Written by AbangNara | April 21st, 2010

kes mahkamah bung mokhtar zizie ezette

Ish-ish. Tengok kat parlimen abang Bung kita nie punyalah garang macam harimau. Rupa-rupanya hari tue masa nak kahwin dengan Zizie Ezette tak mintak kebenaran bini first. Mungkin terlupa kot. Almaklumlah syok sangat nak berbinikan Zizie yang putih gebu.

Kes nie dah masuk jadi kes mahkamah. Dua adik dan abang kepada Zizie Ezette dituduh bersubahat dalam meneruskan poligami tanpa izin nie. Tak apalah. Yang penting nikah cara Islam. Kasi halal dulu. Bab-bab poligami nie kalau leh setel luar mahkamah lagi bagus.

Semoga kes nie tak berpanjangan. Kalau kena bayar denda tue bayar jerlah. Duit Abang Bung kan bersepah banyak.

P.S: Bila korang kahwin, jgn lupa korang kena kahwin dgn mak bapak dia sekali ye

Written by AbangNara | April 20th, 2010

memey suhaiza

Kami tak tahu apa yang bakal terjadi dengan anda, tapi kami hampir-hampir muntah darah apabila membaca kata-kata Memey Suhaiza nie:-

[note]Sudah sampai masanya untuk saya berkongsi kebahagiaan ini bersama masyarakat di luar, cinta saya dan abang Norman bukan lagi rahsia. [/note]

Satu jer kami nak cakap. Ada aku kesah ~~~~~~~~~~~ (gaya Azwan Ali sikit). Sekian terima kasih.

P.S: Kami hampir muntah darah kerana terharu dengan kejiwangan Memey yang sebelum nie tak pernah nak mengaku bercinta dengan Abang Norman. Konon poyo teman tapi mesra. Tup-tup nak satu Malaysia tahu yang dia bercinta ngan Abang Norm dia tue. Memang kami tak kisah pun ~~~

Written by AbangNara | April 19th, 2010

Kenapa bila Abang Nara tengok diri sendiri dalam video nampak macam handsome tapi bila tengok depan cermin nampak agak kurang kehensemannya? Nasib baiklah ada Project Alpha Second Season yang bagi peluang kat Abang Nara menginterframekan diri. Korang kena tengok dan layan Project Alpha nie sebab ada blogger-blogger yang super duper famous (tak termasuk Abang Nara). Contoh macam Redmummy, Budiey, Nicole Kiss, Kenny Sia, SixthSeal dan jugak Nicole Kiss.

Itu baru blogger-blogger first season. Belum kira masuk 2nd season punya blogger lagi. Diorang memang lagi super otai. Nak tau lebih lanjut sila layari website Project Alpha.

P.S: Jangan lupa layan video kat atas tue ~~~~

Written by AbangNara | April 19th, 2010

watie elite

Sebelum korang layan gambar koleksi penuh gambar sambutan hari jadi Watie Elite nie, kami ada makluman terbaru yang menyatakan Watie terpaksa dimasukkan ke hospital sebab kena penyakit hepatitis.

Dengar ceritanya, penyakit hepatitis nie agak bahaya dan boleh membawa maut. Harap-harap Watie cepat sembuh dan dapat menyambut hari jadinya tahun ini. Semoga sihat sejahtera hendaknya.

Dulu kami ada keluarkan gambar Watie Elite menyambut hari jadinya tapi tak berapa lengkap gambarnya. Setakat ada 5,6 keping gambar jer. Orang kata setakat gambar bakar line jerlah.

Tup-tup hari ini ada orang hantar sampai 24 keping gambar sambutan hari jadi Watie Elite kat kami. Nak tak nak terpaksalah kami kongsikan. Amik yang baik dan buanglah yang mana buruk. Layan ~~~~~~~~

Lagi gambar sambutan hari jadi Watie Elite dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Page 5 of 13« First...34567...10...Last »