Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

(GAMBAR)Tengku Ratu Haidar, Anak Que Haidar Dan Linda Jasmine

Sunday, February 28th, 2010

tengku ratu haidar

Akhirnya penantian para wartawan-wartawan hiburan untuk melihat gambar Tengku Ratu Haidar, anak Que Haidar dan Linda Jasmine dah pun berakhir semalam. Disebabkan ada rezeki lebih, Que dan Linda buat satu majlis khas untuk memperkenalkan anak diorang nie. Tema kaler warna putih lagi tue. Melambangkan kesucian rasanya.

Rasanya trend artis-artis Malaysia sekarang nie memang akan buat satu majlis khas untuk perkenalkan anak diorang. Takperlah. Nama pun artis. Duit mesti banyak. So kiranya tak membazir lah. Lagipun nama pun anak artis. Mesti kena popular sikit. Lantaklah diorang. Duit diorang yang habis bukan duit kita kan?

Sekarang nie rasanya semua peminat hiburan Malaysia tengah tak sabar menanti bila Ziana Zain nak buat majlis kenalkan anak kembar dia pulak. Sementara nak menunggu tue, korang tengok dulu gambar Tengku Ratu Haidar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar ehsan Mstar.

(more…)

(GAMBAR)Jezamine Lim, Bakal Isteri Harith Iskandar

Saturday, February 27th, 2010

jezamine lim

Memang meletop, cun gila dan seksi bangat Jezamine Lim, bakal isteri Harith Iskandar nie. Kagum kami sebab Harith dapat mengorat awek yang cun melecun macam nie. Tuah ayam nampak di kaki, tuah Harith mungkin di kepala botaknya kot.

Harap-harap Harith dapat membimbing Jezamine selepas berkahwin nanti. Tahniah kepada Harith yang bakal menamatkan zaman bujangnya selepas 40 tahun lebih membujang. Jezamine Lim, 27 tahun adalah seorang doktor, model dan pelakon.

Sebelum terlupa takziah kepada Harith Iskandar atas pemergian ayahnya. Apa-apa pun korang jangan jeles tengok gambar Jezamine Lim nie. Memang mengancam beb. Keluar air liur. Oh lupa, diorang berdua nie dah bertunang dah.

Tahniah sekali lagi kepada Harith Iskandar dan Jezamine Lim. Lagi gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar kredit kepada Facebook Jezamine Lim.

(more…)

Maya Karin Tak Bercerai, Rumah Tangga Sekadar Dilanda Badai Sahaja

Thursday, February 25th, 2010

maya karin cerai

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak suami isteri. Aceh, berperibahasa pulak kami di situ. Itulah agaknya yang sedang berlaku kepada Maya Karin dan suaminya, Steven. Walaupun ada angin barat daya yang kencang bertiup membawak gosip Maya Karin sudah bercerai, tetapi Maya bagitau yang dia dan suami sekadar tergigit lidah je.

Sekarang nie kedua-duanya sedang cuba untuk membaiki balik hubungan masing-masing. Kalau tak silap kami, Maya dan suami tinggal asing-asing disebabkan kerjaya masing-masing. Mungkin betul kata orang tua-tua, jauh di mata maka jauhlah di hati. Itu yang dilanda badai sikit tue rumah tangga diorang berdua.

Buat Maya Karin dan suami, tabahlah menghadapi dugaan nie. Biasalah adat berumah tangga. Kalau tak ada halangan tak mencabarlah kan? Semoga berjaya melepasi dugaan ini dan bertambah mesra selepas itu.

P.S: Mintak dijauhkan Maya Karin bercerai dengan suaminya. Tapi kalaulah perkara tak elok ini terjadi, maka mungkin status janda terhangat Malaysia yang kini dipegang Rozita Che Wan akan dicabar. Harap-harap Maya dan suami akan terus kekal bahagia.

(GAMBAR)Seksi Gila Kentang Kat Mentor Nie ~~~

Thursday, February 25th, 2010

kat mentor

Muka cantik, potongan badan meletop dan ada gaya. Simpan buat apa kan? Tunjukkanlah kepada semua orang pakej yang kita ada. Kalau simpan orang tak tahu. Agaknya itulah kot yang Kat Mentor nie pikir masa amik photoshoot. Seksi beb gaya dia. Hampir tergoda kami.

Korang tengok jer lah gambar si Kat Mentor nie dan komen apa yang patut. Malas dah kami nak melayan artis kurang popular yang berseksi-seksa macam nie. Buat abis beras jer. Gambar ehsan Murai.

(more…)

Download MP3 Cinta Sempurna Yunalis Zarai

Thursday, February 25th, 2010

Lama rasanya tak berkongsi MP3 dan lirik lagu bersama anda semua. Disebabkan kami nie memang kipas susah mati Yunalis Zarai, jadi kami nak kongsikan MP3 Cinta Sempurna yang tengah meletup sekarang nie. Memang best dan simple jer lagu dia. Lirik pun not bad jugak.

Dengar ceritanya Yuna tak dapat nak join ABPBH 2009 sebab time tue dia ada kat Amerika. Tak apa lah Yuna. Dahulukan yang mana penting dulu. ABPBH nie tetiap tahun ada. Peluang gi Amerika sekali seumur hidup jer datang. Betul tak?

Klik sini untuk download MP3 Cinta Sempurna dari Yunalis Zarai. Kalau nak salin lirik lagu Cinta Sempurna pastu hantar kat awek korang, sila baca artikel ini sepenuhnya. Sambil download dan salin lirik tue layan la video Yuna kat atas tue.

(more…)