Written by AbangNara | June 30th, 2010

facebook aizdean

Yeah ~~ Semalam kami dah berjaya contact kawan sekolah rendah kami Aizdean ini untuk buat satu interview khas buat pembaca BeautifulNara. Hujung minggu ini kami akan terjahkan Aizdean untuk anda semua. Kalau ada soalan, boleh tulis kat komen nanti kami akan tanyakan.

Buat mereka yang berminat untuk mengenali Aizdean dengan lebih lanjut, boleh add Aizdean di Facebooknya. Kalau nak ushar-ushar video dan lagu-lagu Aizdean, boleh pergi ke website rasmi Aizdean. Jangan risau sebab website dia dalam bahasa omputih, bukannya bahasa Jepun.

Kami tinggalkan anda dengan sebuah video nyanyian Aizdean. Mantap gak suara dia. Nanti kalau ada MP3 lagu Aizdean, akan kami kongsikan bersama. Enjoy ~~

Written by AbangNara | June 30th, 2010

gambar zahida rafik

Korang tengok statement kat atas, lepas tue korang tengok gambar Zahida Rafik yang terbaru dengan membaca artikel kat bawah nie sepenuhnya. Enjoy ~~

P.S: Gambar awek nie lagi seksi dari Zahida Rafik. Terbaik.

 
Written by AbangNara | June 30th, 2010

gambar memey dan norman

Jeles kami melihat tangan Memey Suhaiza di atas perut tough Norman Hakim. Dan kejelesan kami semakin tinggi apabila melihat gambar Memey dan Norman berposing manja ala-ala “couple of the year” di depan kamera. Mesra sungguh mereka berdua. Confirm anda jeles bila tengok gambar diorang.

Dan yang paling bagusnya ialah gambar-gambar yang diambil ini masih menjaga batas. Kiranya posing manja mesra ini masih tahap-tahap biasa lagi. Takut ramai orang sakit hati tengok. Bagi kami, kami tak sakit hati. Jeles lagi adalah.

Saya rasa tak salah bergambar kerana aksi kami itu bukan sengaja dilakukan sebaliknya atas permintaan pihak media. Kami tahu yang sepatutnya kami tidak perlu menunjuk-nunjuk kemesraan itu. Bagaimanapun, kami masih menjaga batasan antara satu sama lain kerana banyak hati yang perlu dijaga.”

Patutlah ramai artis kita pakai baju seksi tak hengat punya time fotografi. Rupa-rupanya diorang rasa tak bersalah sebab media suruh buat macam tue. Hebat sungguh kuasa media nie. Kalau kami jadi media dah lama kami suruh artis Malaysia posing pakai bikini je.

Lagi gambar Norman Hakim dan Memey yang mampu membuatkan ketiak anda geli dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | June 29th, 2010

aizdean

Bangga sekejap diri ini bila terbaca suratkhabar hari ini pasal Aizdean atau nama sebenarnya Aizuddin. Bila tengok lama-lama, barulah sedar yang si Aizdean ini adalah kawan sekolah rendah Abang Nara masa kat Selayang dulu. Kagum sekejap dengan pencapaian Aizdean.

Buat anda yang tak tahu, Aizdean merupakan seorang pelajar Malaysia yang kini sedang mencipta nama sebagai seorang penyanyi di Jepun. Lagu femesnya yang bertajuk I Need You telah pun didownload ke handphone oleh lebih 30,000 rakyat Jepun. Satu angka yang cukup bagus untuk seorang artis asing di Jepun.

Lagi membanggakan ialah album sulungnya yang didatangkan dalam versi Jepun dan Inggeris turut diedarkan di Amerika Syarikat serta Eropah selain menerusi iTunes. Kiranya bukan setakat pasaran Jepun je lah. Worldwide gitu ~~

Buat masa ini Aizdean sedang bercuti di Malaysia. Kalau ada kelapangan, nanti Abang Nara cuba try tengok kot-kot boleh interview dia atau tak. Tahniah kami ucapkan kepada Aizdean dan semoga terus maju selepas ini.

Page 1 of 1612345...Last »