Written by AbangNara | June 9th, 2010

wondergirls in malaysia

Berita baik untuk peminat kumpulan wanita paling terhangat di Korea Selatan, Wonder Girls khabarnya bakal turun ke Malaysia untuk membuat konsert. Detailsnya masih tak dapat dikenalpasti tapi ini merupakan satu berita baik untuk kipas susah mati Wonder Girls.

Anda tak kenal Wonder Girls? Ala, diorang yang nyanyi lagu Nobody tue. Yang lirik dia lebih kurang gini bunyinya:-

“I want nobody, nobody but you. I want nobody nobody but you”.

Tak tau lagi? Sila layan video klip di bawah dan jatuh cinta dengan Wonder Girls.

Tak sabar rasonya nak tau tarikh Wonder Girls turun Malaysia. Kompem kami akan beli tiket pergi tengok. Yeah ~~~ Anda pulak bagaimana?

P.S: : Ramai dok tertanya2 apa benda nak bagi untuk barang hantaran untuk majlis pertunangan, takkan iPad pulak kan

Written by AbangNara | June 9th, 2010

gambar adi sixth sense dan kekasih hati

Alalala. Mesranya gambar Adi Sixth Sense dengan kekasih hati dia. Kalau tak silap namanya Zarith Zeneta. Status kekasih Adi ialah janda anak dua dari Kota Kinabalu. Janda pun jandalah. Asalkan dah sayang, semuanya nampak indah kan? Lagipun lawa tue. Memang wajar Adi jatuh cinta dengan si Zarith Zeneta nie.

Hari tue pamas sekejap pasal gambar berpeluk di dalam bilik Adi Sixth Sense dan buah hatinya. Tapi gambar yang kitorang terima nie bukanlah gambar berpeluk tersebut. Ini kata orang gambar nak cium tapi malu-malu kucing. Mungkin sebab tak sempat cuci gigi lagi kot.

Buat Adi, sila kawin secepat mungkin. Dah kemaruk semacam je kami tengok. Dan tahniah sebab dapat awek yang cun.

Lagi gambar Adi Sixth Sense bersama kekasih hatinya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | June 8th, 2010

gambar wardina

Aduh bahagianya keluarga Wardina nie. Beruntung si suami dapat isteri secantik dan sesopan Wardina. Kagum kami dengan Wardina yang telah banyak berubah berbanding zaman awal-awal dia dulu. Kesimpulannya di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tahniah Wardina.

Lagi gambar Wardina bersama suami dan anak-anak dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar ini diambil semasa pelancaran buku yang ditulis oleh Wardina.

P.S: Nak tahu pasal sejarah asal-usul kewujudan BeautifulNara ? Baca kat sini  yek.

 
Written by AbangNara | June 8th, 2010

drama arjuna

Mula-mulanya kami memang sangat-sangat teruja nak tengok drama Arjuna di TV3 setiap hari Isnin. Maklumlah, dah lama tak ada cerita pendekar-pendekar nie. Paling last pun rasanya time petang-petang pukul 7.30 malam slot Spektra ke apa nama dia. Ala yang Rusdi Ramli berlakon tue.

Tambahan pulak drama Arjuna nie ada Nora Danish yang cute mute. Dan kami rasa teruja bila salah seorang pelakon drama nie cakap wajib tengok sebab CGI dia yang mantap. Memang makin bersemangatlah nak bagi support kat drama Melayu.

Tapi selepas 2 episod kami rasa macam membazir masa je sejam tengok drama nie. Jalan cerita tue kami tak kisah sangat. Tapi CGI dia tue macam suruh Sin Chan lukis je. Tak macam CGI pun. Takkan KRU Studio save bajet kot. Mentang-mentang la nie sekadar drama je. CGI pun takkan la wat ala kadar jer?

Dari segi lakonan untuk 2 episod pertama nie kami rasa Remy Ishak berlakon agak tak menjadi. Mungkin episod akan datang akan jadi lagi mantap kot. Apa-apa pun kami akan terus tonton drama Arjuna nie minggu depan. Nak tengok kot-kot ada peningkatan. Nora Danish pun keluar time episod 5 nanti. Penat la nak menunggu.

Apa pun tahniah kepada KRU Studio sebab cuba buat drama pendekar. Agak lama dah tak ada drama Melayu macam nie.
vshubcontest

P.S: Klik sini untuk menang semua benda di atas PERCUMA