Written by AbangNara | May 26th, 2010

linda onn kini jutawan

Tahniah kami ucapkan kepada Linda Onn. Baru umur 33 tahun sudah pun bergelar seorang jutawan. Bangga kami dengan terlahirnya seorang lagi jutawan Melayu. Untuk pengetahuan anda, Linda nie dulu pernah kerja jadi opis admin je dengan gaji RM700. Tapi sekarang nie dah ada 5 restoran yang bagi untung puluh ribu kot setiap bulan. Kagum kami dibuatnya.

Mungkin ada yang bakal menganggap Linda Onn berlagak bila membaca statement dia di bawah nie. Tapi bagi kami sekali sekala nak berlagak apa salahnya kan? Jadi jutawan pun hasil titik peluh sendiri. Lagipun statement dia boleh membakar semangat orang lain yang membaca:-

[note]I dreamt of having a house with a pool and automatic gates and me coming home in a big car. I’ve got them all, so yeah. True success, however, is being able to walk into a designer boutique and buy stuff without looking at the price tag. Being careful as always, I still look at the price tag. Maybe after this, I’ll just go in and buy whatever I want. [/note]

Resipi kejayaan Linda Onn sangat mudah. “Count on yourself, save and invest”.

Jom ramai-ramai pasang impian untuk jadi jutawan. Kalau Linda Onn boleh kenapa kita tak boleh kan?

P.S: Mau mereng kepala kalau ada anak murid jawap soalan exam macam nie.

Written by AbangNara | May 25th, 2010

gambar fizo omar dengan kekasih hati

Satu gambar membawa seribu pengertian. Mungkinkah gambar Fizo Omar dengan Intan Emyza ini boleh menjadi bukti yang mereka berdua sedang bercinta? Untuk pengetahuan, Intan Emyza adalah salah satu peserta untuk Dewi Remaja. Fizo Omar dan Intan Emyza kedua-duanya nampak serasi dan comel. Bak pinang dibelah dua.

Bercinta atau tidak, kita kena tunggu pengakuan daripada tuan punya gambar. Lagi gambar Fizo Omar dan Intan Emyza dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Terima kasih kepada Eila (bukan nama sebenar) yang sudi berkongsi gambar ini.

 
Written by AbangNara | May 25th, 2010

shahir tak habis belajar

Kepada kipas-kipas susah mati juara Akademi Fantasia 8 (AF8) Shahir, sila jangan buruk sangka dan anggap kami cuba nak menjatuhkan lelaki pujaan anda. Ini hanya info yang kami terima berdasarkan sumber yang tak boleh percaya langsung. Sebab itu namanya gosip.  Benar atau tidak kita kena tunggu penerangan dari Shahir sendiri nanti.

Dengar ceritanya Shahir, 22 tahun nie tak habis belajar. Masa Shahir masih bergelar seorang anggota Saujana, dia khabarnya belajar di Matrikulasi UIA, Petaling Jaya. Berdasarkan umurnya yang baru 22 tahun, sepatutnya Shahir masih bergelar seorang pelajar universiti. Tapi dari sumber yang tak boleh dipercayai nie, Shahir khabarnya dah tak belajar lagi. Kami tak dapat pastikan sama ada Shahir suka rela berhenti atau kena tendang daripada UIA.

Dan ada desas-desus yang kami dengar cakap Shahir dan kumpulan Saujana bergaduh yang menyebabkan Shahir keluar daripada kumpulan tersebut. Tapi info terbaru kami dengar (yang ini boleh dipercayai), menyatakan yang Saujana dan Shahir langsung tak ada gaduh apa-apa. Ahli-ahli kumpulan Saujana semuanya tumpang gembira dengan kejayaan Shahir sekarang. Dan yang penting tak ada pergaduhan yang berlaku yang menyebabkan Shahir keluar dari Saujana.

Buat Shahir, mungkin rezeki anda berada di bidang muzik tanah air. Kalaulah betul anda tak habis belajar, itu tak bermakna apa-apa. Mungkin bukan rezeki anda untuk tamatkan pengajian di universiti. Alang-alang dah ada nama dalam industri muzik, teruskan usaha anda. Pedulikan apa yang orang cakap. Dan yang paling penting kekalkan sikap rendah diri dan sopan santun anda.

P.S: Memang hebat betul tips ciuman erotik untuk isteri nie. Bacaan untuk 18 tahun jer tau ~~

Written by AbangNara | May 25th, 2010

amy search penipu?

Baru-baru ini kami menerima satu email dari seseorang yang ingin namanya dirahsiakan. Pengirim email tersebut turut menyertakan gambar di atas. Kononnya Amy Search merupakan dalang di dalam kes penipuan duit sehingga beratus-ratus ribu ringgit. Dengar ceritanya ramai yang sudah tertipu. Mungkin sindiket penipuan ini menjual nama Amy Search untuk mengaburi mata orang ramai.

Sesungguhnya kami merasakan yang Amy Search adalah salah seorang mangsa keadaan. Semalam dalam Kosmo, Amy Search sendiri mengaku yang dia ditipu sehingga RM5 juta. Ada yang kawan pinjam, ada yang kononnya untuk skim pelaburan. Dan yang paling menyedihkan, ada penipuan yang berkaitan dengan pembinaan sekolah tahfiz.

Buat Amy Search, tabahlah menghadapi dugaan ini. Kata orang, berani kerana benar. Kalau anda tak bersalah, buktikan pada mereka-mereka yang menuduh anda penipu dan pencuri duit mereka. Kami percaya kebenaran akan terbukti jua satu hari nanti. Bersihkan nama anda dan juga nama keluarga anda.

Sedikit pesanan untuk rakyat Malaysia, tolonglah jangan percaya dengan skim-skim pelaburan yang menjanjikan untung segera. Mana logik anda labur RM20,000 dan dalam masa 3, 4 bulan dah boleh dapat RM100,000. Itu semua bohong belaka. Kalau benda tue betul, semua rakyat Malaysia nie dah kaya raya dah.

Dan kami melihat ramai rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu sekarang tergila-gila masuk MLM. Bukan kami kata MLM tue bohong. Tapi anda kena tanya diri anda dulu. Betul ke aku boleh buat MLM nie. Jangan termakan dengan janji-janji manis dan kata-kata hebat orang MLM. Kalau diorang boleh buat bukan bermakna anda boleh buat. Ukur baju di badan sendiri.

Akhir kata, nak jadi kaya boleh, tapi berhati-hatilah supaya anda tak KAYAP sebelum KAYA.

jersi world cup

P.S: Demam World Cup sudah pun terasa. Apa kata korang sambar jersi Brazil original macam gambar kat atas tue dengan menggunakan vsHub Concierge. Baru RM209.78 jer. Beli jangan tak beli!!!

Page 3 of 1512345...Last »