Written by AbangNara | April 27th, 2010

anak lelaki eizlan yusof

Dalam senyap-senyap Eizlan Yusof dan isterinya Vee rupa-rupanya dah dapat seorang anak lelaki baru-baru ini. Nampak sihat dan segar jer bayi mereka berdua. Tahniah kami ucapkan. Semoga makin murah rezeki dengan kehadiran cahaya mata yang baru ini. Besar nanti confirm anak diorang akan hensem macam ayahnya jugak.

anak lelaki eizlan yusof

Kami sebenarnya suka dengan Eizlan Yusof dan Vee sebab mereka berdua kurang kontroversi. Dua-dua nampak bijak melayari rumah tangga. Tak ada keluar cerita-cerita kurang enak didengar. Semoga perhubungan begini akan terus berkekalan. Tahniah sekali lagi dari BeautifulNara atas kelahiran cahaya mata baru anda berdua.

vshub coach bag

P.S: Korang tak berminat ke nak beli beg Coach yang latest dengan harga murah dan berpatutan berbanding kalau korang beli terus kat Malaysia nie? Cara dia sangat mudah, korang cuma perlu layari www.coach.com dan pilih la mana-mana handbag yang berkenan di hati. Lepas tue gunakan khidmat vsHub Concierge untuk beli handbag kat website Coach tue. Beg kat atas tue USD 278 dollar. Tambah tolak dengan bayar perkhidmatan vsHub Concierge baru RM1000 kot. Kalau beli direct kat butik Coach di Malaysia mahu cecah RM2000 lebih. Fikir-fikirkanlah untuk berbelanja secara berhemah bersama vsHub Concierge.

Written by AbangNara | April 27th, 2010

diana danielle

Aduh ~~~~~~ Gugur jantung kami melihat kecomelan gambar Diana Danielle nie. Indah sungguh ciptaan Tuhan. Terasa nak nyanyi lagu “Sempurna” plak bila tengok Diana Danielle nie. Bila entah akan ada peluang untuk diri kami melihat kecantikan Diana Danielle depan mata. Mesti cair badan, hati dan jiwa kami kalau dapat tengok DD secara live.

Katanya gambar Diana Danielle ini diambil semasa satu majlis anjuran majalah Media Hiburan. Gambar artis lain pun ada jugak. Kalau korang nak tengok bagitau la. Nanti kami uploadkan.

Lagi gambar Diana Danielle dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Ada bonus gambar-gambar DD masa kat tempat lain jugak.

P.S: Dialog di gambar atas hanyalah gurauan semata-mata. Kami percaya yang rambut Diana Danielle terlalu bersih untuk kutu hidup di atasnya.

 
Written by AbangNara | April 27th, 2010

yasmin hani bercinta dengan yusri kru

Mungkinkah Yasmin Hani dan Yusry KRU akhirnya telah menjumpai pengganti cinta untuk diri masing-masing ? Seorang pembaca BeautifulNara telah menghantar email kepada kami yang menyatakan dia telah terserempak baru-baru ini dengan Yasmin Hani dan Yusry KRU di Midvalley Megamall. Peristiwa terjadi di eskalator di mana Yusry KRU dengan style memakai topinya turun terlebih dahulu diikuti dengan Yasmin Hani. Dilaporkan yang muka kedua-duanya agak ketat dan masam. Mungkin baru lepas bergaduh manja?

Tapi kami taknak serkap jarang. Mungkin juga Yasmin Hani dan Yusry KRU bertemu di Midvalley untuk membincangkan projek filem terbaru terbitan KRU. Berkemungkinan besar yang Yusry ingin melamar Yasmin Hani menjadi heroin dalam filem terbarunya. Atau mungkin mereka berdua terserempak masa tengah bershopping. Daripada shopping berseorang, baik shopping berdua kan?

Apa-apa pun kalau betul Yasmin Hani dan Yusry KRU bercinta pun tak ada apa yang salah. Dua-dua pun single mingle. Dua-dua pun sama cun dan sama kacak. Dua-dua pun ada nama. Kiranya memang matching habis la. Kami rasa peminat Yasmin Hani dan peminat Yusry KRU pun takkan rasa bengang kalau diorang dua nie couple. Tak gitu?

Apa-apa pun doakanlah yang terbaik buat Yasmin Hani dan Yusry.

P.S: Ingat lagi tak video pertama Abang Nara menyelit dalam Projek Alpha 2? Terlupa nak bagitau korang yang sebenarnya ada 7 episod Abang Nara menyelit dalam video-video Projek Alpha. Yang kata atas tue episod kedua dan episod ketiga. Semua video ada kesinambungan dia. Pastikan korang layan video-video nie untuk melihat kekacakan Abang Nara. Projek Alpha 2 dibawakan oleh Adidas Action 3, P1 Wimax dan juga MAS Airlines.

Written by AbangNara | April 26th, 2010

majlis tunang aziz m osman puteri lily

Sesungguhnya di hati kecil kami ini terdetik rasa jeles yang bangat sangat kepada Aziz M. Osman. Mana taknya, abang Aziz kita nie umurnya 48 tahun tapi dapat bakal bini umur 21 tahun. Memang bertuah sangat-sangat. Dah la muda, kecunnan Puteri Lily pun boleh tahan jugak. Tak percaya tengok ajer gambar majlis pertunangan Aziz M. Osman dan Puteri Lily nie.

Dalam diam sebenarnya kami mengkagumi kehebatan Abang Aziz yang hebat mengorat Puteri Lily nie. Teknik dia simple jer. Memula amik Puteri Lily di bawah jagaan dia. Konon nak tolong kembangkan bakat jadi pelakon hebat. Dalam masa tue sempat pasang ayat pancing dan cucuk jarum baik punya. Tup-tup dah bakal jadi bini. Siapa yang untung? Abang Aziz jugak ~~~

Apa-apa pun kami mendoakan kebahagiaan Abang Aziz M. Osman dan Puteri Lily dalam melayari bahtera perkahwinan mereka nanti. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Lagi gambar sekitar majlis pertunangan Aziz M. Osman dan Puteri Lily dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Page 3 of 1312345...10...Last »