Written by AbangNara | March 30th, 2010

gambar resepsi umie aida
Buat anda yang tak tahu, hari Ahad yang lepas telah berlangsunglah majlis resepsi Umie Aida dan Datuk Khairuddin di One World Hotel. Dengar ceritanya meriah tak hengat.

Paling best sudah tentu bila Tun Mahathir pun datang sekali. Siap tepung tawar lagi pengantin baru nie. Confirm Umie Aida dan suami syok gila bila bekas PM datang ke majlis resepsi dia. Bangga beb.

Umie Aida nampak cun gila dalam baju pengantin dia. Tapi baju pengantin yang putih tue agak seksilah jugak. Kitoarang ada terbaca beberapa komen di dalam forum yang cakap masa nikah kat Mekah habis tutup semua, tapi time resepsi habis terkeluar semua. Hmmm.. Fikir-fikirkanlah.

Apa-apa pun korang layan lagi gambar majlis resepsi Umie Aida dan Datuk Paduka Khairuddin dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | March 30th, 2010

badrul muhayat

Dah lama tak dengar cerita pelakon dan model yang bernama Badrul Muhayat nie. Tup-tup keluar muka depan Harian Metro yang cakap dia diburu polis sebab dera isteri.

Mengikut Harian Metro, Badrul Muhayat katanya telah memukul, menumbuk, menendang serta mencekik leher isterinya di rumah mereka di Kampung Cheras Baru, Cheras. Memang kejam jugak kalau betul-betul dibuatnya.

Tapi yang terbaru kami baca katanya Badrul Muhayat tengah bengang dengan Harian Metro sebab membesar-besarkan cerita.

[note]Itu perkara biasa dalam berumah tangga tapi tidaklah sampai teruk seperti yang dilaporkan. Laporan akhbar itu seolah-olah memberi gambaran yang saya telah bertindak dengan kejam dan melampau[/note]

Apa-apa pun kita tunggu jerlah sebab laporan polis telah pun dibuat oleh isteri Badrul Muhayat. Kalau betul kejam sangat, nak taknak mintak cerai ajerlah. Susah hidup dengan suami yang asyik nak memukul jer. Hidup pun tak tenteram.

Written by AbangNara | March 29th, 2010

sari yanti hamil

Wah dalam diam-diam Sari Yanti rupanya dah mengandung 5 bulan. Tengok gambar muka dia kat atas tue pun nampak berseri-seri. Badan pun dah naik sikit. Kalau dulu kurus kering jer. Tahniah kami ucapkan.

Yang bestnya kami dengar Sari Yanti tolak semua tawaran drama untuk memastikan kandungan dia sihat betul-betul. Memang patut pun berehat banyak-banyak. Lagi-lagi untuk ibu mengandung macam Sari Yanti nie.

Apa-apa pun tahniah kami ucapkan kepada Sari Yanti. Semoga selamat semuanya. Lagi gambar Sari Yanti mengandung dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | March 29th, 2010

Dah lama tak dengar cerita Yunalis Zarai nie. Sekarang nie tengah meletup lagu Cinta Sempurna dia kat radio-radio. Untuk pengetahuan anda semua, Yuna sekarang tak ada kat Malaysia. Yuna sedang sibuk buat tour di Amerika Syarikat yang jauh nun di sana tue.

Sebab itulah Yuna tak akan dapat hadir untuk malam ABPBH 2009 4 April nie nanti. Jadi untuk mengubati kerinduan anda semua kepada suara gemersik Yunalis Zarai, kami kongsikan beberapa video persembahan Yuna di Las Vegas. Terima kasih kepada seorang pembaca yang sudi berkongsi link video ini di Youtube.

Lagi video persembahan Yuna di Amerika Syarikat dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Terimalah dia seadanya…