Written by AbangNara | April 30th, 2010

ppmh 2010

Ingat lagi tak galeri gambar Diana Danielle yang kami pernah postkan suatu ketika dulu? Ha, banyak gambar-gambar comel DD diambil daripada majlis Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan atau nama glemernya PPMH. Apa itu Media Hiburan? Media Hiburan nie salah satu majalah entertainment la kiranya. Bermutu sikit daripada Mangga sebab tak ada gambar kat tepi swimming pool.

Ramai jugak artis-artis yang datang time majlis anugerah nie. Ada Dato’ Siti Nurhaliza, Umie Aida, Scha, DD dan ramai lagilah. Anugerah yang dibagi plak just for fun jer. Yang jenis lawak-lawak punya. Keputusannya:-

1. Artis Lelaki Paling Bergaya – Anuar Zain
2. Artis Wanita Paling Bergaya – Erra Fazira
3. Artis Lelaki Berkulit Cantik – Dafi
4. Artis Wanita Berkulit Cantik – Siti Nurhaliza
5. Artis Lelaki Mata Mengancam – Dr Fadzley
6. Artis Wanita Mata Mengancam – Rozita Che Wan
7. Artis Lelaki Hidung Memukau – Jimmy Shanley
8. Artis Wanita Hidung Memukau – Rita Rudaini
9. Artis Lelaki Gigi Tercantik – Diddy AF
10. Artis Wanita Gigi Tercantik – Lydia Ibtisam
11. Artis Lelaki Bibir Seksi – Norman Hakim
12. Artis Wanita Bibir Seksi – Linda Onn
13. Artis Lelaki Rambut Menawan – Anuar Zain
14. Artis Wanita Rambut Menawan – Fouziah Gous
15. Artis Kacak – Kamal Adli
16. Artis Jelita – Diana Danielle
17. Pesona Artis Baru – Scha Al Yahya
18. Artis Lelaki Paling Sensasi – Azwan Hj Ali
19. Artis Wanita Paling Sensasi – Abby Abadi
20. Anugerah Khas Media Hiburan – Siti Nurhaliza
21. Anugerah Penghargaan Istimewa Media Hiburan – Ramlah Ram

Kalau korang nak layan lagi 26 gambar-gambar artis time majlis Anugerah PPMH 2010 nie, sila baca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | April 30th, 2010

remy peluk rozita

Mesti membara je hati para Dato’-Dato’ di luar sana tengok tangan Remy Ishak melekap baik punya kat punggung Rozita Che Wan. Siap buat muka macho tak bersalah lagi. Nak buat macam mana kan. Tukang amik gambar suruh buat pose macam tue. Itu yang Remy Ishak dengan separa rela terpaksa memegang punggung janda terhangat Malaysia tue. Fuh ~~~

Adakah anda juga berangan untuk bertuah seperti Remy Ishak? Kalau muka anda handsome, sila daftar menjadi pelakon dengan segera. Mana tahu dapat jadi femes, ada can la boleh buat photoshoot dengan Remy Ishak. Buat masa ini, sila telan air liur sahaja.

P.S: Masa shooting untuk Project Alpha 2 hari tue sempat singgah nak tengok orang utan kat Sarawak. Walaupun tak dapat nampak live, tapi memang banyak benda menarik yang dapat belajar. Tak percaya sila layan video episod ke 6 kat atas tue. Confirm korang pun tak tau yang orang utan leh makan buah durian. Kagum tak?

Written by AbangNara | April 29th, 2010

kekasih baru rozita che wan

Kami sebenarnya confuse yang teramat sangat dengan Rozita Che Wan nie. Banyak sangat gosip percintaan pasal dia. Akhir tahun 2009 dulu kecoh sebentar yang Rozita Che Wan bercinta dengan pemain bola sepak Asraruddin Putra Omar. Tup-tup tahun 2010 nie Rozita Che Wan mengaku yang hati dia sudah dimiliki oleh jejaka berumur 34 tahun. Yang pastinya identiti lelaki tersebut masih misteri sehingga sekarang.

Ada berita yang sedap didengar tentang Rozita Che Wan yang kami rasa perlu dikongsikan bersama. Rozita Che Wan bagitau yang jika dia pulang dari menunaikan haji, dia tidak mungkin akan berpakaian seksi dan mendedahkan aurat lagi. Maknanya Rozita Che Wan bakal bertudung selepas pergi haji. Masalahnya tak tau bilanya yang Rozita Che Wan akan pergi haji. Sama-samalah kita doakan agar dia dipermudahkan urusan untuk pergi haji.

Apa-apa pun kami nak ucapkan tahniah kepada jejaka 34 tahun yang berjaya memikat hati janda paling hangat Malaysia. Anda memang jantan!!!

P.S: Korang nak tahu asal usul gambir Sarawak tue macam mana? Silalah layan video episod ke 5 Project Alpha kat atas tue. Banyak teori-teori tentang asal-usul gambir ada dalam video tue. Nanti dah kawin nanti nak cuba try tengok pakai berkesan ke tidak seperti yang diwar-warkan. Project Alpha dibawakan oleh Adidas Action 3, P1 Wimax dan MAS Airlines.

Written by AbangNara | April 29th, 2010

Sapa sini tak pernah baca novel Budak Setan sila angkat tangan? Kami masih ingat lagi masa tue kalau tak silap time Form 3, penulis novel Budak Setan iaitu Ahadiat Akashah keluarkan novel bapak punya tebal yang diberi tajuk “Lagenda Budak Setan”. Memang jiwang karat punya novel nie. Tahap leleh punya lah. Sempat jugaklah menitis barang seketul dua air mata ini.

Untuk pengetahuan anda novel Lagenda Budak Setan ini bakal diadaptasikan ke dalam filem yang turut diberi tajuk Lagenda Budak Setan. Hero dan heroinnya tak lain tak bukan ialah Farid Kamil dan Lisa Surihani. Untuk watak heroin memang sangat sesuai diberikan kat Lisa Surihani. Bukan apa sebab memang dalam novel si heroin tue mukannya digambarkan penuh dengan kelembutan dan keayuan seperti Lisa Surihani.

Apa-apa pun daripada trailer filem Lagenda Budak Setan ini nampaknya macam akan keluar satu filem yang menarik. Mungkinkah bakal menjadi filem of the year 2010? Tak pasti pulak bila tarikh keluarnya tapi sama-samalah kita nantikan. Sementara tue jangan lupa layan trailer filem Lagenda Budak Setan kat atas tue.

P.S: Uishhh bila tengok2 balik gambar Diana Danielle, cantik betul lah dia tuh. Duk pikir2 macam mana lah nak try tackle pompuan macam ni. Rupanya benda dia simple jer kot. Kita jer yang buat susah.

Page 1 of 1312345...Last »