Written by AbangNara | May 18th, 2010

Wow. Pening kepala ini dibuatnya. Kenapa Natasha Hudson yang penuh dengan glamourous itu ingin mencilok lagu seorang penyanyi YouTube yang tak seglamer dia. Dan tambah misteri, lagu Hanya Tuhan Yang Tahu ini ditulis bersama oleh Natasha Hudson dan Cat Farish. Adakah Cat Farish pun terlibat sama jugak dalam edisi pencilokan ini?

Cuba korang dengar lagu Hanya Tuhan Sahaja Yang Tahu dendangan si janda hangat Natasha Hudson ini:-

Dah dengar? Cuba korang dengar lagu Right Or Wrong nyanyian penyanyi YouTube, Kim Chuah ini:-

Dan ini adalah claim daripada Kim Chuah di channel YouTube dia:-

[note]NATASHA HUDSON HAS PERFORMED MY SONG WITHOUT MY PERMISSION, THE VIDEO WAS UPLOADED JAN 2010 AND 4 MONTHS AFTER SOMEONE CONTACTED ME ASKING ME IF THEY COULD USE THIS SONG AND I GET THE ROYALTIES AND NAMED…BUT THEY HAVE ALREADY USED MY SONG PUBLICLY AS THEIR OWN SINCE JANUARY….THIS IS MY SONG AND I WROTE IT….THERE FOR NO ONE HAS THE RIGHT ESP WEN I HAVEN’T MADE IT OFFICIAL TO SEND IT TO ANY ARTISTS TO USE….ITS WRONG SO STOP NOW!!![/note]

Jeng jeng jeng~~~ Siapa Right Or Wrong sekarang? Mungkin Hanya Tuhan Yang Tahu. Aceh, terbuat ayat pakai tajuk lagu diorang dua pulak. Hehehe. Kita nantikan episod seterusnya daripada Natasha Hudson dan Kim Chuah. Tapi mengikut sejarah terdahulu si Natasha Hudson nie pernah kantoi mengtranslate bulat-bulat puisi orang putih kepada bahasa Melayu, maka kemungkinan besar kita dah tahu siapa yang bersalah. Boleh baca kat sini kalau nak tahu pasal plagiat puisi tue.

natasha pencilok puisi

Written by AbangNara | May 17th, 2010

mael xpdc

Kalau anda semua baca suratkhabar hari ini, ada kisah seorang penyanyi rock yang ditahan reman oleh pihak polis kerana mendera anaknya. Mesti korang tertanya-tanya kan siapakah penyanyi rock tue kan? Jawapannya tak lain tak bukan ialah Mael XPDC. Tapi dari info yang kami dapat, apa yang Mael lakukan bukanlah satu penderaan.

Mael XPDC dan isterinya tinggal berasingan sebab ada masalah sikit. Sebagai seorang ayah, Mael pun datanglah ke rumah isterinya untuk melawat si anak. Nak bertanya khabar. Tapi sayangnya si anak buat “derk” dan tak mahu bersalaman dengan si ayah. Kalau kami pun confirm bengang. Disebabkan marah dengan sikap kurang ajar si anak, maka Mael pun memukul anaknya dengan tangan. Si anak pun apa lagi. Terus mengadu kat si mak dan si mak pun terus buat report polis.

Kalau didapati bersalah, Mael XPDC boleh didenda RM1000 atau penjara 6 bulan. Korang fikirkanlah sendiri patut ke tak patut si Mael nie pukul anaknya untuk bagi pengajaran supaya hormat kat orang tua. Bukan orang lain pun, ayah dia sendiri.

Info yang kami dapat ini tidak dapat dipastikan kebenarannya. Tapi kemungkinan besar tue betullah. Kalau ada info terbaru akan kami updatekan nanti.
nike liberto

P.S: World Cup 2010 dah nak start dah. Apa kata korang gunakan vsHub untuk beli kasut bola Nike CTR360 Libretto nie. Kitorang dah ushar harga kat Malaysia. Harga dia dalam RM500 ringgit. Tapi kalau beli kat Amazon cuma dalam 50 USD. Tambah tolak kos penghantaran vsHub paling tinggi pun RM300 je. Dah jimat RM200 tue beb. Tunggu apa lagi. Mari bershopping World Cup 2010 dengan vsHub.

P.P.S: Kalau nak tahu lebih lanjut pasal vsHub, kami cadangkan anda baca artikel dari saudara Rohaizad nie. Ringkas, padat dan penuh informatif.

Written by AbangNara | May 17th, 2010

radio nombor 1 malaysia

Tiada guruh tiada kilat, tiba-tiba radio Sinar FM merampas takhta radio nombor 1 Malaysia. Paling hebat hampir 2 juta pendengar layan Sinar Pagi setiap hari. Memang mengkagumkan. Radio Era kini di nombor 2 manakalah HOT FM jatuh terduduk sampai nombor 3. Apa sudah jadi? Semuanya sudah kalah dengan muzik retro daripada Sinar FM.

Walaupun keputusan dari Nelsen nie tak boleh dipercayai sangat, tapi harap-harapnya pihak yang terlibat tue bukaklah mata sikit. Orang sekarang dah boring kalau tetiap hari asyik mainkan lagu sama je. Selang sejam keluar lagu sama. Dalam sejam ada 5 lagu Indonesia. Tak pun dalam sejam tue 3o minit memanjang iklan je. Sapa tak menyampah kan?

Buat Sinar FM, teruskan usaha anda untuk memartabatkan lagu-lagu old school Melayu. Anda memang best. Tahniah dari kami kerana berjaya menjadi radio nombor 1 Malaysia.

Written by AbangNara | May 16th, 2010

thalia protege ziana zain

Pergh. Mentor kali ini memang penuh dengan kontroversi la. Kalau dulu Mas Idayu berhentikan anak buah dia punya nyanyian, kali ini diva pujaan ramai, Kak Ziana Zain pulak buang protege dia, Thalia. Apa kes nie? Memang penuh dengan spekulasi dan kontroversilah Mentor kali nie. Pening kepala kami dibuatnya.

Baru minggu lepas rasanya kami baca Harian Metro yang Kak Ziana Zain puji Thalia nie. Berbakat, ada pakej dan ada suara. Tup-tup hari ini dah kena buang. Masa siaran langsung pulak tue. Malu beb!!! Satu Malaysia tengok. Atau ini memang salah satu perancangan rapi yang dibuat oleh pihak Mentor TV3?

Jom kita spekulasi ramai-ramai jom.