Written by AbangNara | March 28th, 2010

ema af8

Jujur kami katakan yang kami tak sempat tengok konsert Akademi Fantasia 8 Sabtu lepas. So kami tak boleh nak komen sama ada persembahan Ema nie memang teruk atau pun tak. Tapi nampaknya rezeki Ema hanya sampai minggu ke 2. Kini tinggal adiknya, Adira sahaja untuk menyambung perjuangan keluarga mereka.

Sekali lagi kami nak nasihatkan peserta AF8 (terutamanya Maulana) supaya janganlah menangis tak ingat. Rileks dah la. Cuba cool sikit macam Shahir. Buruk benar muka anda menangis cam budak-budak tak dapat aiskrim. Kasik mahal sikit air mata tue.

kasut croc

Cun sungguh kasut Crocs warna pink nie. Harga asal agak mahal iaitu USD 34.99. Tapi kalau masa korang order kasut Crocs di atas, sila letakkan code PREPAIRSLIDE1499, boleh dapatkan 50% diskaun. Murah kan?

Tapi sebelum anda order kasut Crocs di atas tue (original tau), pastikan korang daftar dulu kat vsHub. Bila daftar dengan vsHub anda akan dapat alamat USA yang bakal digunakan masa order kasut Crocs kat atas tue.

Lepas tue vsHub akan uruskan penghantaran kasut Crocs yang cun melecun tue terus ke depan pintu rumah anda. Mudah kan? Kalau nak tau lebih lanjut pasal vsHub, boleh baca kat sini.

Written by AbangNara | March 28th, 2010

ika af6 tindik lidah

Memang hebat si Ika dari Akademi Fantasia 6 nie. Hebat dapat menahan sakit menindik lidah. Tengok gambar Ika AF6 tindik lidah kat atas tue siap boleh tersenyum riang pulak. Ke memang benda tindik menindik nie tak sakit? Dah la kat lidah pulak tue. Seram dan geli pulak dibuatnya.

Nak tanya kot-kot ada pembaca BeautifulNara yang pernah menindik bahagian tubuh anda. Sakit ke tak sakit? Dan kalau tindik kat lidah tak rasa geli ke time makan nasik nanti? Kot-kot tertelan ke benda tue. Tak pasal-pasal tercekik plak.

Apa-apa pun kepada Ika AF6, nasihat kami kalau boleh janganlah tindik lidah tue. Buruk pulak kami nampak. Macam ada jerawat batu plak kat dalam lidah. Tak cun lah.

Gambar kredit kepada Berita Harian.

P.S: Kepada mereka-mereka yang ada hantar email untuk mendapatkan tiket percuma ke konsert Wali Band, sila check email anda. Ada sedikit penukaran dengan cara penghantaran tiket.

P.P.S: Soalan untuk tiket percuma untuk Wali Band hari ini ialah “Nyatakan 2 lagu dari kumpulan Wali”. Hantarkan jawapan anda ke borakartis @ gmail.com dan tunggu reply dari kami. Untuk klue boleh rujuk artikel ini.

Written by AbangNara | March 26th, 2010

benjy

Pelik tapi benar. Semalam Benjy ditahan semula lepas 2 jam dibenarkan ikat jamin. Lepas mak Benjy, Azean Irdawaty selesai bayar wang ikat jamin RM2000, tiba-tiba pihak polis datang tahan Benjy lagi sekali.

Untuk pengetahuan anda, Benjy telah mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis methamphetamin (syabu) seberat 0.24 gram. Benjy didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. So tak ada hukuman gantung sampai mati.

Kesian kat Azean yang sempat bertanya apa reason Benjy ditahan semula tapi tak dijawap oleh pihak polis. Mungkin ada sebab rahsia kot. Sapa tau kan?

Written by AbangNara | March 25th, 2010

honeymoon umie aida

Wah tak sangka rupa-rupanya Umie Aida dan suami selama nie tak pernah keluar berdua pergi dating sebelum kahwin. Nampaknya diorang berdua nie memang betul-betul bercinta lepas kawin. Orang tua-tua kata kalau bercinta lepas kawin lagi best. Betul ke tak, kami tak tau la plak kan.

Terbaru yang kami dengar ialah Umie Aida bakal berbulan madu di Venice. Pergh ~~~ Memang romantik tempat tue. Orang kata memang sesuai ngan jiwa-jiwa orang baru kawin. Darah tengah panas lagi la katakan. Memang satu pilihan yang tepat.

Tambah sejuk hati kami bila dengar Umie Aida sekarang sedang berusaha ke arah untuk bertudung:-

[note]Umie tidak menolak kemungkinan akan ‘berhijrah’ ke arah itu. memang Umie ada niat untuk memakai tudung, insya Allah. Setiap orang inginkan kebaikan dan Umie pun begitu. Selepas berbincang, abang juga mengalakkan[/note]

Go for it Umie. Kami rasa anda wajar berbuat begitu lagi-lagi bila dah bergelar isteri orang nie. At least tanggungjawap tue lagi besar.

Buat Umie dan suami, selamat berbulan madu. Semoga dapat anak cepat ye ~~

Page 3 of 1712345...10...Last »