Written by AbangNara | March 12th, 2010

ziana zain turban

Alamak sekali terasa macam dekat padang pasir la pulak lepas tengok gambar Ziana Zain berturban nie. Yang penting maintain cun, bergetah dan vogue gitu. Jangan terkejut pulak kalau lepas nie pergi lepak kat KLCC, awek-awek kat sana pakai turban. Itu semua gara-gara penangan Kak Ziana Zain kita nie la.

Lagi gambar Ziana Zain memakai turban dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | March 12th, 2010

nabil irma khalwat

Ish-ish. Tak baik betul suratkhabar yang keluarkan cerita Nabil Raja Lawak dan Irma Hasmie nie berkhalwat kat apartment Irma. Untuk pengetahuan, si Irma nie duduk kat area Mutiara Damansara. Ala, yang dekat-dekat dengan Ikea, Tesco ngan The Curve. Tempat orang-orang kaya tue.

Lepas cerita kantoi berkhalwat nie keluar, ada orang pergi check ngan JAIS sama ada betul ke diorang berdua nie kena tangkap. Orang JAIS pun terkejut macam mana boleh keluar cerita nie sebab tak ada rekod pun Nabil ngan Irma nie kena tangkap khalwat. Kiranya berita palsu la nie.

Nabil pun dah cakap yang dia sekadar tunggu Irma kat luar rumah je sambil tunggu Irma bersiap-siap nak keluar dating. Paling romantik bila Nabil pass kan makanan yang si Irma nie pesan. Tue pun tak masuk rumah jugak tau. Semuanya kat depan pintu rumah jer. Tak ada nak duduk berdua-duaan kat dalam.

Bak kata Nabil, dia masih tahu batas-batas agama. Kami rasa mesti ada yang tak puas hati dengan kepopularitian Nabil itu yang sampai terkeluar cerita camnie. Sabar jerlah Nabil  ye. Tak habis-habis ditimpa dengan nasib malang si Nabil nie. Kesian la pulak.

Written by AbangNara | March 11th, 2010

Kena tengok sampai habis tau utk melihat kecomelan pasangan ini…Thanks to Mimie yg telah email kami.

Juicy Couture Lock-It Dream It Bag dalam gambar kat atas tue memang nampak menarik dan tertarik. Memang sesuai kalau dipakai oleh pembaca-pembaca perempuan BeautifulNara.com. Paling best, harga beg nie pun dah murah. Dari USD 268 dah ada diskaun jadi USD 201 jer. Kalau berminat nak tengok, boleh ushar beg Juicy Couture nie kat sini.

Disebabkan beg ini hanya boleh dihantar ke alamat di Amerika Syarikat jer, time inilah penggunaan vsHub sangat-sangat berguna. Korang daftar dulu dengan vsHub untuk dapatkan alamat di US, dan nanti masa beli beg Juicy Couture tue, just letak address US yang diberi oleh vsHub nanti.

Paling best kesemua penghantaran dari US ke depan pintu rumah anda akan diuruskan oleh vsHub. Korang cuma perlu daftar vsHub, shopping beg Juicy Couture tue, isi alamat US yang diberi oleh vsHub dan tunggu beg korang sampai. Senang kan?

Kalau tak faham boleh baca entri kami pasal vsHub di sini.

Written by AbangNara | March 11th, 2010

anak kembar ziana zain

Waduhhhhhhhh ~~~ Sedihnya kami baca cerita pengalaman Kak Ziana Zain melahirkan anak kembarnya yang cute mute tue. Rupa-rupanya Kak Ziana kita bertarung dengan nyawa semasa proses pemberanakan tue. Almaklumlah, bukan senang nak lahirkan kembar. Kalau nak lahirkan anak yang sorang pun dah sakit tahap maksima, inikan pulak anak kembar.

Dengar ceritanya, doktor bagitau yang Kak Ziana ada 50% peluang untuk terus hidup selepas melahirkan anak tue. Tambah mengerikan disebabkan tekanan darah rendah, pihak hospital terpaksa bagi 10 beg darah untuk cukupkan darah dalam badan Kak Ziana. Memang seram kan?

Alhamdulillah dengan izin Allah, Kak Ziana masih bernyawa seperti  yang kita lihat sekarang. Masa melahirkan si kembar, Kak Ziana terasa dunia ini gelap gelita. Masa itulah dia berdoa agar Allah memanjangkan umurnya agar dapat dia jaga anak kembarnya nie. Syukur pada Allah yang mendengar permintaan Kak Ziana.

Untuk pengetahuan peminat Kak Ziana, si kembar yang comel ini adalah anak terakhir buat Kak Ziana. Lepas nie dah tak ada dah. Dah cukup stok dah. Mungkin nak tumpukan perhatian kepada kerja-kerja Kak Ziana kot. Eh sebelum terlupa, kalau korang tak tengok lagi gambar anak kembar Ziana Zain, leh baca kat sini ye.

Page 10 of 17« First...89101112...Last »