Written by AbangNara | February 24th, 2010

sharifah amani gavin

Satu dunia sudah tahu yang Sharifah Amani nie pakwenya adalah Mat Salleh. Bukan Mat Salleh Salleh Yaakob yang pepagi merapu kat Sinar FM tue. Tapi ini memang Mat Saleh sejati punya. Rambut perang lagi. Memang hensemlah kot dari lelaki Melayu. Tue yang si Amani nie jatuh cinta kot.

Dulu kami ada letak gambar Sharifah Amani dan Gavin (nama pakwe dia), tapi semalam kami dapat email dari seorang readers yang telah berkongsi banyak lagi gambar-gambar mesra tak seberapa mereka berdua. Namanya terpaksa dirahsiakan atas permintaan reader tersebut.

Tapi memang nampak betul budak 2 orang nie tengah syok bercinta. Ala, ini gambar yang kalau orang couple kompem ambik punya. Yang style muka je nampak tue. Selalu kalau remaja-remaja sekarang nie amik gambar macam nie pakai handphone jer. Memang muka akan jadi automatik cute dan comel bila mengambil gambar dengan teknik sebegini.

Kalau korang nak tahu gambar macam mana si Sharifah Amani nie ambik dengan si Gavin, sila baca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Kalau anda ada gambar-gambar atau gosip-gosip yang nak dihantar kepada kami, emailkan jer terus kepada borakartis @ gmail.com. Pasti esok akan terus terpampang di BeautifulNara.

 
Written by AbangNara | February 23rd, 2010

amanda imani

Terkejut sebentar kami  apabila buat kali pertamanya kami tak kenal siapa yang menjadi cover Pancaindera Ahad lepas. Amanda Imani, nama dah sedap. Muka pun boleh tahan. Gaya pun agak menonjol. Tapi siapakah gerangan si Amanda Imani nie? Pelakon? Penyanyi ? Majistret?

Terus kami selaku blog gosip hiburan nombor 1 Malaysia membuat kajian yang menyeluruh tentang Amanda Imani nie. Rupa-rupanya dia nie adalah seorang penyanyi. Masih tak keluar lagi album pertama tapi kalau dekat website rasmi Amanda Imani dah boleh dengar preview lagu-lagu yang dinyanyikan. Boleh tahan jugaklah.

Nasihat kami kepada Amanda Imani, biarlah bakat anda yang menyebabkan anda menjadi popular. Jangan biarkan anda dipergunakan oleh mereka-mereka yang hanya mementingkan paras rupa. Percayalah yang rakyat Malaysia sekarang sudah bijak untuk menilai dan menghargai penyanyi-penyanyi yang berbakat. Tak perlu seksi-seksi. Pukaulah kami dengan suara anda seperti yang telah dilakukan oleh Yunalis Zarai.

Kepada anda yang berminat nak melayan video dan gambar Amanda Imani, sila baca artikel ini sepenuhnya. Gambar kredit kepada website rasmi Amanda Imani.

 
Written by AbangNara | February 23rd, 2010

imuda kahwin

Fuhhh ~~ Tercabar Abang Nara dibuatnya dengan Imuda nie. Umur 50 tahun tapi kawin dengan anak dara umur 28 tahun. Beza 22 tahun tue. Ilmu apa yang Abang Imuda pakai untuk mengorat nie. Kena mintak tunjuk ajar nie. Mesti Imuda pikat si dia dengan menggunakan lawak dia yang hebat tue.

Apa-apa pun tahniah kami ucapkan kepada Imuda yang sudah selamat bernikah dengan Zabarina Haja Mushadi Ali. Dengan sekali lafaz ajer Imuda sudah selamat bergelar suami kepada  si dia yang tercinta. Memang penuh dengan pengalaman betul Abang Imuda kita nie dalam bab-bab bernikah.

Sekali lagi tahniah kepada Imuda dan pasangan yang telah selamat bergelar suami isteri 20 Februari yang lalu. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Written by AbangNara | February 23rd, 2010

gambar nasha aziz

Lama betul kan tak dengar cerita pasal Nasha Aziz nie? Paling last kami cerita pasal dia pun ialah pasal gambar makcik yang terharu dapat sain Nasha. Makin lama tak tengok Nasha nie, makin cute pulak nampaknya. Mata nampak makin bulat. Rasa nak cubit-cubit je mata dia tue. Bulat semacam jer. (boleh ke cubit mata?)

Bila agaknya si Nasha Aziz nie nak menamatkan zaman daranya ek? Dengar cerita asik bercinta pastue putus. Bercinta putus. Mungkin sebab jadi orang lawa menyebabkan lelaki-lelaki di luar sana takut nak mengorat kot. Tapi kami percaya hati Nasha sememangnya mahukan belaian kasih sayang seorang suami. Jadi kepada pembaca BeautifulNara yang masih single-mingle, kami cadangkan anda mengorat Nasha Aziz.

Lagi gambar terbaru Nasha Aziz dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Budiey.