Written by AbangNara | February 22nd, 2010

isu faizal tahir

Wow. Sungguh kami tak sangka isu Faizal Tahir speaking London di konsert Satu Suara baru-baru nie menjadi hangat macam pisang goreng panas. Ramai fans-fans FT marah nampaknya dengan kenyataan kami. Salah kami jugak sebab tak pergi konsert tue tapi buat kenyataan yang agak provokasi. Sepatut kami pergi dulu dan dengar FT speaking baru lah boleh komen pasal penggunaan English dia ok ke tak. Tak gitu? So sorry to readers BN yang terasa dengan kenyataan kami especially kepada Faizal Tahir sendiri.

Anyway (speaking sikit) setiap manusia dan pembaca BeautifulNara ada pendapat masing-masing. Sebab itu kami tak pernah nak delete mana-mana komen anda semua. Cuma kalau komen anda itu ada link-link promosi barangan anda, itu memang kami akan delete. Cuma di kesempatan ini kami nak highlightkan beberapa perkara yang harus diberi perhatian semasa anda memberi komen.

  1. Sila jangan balas komen orang lain dan menyatakan dia tue bodoh ke bengap ke apa. Memang tak sedap dibaca. Semua orang ada pendapat masing-masing. Kalau anda tidak setuju dengan komen dia, bagi hujah anda sendiri. Jangan menjatuhkan maruah anda dengan memberi perkataan-perkataan yang menggambarkan perangai anda memang macam setan.
  2. Jangan komen berbaur unsur lucah. Kami tahu di BeautifulNara nie banyak gambar-gambar artis yang agak terlampau. Tapi kalau boleh jangan tunjukkan yang anda tue seorang yang sangap sangat. Kalau betul-betul tak tahan, simpan ajer dalam hati. Jangan luahkan dalam ruangan komen. Setakat nak cakap seksi kami boleh terima, tapi kalau dah keluar perkataan “jilat”, “hisap” dan yang sama waktu dengannya, itu memang dah melampau.
  3. Jangan komen semata-mata untuk beri promosi link barangan anda. Kami tahu barangan anda, blog anda memang best. Tapi janganlah desperado sangat nak promote kat sini. Memang kami akan terus delete dan block IP anda. Kompem lepas tue komen anda tak akan keluar lagi dah.
  4. Komen secara berhemah. Kami tahu anda semua emosi lagi-lagi bila ada cerita tak elok pasal artis kegemaran anda keluar. Sesuai dengan motto kami iaitu Bergosip Secara Berhemah, kami percaya anda semua sudah matang-matang belaka dan mampu mengomen dengan rasional.
  5. Kalau ada yang tak puas hati dengan apa-apa artikel dan ada pandangan peribadi anda, boleh terus email kami di borakartis [at] gmail.com. Segala email Insya Allah akan dibalas.

Teruskan bergosip secara berhemah di BeautifulNara. Dan terima kasih banyak-banyak kepada pengkomen-pengkomen setia, pengkomen-komen baru dan juga rakan-rakan blogger yang sudi meninggalkan sepatah dua kata-kata di ruangan komen. Kami sentiasa membuat pemantauan terhadap komen-komen melampau di sini. Jadi kalau tetiba komen anda tue didelete, paham-pahamlah sendiri ya.

Enjoy your stay here at BeautifulNara.

Written by AbangNara | February 22nd, 2010

tiz zaqyah

Kesian si gadis mulus Tiz Zaqyah nie. Bila nak popular je banyaklah gosip-gosip liar yang cuba nak menjatuhkan dia. Mungkin salah Tiz jugak kot yang berkawan dengan seorang pelakon wanita yang banyak sangat kisah tak elok (rasanya anda tau siapa).

Minggu lepas jer banyak khabar angin yang keluar pasal Tiz Zaqyah menghisap rokok masa shooting kat Kota Damansara. Lepas tue hari nie baca Bipop, raja wartawan hiburan si Zubir bagitau yang ada orang bagitau dia mulut Tiz berbau arak masa shooting. Macam-macam gosip dan khabar angin tak elok yang keluar.

Nasib baik si Tiz Zaqyah nie jenis senang dihubungi untuk bagi keterangan pasal kontroversi-kontroversi murahan nie. Dengan selambanya Tiz mintak mereka-mereka yang menuduh dia merokok nie bawak bukti. Bawaklah gambar dia tengah hisap rokok ke, nyalakan rokok guna lighter ke. Kalau tak ada bukti jangan cerita lebat. Setakat reka cerita, semua orang pun boleh reka.

Yang pasal arak nie sememangnya disebabkan kebaikan Tiz menemani si pelakon wanita kontroversi tue pergi kelab malam. On the first place(speaking omputeh cam FT sikit), kenapa nak pergi kelab malam kan? Persepsi orang kita kalau pergi kelab nie compem minum punya. Lagi-lagi kalau anda tue selebriti. Kesimpulannya sudah-sudahlah tue pergi kelab. Baik duduk tidur kat rumah lagi bagus kan?

Buat Tiz Zaqyah, anda tue ada masa depan yang cerah. Pandai-pandai lah memilih kawan. Pandai-pandailah jadi popular kerana bakat, bukan kerana kontroversi. Kami percaya yang anda satu hari nanti mampu menjadi bintang filem yang hebat. Tingkatkan produktiviti, kurangkan kontroversi. Go Tiz go.

Written by AbangNara | February 21st, 2010

Oh sungguh bahaya Facebook kepada manusia-manusia seantero alam. Lagi-lagi kalau anda bergelar seorang artis dan terlalu jujur mengisi “profile” Facebook anda. Sekarang satu alam sudah tahu yang salah satu  kegemaran Juliza Adzlizan ialah SEX. Kami tak kisah sebab dia pun dah kahwin. Tentu bahagia suami Juliza.

Bagi kita orang Melayu yang penuh dengan adat kebudayaan dan dilatih agar tidak bercakap tentang sex secara terbuka, mungkin tak manis benda nie diwar-warkan. Pendapat kami, biarlah hal itu menjadi rahsia rumah tangga Juliza dan suaminya. Kami percaya yang kalau kami jadi suami si Juliza pun akan tergoda setiap malam dengan kecantikan dan keanggunan Juliza.

Buat Juliza Adzlizan, mungkin lebih sesuai jika anda update profile anda dan tukar “Interest” tue. Mungkin boleh tukar “buat anak” instead of sex. Lagi elok dipandang kot. Hehehe.

Written by AbangNara | February 21st, 2010

gambar cium manohara

Cis sungguh kurang ajar si Manohara Odelia Pinot nie. Dah la dah kena saman dan kalah, lepas tue tak reti-reti balik Malaysia. Rasanya dah lebih 14 hari yang diberikan oleh mahkamah untuk tempoh pulang balik ke suaminya.

Tup-tup hari nie keluar pulak gambar Manohara nie bercium-ciuman dengan seorang lelaki. Katanya kekasih baru Manohara. Katanya nama si pakwe nie Amil. Memang kurang ajar betul Manohara nie. Tak sedar diri yang dia tue masih seorang isteri lagi. Suka hati mak ayah dia je pergi beromantika sakan dengan lelaki lain. Memang men”drop”kan water face mereka-mereka yang terlibat.

Bila agaknya si Manohara nie boleh dipaksa dengan undang-undang untuk dibawak balik ke Malaysia. Kalau hari nie keluar gambar dia bercium-ciuman, mungkin satu hari nanti tetiba keluar gambar dia dah berkahwin ngan orang lain. Kalau jadi macam tue memang memalukan kerabat diraja Kelantan. Kami cadangkan pergi jer hantar polis Kelantan bawak balik si Indonesia yang tak reti mengenang budi nie.

Lagi gambar Manohara mencium pipi si kekasih hati dengan membaca artikel ini sepenuhnya.