Written by AbangNara | February 1st, 2010

natasha hudson

Kalau anda baca BiPop semalam, pastinya anda tak akan terlepas membaca kebengangan Natasha Hudson kepada seorang rakan artis bukan Melayu yang mengacau rumah tangga dia. Kami rasa kami tau siapakah artis bukan Melayu tersebut tapi saja nak bagi anda teka dulu. Klunya ialah artis tue memang cun dan femes sebagai seorang pengacara. Kalau tak silap kami dia pun merupakan seorang model yang agak popular la jugak.

Mengikut Natasha Hudson, si artis bukan Melayu nie memang seorang penggoda. Malah time dia goda bekas suami Natasha Hudson nie, diorang masih lagi bergelar suami isteri. Itu yang Natasha panas sangat tue. Kawan baik Natasha sendiri katanya pernah nampak artis bukan Melayu nie keluar dengan bekas suaminya.

Ok kami akui kalau kami digoda oleh artis bukan Melayu nie berkemungkinan besar kami akan cair jugak. Memang cun beb. Tapi Natasha Hudson pun cun jugak. Kiranya dua-dua pun sama cun la. Mungkin teknik godaan yang digunakan agak tinggi sampai mampu mencairkan hati bekas suami Natasha Hudson.

Dan kalau anda pernah terbaca bahawa Natasha Hudson pernah buat ujian DNA untuk menentukan siapakah ayah kepada si artis bukan Melayu nie, semua itu bohong belaka. Bak kata Natasha, tak ada kerja dia nak gi check DNA anak orang lain. DNA anak sendiri pun tak tercheck lagi. Tak gitu?

Rasa-rasa korang tau tak siapa artis bukan Melayu yang pernah mengganggu kebahagian rumah tangga Natasha Hudson nie? Meh teka jom!!!

Written by AbangNara | February 1st, 2010

facebook azwan ali

Biar betik. Nie standard ala-ala Dato’ Siti Nurhaliza nie. Betul ke Azwan Ali nie dibayar RM6,000 untuk satu lagu macam status Facebook dia tulis? Yang paling tak tahan tue untuk show pondan kat Johor Bahru. Banyak jugak ek duit pondan-pondan nie untuk bayar Azwan Ali.

Eh terlupa plak. Boleh ke si Azwan Ali nie menyanyi? Hohoho. Persoalan yang agak misteri di situ. Tapi korang jangan lupa yang Azwan Ali nie adalah salah seorang daripada blogger untuk Project Alpha Season 2.

P.S: Kata hari tue dah tinggalkan dunia pondan, apakah ini?

Written by AbangNara | February 1st, 2010

chef wan datuk

Akhirnya Chef Wan kita bakal bergelar Dato’ @ Datuk pada hari ini, 1 Februari 2010. Tahniah kami ucapkan kepada Chef Wan. Sememangnya pangkat ini memang wajar diberikan kepada anda kerana susah-payah anda mempopularkan Malaysia melalui rancangan masakan anda. Kami ucapkan jutaan tahniah. Sememangnya Chef Wan deserve gelaran Dato’ ini.

Dulu kami pernah tertanya-tanya kenapa Chef Wan tak pernah dapat Dato’ sedangkan Shah Rukh Khan yang tak ada kaitan dengan Malaysia pun dah dapat. Rupa-rupanya selama nie dah 4 kali gelaran Dato’ nie ditawarkan kepada Chef Wan. Tapi dia terpaksa menolak sebab tak bersedia lagi. Tapi tawaran kali ke 5 nie akhirnya diterima jugak.

Satu benda kami respek pada Chef Wan ialah permintaan beliau agar orang ramai tidak memanggilnya dengan gelaran Dato’. Just panggil Chef Wan atau Abang Wan macam dulu pun dah ok dah. Nampaknya chef terhebat Malaysia nie tetap maintan rendah diri. Kami suka dan kagum dengan Chef Wan.

Lepas nie kena tunggu gelaran Datuk untuk anak Serina la plak. Hehehe.

Page 17 of 17« First...1314151617