul Abang Nara belanja air oren yang betul-betul. Silalah teka ~~~

Page 2 of 1512345...10...Last »