Written by AbangNara | May 31st, 2010

artis kecik2
Kuiz datang lagi dengan …. (isi tempat kosong macam iklan Tora dulu-dulu)Tomei tak gambar budak kecik kat atas tue? Tomei kan? Rasa nak cubit-cubit kan? Ha ~~ Kalau korang pandai, tekalah siapakah artis ini. Sekarang nie dah besar dan hot sangat-sangat. Teka jangan tak teka.

P.S: Korang dah kawin nanti jangan buat perangai cam laki/bini camnie. Dua-dua tak boleh nak diharap.

Written by AbangNara | May 31st, 2010

watie elite terbaru

Ibu tunggal, Watie Elite kini tampak bahagia apabila hatinya sedang kembang dengan satu perhubungan cinta yang sedang terjalan. Bibit-bibit cinta baru timbul 2, 3 bulan kebelakangan ini. Dengan siapa? Macam biasalah yang tue rahsia. Mana ada artis Malaysia pernah cakap dia bercinta ngan sapa. Tup-tup dah kahwin. Tak pun tup-tup dah beranak satu.

Tapi dengar ceritanya si kekasih baru Watie Elite nie ialah seorang pelakon umur 30-an. Wah, wah wah. Siapakah orangnya yek? Mesti handsome dan kacak bergaya. Bertuah laki tue dapat awek macam Watie Elite. Pandai bergaya dan nampak up to date dengan fesyen-fesyen remaja walaupun umur dah agak meningkat. Mungkin itu sebab si pakwe terpikat dengan Watie Elite.

Kami hanya doakan kebahagiaan Watie Elite. Pesanan untuk artis Malaysia, kalau rasa betul-betul tak confirm bercinta jangan kecoh cakap dah ada pakwe atau makwe. Tup-tup bulan depan buat muka sedih cakap dah clash plak. Konon poyo tak serasi la. Tak memahami la. Padahal sebenarnya anda yang syok sendiri.

Lagi gambar terbaru Watie Elite dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Dah tak payah nak ke hulur hilir cari barang hantaran, shop online dari rumah lagi cepat, murah, senang.

 
Written by AbangNara | May 30th, 2010

datin camelia kahwin lagi

Tahniah buat Camelia yang kini sudah pun bergelar isteri kepada seorang Datuk. Sekarang semua orang kena panggil Camelia dengan nama Datin Camelia. Mengikut Mstar, Datin Camelia sekarang menetap di Bangkok bersama suami tercinta. Identiti suami Datin Camelia masih tidak diketahui sehingga sekarang. Tapi yangp pastinya bukan Wira Tun Daim Zainuddin, anak Tun Daim.

Tahniah buat Datin Camelia walaupun kahwin senyap-senyap. Mungkin dah bosan dengan publisiti kot. So itu yang Datin amik langkah pergi menetap kat Bangkok terus. Orang Thailand kan tak kenal dia. Harap-harap selamat daripada rusuhan baju merah kat Bangkok sana.

Tahniah sekali lagi dari kami kepada Datin Camelia atas perkahwinan baru beliau.

Written by AbangNara | May 28th, 2010

gambar seksi rozita che wan

Di kala kita stress dengan pengumuman kerajaan kita yang begitu “PRIHATIN” untuk berjimat cermat, marilah kita bersama-sama meneka skirt siapakah yang lebih pendek di antara Rozita Che Wan dan Azza Elite di dalam gambar di atas. Kalau dari kebesaran paha, kami rasa Azza Elite nampak lebih besar daripada Rozita. Tapi dari segi kependekkan skirt, agak sukar untuk ditentukan sebab dua-dua lebih kurang je.

Kami rasa Rozita dan Azza sudah pun menyahut seruan kerajaan kita untuk berjimat cermat. Sekarang nie diorang beli baju yang tak cukup kain bukan untuk seksi, tapi sebab itu lebih murah. Mungkin lepas nie lebih ramai artis kita yang bakal berjimat cermat dengan memakai seluar dalam sahaja ke event-event. Tak gitu?

Marilah kita mencontohi artis-artis kita yang begitu cepat dan pantas dalam menyahut seruan kerajaan untuk berjimat cermat. Lepas nie kita pergi kerja naik basikal pulak ~~~

Page 1 of 1512345...Last »