Written by AbangNara | March 25th, 2010

linda onn belon panas

Minggu lepas dengan hati yang berkobar-kobar kami memandu kereta ke Putrajaya dengan hanya satu tujuan dan satu impian. Nak naik belon panas atau dalam bahasa omputehnya hot air balloon. Tapi sampai kat sana hati kami yang jadi panas.

Mana taknya, orang punya lah ramai tapi belonnya ada 5 jer. Rasanya jumlah manusia yang ada time tue dekat cecah 10 ribu kot. Macam manalah 5 belon nak menampung ribuan manusia yang nak naik belon panas tue.

Belon dah la ada 5 bijik jer, satu belon tue nak nak buat satu trip ke atas rasanya cecah 20 minit jugak kot. Pastue bukannya tinggi mana pun. Bak kata kawan kitorang, “Kalau terjun pun tak mati”. Bayangkan betapa tak tingginya belon panas nie di udara.

Kami memuji inisiatif pihak penganjur untuk mengadakan aktiviti yang unik macam nie. Tapi pandangan kami lain kali bawaklah sampai 2,3 ratus belon panas. Biar semua orang merasa naik benda tue. Lagipun sekali setahun jer kan. Sekali sekala keluar budget lebih sikit apa salahnya ek?

P.S: Alangkah bestnya jadi selebriti macam Linda Onn dan Halim Othman. Tak payah beratur nak naik belon panas. Huhuhuhu.

Written by AbangNara | March 25th, 2010

#Baca ini dulu dan skroll ke bawah untuk gosip terbaru

Kadang-kadang menjadi pakcik kepada 2 orang anak buah lelaki yang sangat hyperaktif memang terlalu memenatkan. Tiap-tiap hari nak ajak main Ultraman. Yang jadi raksasanya dah compemlah pakciknya yang sorang nie.

gatsby

Kalau dah start main, sampai lembik pakciknya yang sorang nie dikerjakan. Berpeluh satu badan. Habis tak fresh dah. Peluh sampai ketiak dah bau hangit. Mana taknya, teruk dikerjakan oleh 2 orang ultraman tak bertauliah nie.

gatsby

Memang penat layan anak buah 2 orang nie. Kita dah penat, peluh, ketiak pun dah bau masam tapi diorang nak gak sambung main lagi. Mana nak larat kan? Pakciknya yang dah lembik kena belasah memang nak give up dah. Tapi tiba-tiba si Ayyan nie…

gatsby

“Busuk sangat ke bau ketiak Pokwan sampai Ayyan suruh Pokwan pakai deodorant Gatsby nie?”, tanya si pakcik kepada anak buahnya yang dengan muka tak bersalah menyuruh pakciknya memakai deodorant terbaru dari Gatsby nie.

gatsby

Terus si pakcik tanpa malu-malu menyemburkan ketiaknya dengan deodorant Gatsby. Si Ayyan nie bagi Gatsby Deodorant jenis Clear Ocean. Memang cooling dan refreshing sungguh. Terus hilang bau ketiak dan badan rasa segar kembali. Hebat sungguh penangan Gatsby Deodorant nie.

gatsby

Kehebatan Gatsby Deodorant nie tak berhenti di sini sahaja. Gatsby bakal mengadakan satu event yang diberi nama Gatsby Deodorant Street Fair. Lebih dari RM15,000 hadiah seperti voucher, gadjet dan lucky draw untuk dimenangi. Details event adalah seperti di bawah:-

Tempat: Lobby, Ground Floor Berjaya Timesquare, Kuala Lumpur.
Tarikh: 17 April 2010.
Masa: 10 pagi sampai 5 petang.

gatsby

Macam-macam benda best dan pelik-pelik yang bakal dibuat time event nie nanti. Antaranya macam sumo dalam air bag, pertarungan gladiator dan macam-macam lagilah. Kalau nak tau kenalah pergi event nie nanti.

Oh, tapi kalau korang nak gi event ni, memula skali korang kena buat satu blog entry pasal Gatsby.

1. Bertajuk ‘”I’m going to the Gatsby Deodorant Street Fair”
2. Ada info2 tarikh tajuk tempat (copy paste je yg BangNara buat kat atas tu)
3. Cerita skit apa yg menarik bakal ada kat Street Fair Gatsby ni.
4. Jangan lupa letak link www.gatsby.com.my/streetfair tu ok.

So dah tulis semua tu, hantar lah permalink & Nama & IC no korang ke [email protected], sonang ajo! Kompem korang boleh dapat invite utk pegi Gatsby Street Fair ni..

Korang bukan seorang blogger? Jangan risau sebab still boleh menang invitation ke Gatsby Deodorant Street Fair nie. Caranya senang sahaja. Korang cuma perlu main game kat www.gatsby.com/streetfair. Gatsby akan bagi 2 keping tiket untuk top scorer setiap minggu. Banyak game yang ada kat website Gatsby tue, so main jer yang mana-mana korang suka. Yang penting kena markah terpaling tinggi untuk dapatkan 2 keping tiket.

Jumpa di sana, sana sanaaaaa (baca dgn nada bergema skit)

Written by AbangNara | March 24th, 2010

Perasaan tak ada semenjak dua menjak nie kat TV3 ada selingan Nas Ahmad cuba nak menerjah Datuk Siti Nurhaliza. Mungkinkah terjahan yang dilakukan untuk mengconfirmkan kebenaran khabar-khabar angin yang menyatakan Datuk Siti Nurhaliza dah pun mengandung? Tapi sayangnya bro Nas Ahmad kita gagal dalam penerjahannya kali ini.

Kalau betullah Datuk Siti dah mengandung, jutaan tahniah kami ucapkan. Jaga kandungan elok-elok. Kurangkan aktiviti lasak. Makan kena jaga. Dan yang paling penting rehat kena cukup. Lagipun kandungan pertama nie mesti teruja. So kena hati-hati tue lebih sikit.

Apa-apa pun kita tunggu betul ke tak betul khabar angin Datuk Siti Nurhaliza dah berbadan dua nie.