Written by AbangNara | May 21st, 2010

umie aida

Dulu memang kami taknak percaya kata kawan-kawan kami yang wanita sudah berkahwin lebih cun, seksi dan menggoda. Tetapi selepas melihat gambar terbaru Umie Aida ini, kami akur dengan kenyataan kawan-kawan kami. Memang Umie Aida nampak lebih anggun terutama dengan bentuk body seperti huruf S. Pasti Dato’ K tidur lena setiap malam.

Sesiapa yang dah berkahwin sila share pengalaman anda tentang kebenaran kata-kata kawan kami ini. Kalau tengok gambar Umie Aida ini, memang nampak 100% betul kata-kata diorang. Kami nak tahu pendapat pembaca jugak. Baru makin teguh keyakinan kami terhadap statement orang perempuan lepas kahwin lebih cun melecun.

Kami rasa gambar ini diambil sebelum Umie meluahkan hasratnya untuk bertudung. Kredit kepada Murai untuk gambar ini.

PS: Korang kalau dah kahwin nanti, jangan perasan diri tuh dah sempurna tau. Jangan jadi macam kisah ayam masak merah special ni :)

Written by AbangNara | May 21st, 2010

gambar artis bertudung

Korang semua memang bijak sebab sekali tengok je dah dapat tau yang wanita di dalam gambar bersama lelaki berambut landak itu adalah Saerah, adik Siti Nurhaliza. Nampak sangat senang sangat kuiz yang kami bagi kat anda semua. Jadi untuk kali ini, kami bagi yang susah sikit. Kami kasik gambar yang si artis nie tengah pandang bawah. Susah sikit nak teka sebab tak nampak muka.

Kalau korang dapat teka jugak memang kami respek korang dan 7 keturunan korang. Esok kami letakkan lagi gambar-gambar artis ini menjadi ayu dengan bertudung.

P.S: Petang nanti kami akan SMS anda jika anda merupakan pemenang 10 tiket percuma ke Konsert Final AF8.

Written by AbangNara | May 20th, 2010

tiket final af8

Terima kasih buat Astro yang sudi bekerjasama sekali lagi dengan BeautifulNara untuk memberi peluang kepada pembaca-pembaca BeautifulNara menonton secara live konsert akhir Akademi Fantasia 8. Konsert akhir AF8 ini bakal berlangsung Sabtu ini (22 May 2010) di Stadium Putra Bukit Jalil. Ada 10 tiket percuma untuk dimenangi. Caranya senang sahaja iaitu:-

1. Hantar email ke borakartis [at] gmail.com dengan tajuk “Saya Nak Tiket Konsert Final AF8″.

2. Tulis satu slogan “Saya nak tengok konsert final AF8 secara live sebab …… (suka hati koranglah nak buat berapa panjang)”.

3. Tinggalkan nama penuh, nombor telefon dan berapa orang nak pergi. Maksimum ialah 2 orang satu penyertaan.(2 tiket sahaja untuk 1 orang yang hantar email).

4. Semua tiket akan diberi 1 jam sebelum Konsert Akhir AF8 di Stadium Putra Bukit Jalil. So anda kena datang untuk collect tiket selepas dapat email pengesahan yang anda telah menang tiket ini.

Itu sahaja. Siapa cepat dia dapat ek. Terima kasih. Untuk maklumat lanjut pasal AF8 boleh layari http://www.astro.com.my/akademifantasia

Written by AbangNara | May 20th, 2010

bung mokhtar dan zizie ezette

Pengajaran buat Bung Mokhtar dan kita semua, kalau rasa nak berpoligami tirulah Abang Salleh Yaakob. Abang SY kita sentiasa mintak izin kepada isteri-isteri dia bila dia nak berkahwin lain. Sekarang hidup aman bahagia dan tak perlu turun naik mahkamah macam Bung Mokhtar dan Zizie Ezette. Semalam pihak mahkamah dah pun menjatuhkan hukuman penjara sebulan kepada Bung Mokhtar dan denda RM10o0 kepada Zizie Ezette kerana berpoligami tanpa izin.

Katanya mereka berdua nie dinikahkan di sebuah rumah di Gombak. Kira ok lagilah tue. Ingatkan lari pergi sampai ke Thailand. Kami rasa memang Bung nak bagitau kat bini first dia, tapi tak sempat. Almaklumlah orang Parlimen mestilah sibuk nak pergi melawat rakyat. Dengar cerita orang politik kat Malaysia nie ada yang sampai sebulan tak balik rumah. Almaklumlah sibuk berbakti kepada rakyat.

Terbaru kami dengar hukuman ini bakal ditangguhkan sebab Bung Mokhtar dan Zizie Ezette nak buat rayuan. Oh ya terlupa plak yang Shaheizy Sam (hero Adnan Sempit) turut didenda RM1000 kerana bersubahat. Ish-ish. Masa wartawan tanya hari tue taknak mengaku. Tetiba sekarang dah kena denda. Mungkin dia ada short term memory loss kot.

Yang penting Zizie dah sah pun jadi isteri Bung. Kalau kena denda tue bayar jerlah. Duit kan banyak. Tak gitu?