Written by AbangNara | January 5th, 2010

umie aida

Seorang putih melepak, seorang agak hitam. Seorang janda, seorang bergelar tunang orang. Seorang penyanyi, seorang pelakon. Seorang sedang menunggu detik bahagia, seorang sedang menunggu dilamar orang. Seorang bernama Umie Aida, seorang bernama Nurul. (wah dah macam pantun la plak).

Kami pernah ternampak Umie Aida live di sebuah kedai makan di Ampang. Kulit dia sememangnya putih dan gebu. Kalau korang tengok gambar kat atas nie pun dah nampak putih gebu kan? Kalau real life memang lagi putih dan lagi gebu. Senang citer lagi cantik dalam real life la berbanding dalam gambar.

Oh ye gambar diorang berdua nie diambil masa majlis perkahwinan Serina Chef Wan dan Gavin. So sebab tue diorang dress up sikit. Nanti kalau kami terjumpa gambar artis lain yang datang time tue kami akan sharekan lagi di sini.

Written by AbangNara | January 5th, 2010

linda onn

Akhirnya sahlah khabar angin yang kami dengar menyatakan Linda Onn telah meninggalkan Sinar FM. Mungkin tak tahan dengan lawak Abang Jem kot. Atau mungkin takut terpikat dan menjadi bini nombor 4 Abang Jem (hehe, nie memang lawak semata-mata). 31 Disember 2009 yang lepas adalah hari terakhir Linda Onn di Sinar FM dan di AMP Radio.

Khabar angin yang lain menyatakan yang Linda Onn bakal menjadi dj radio kat Suria FM. Tapi buat masa ini Linda masih nak berehat sambil menumpukan perhatian terhadap restoran nasik ayam dia. Kami tak pernah try nasik ayam Linda Onn nie tapi dengar ceritanya leh tahan gak sedap. Ada sesapa pernah try? Leh bagitau kat sini.

Buat Linda Onn, BeautifulNara ingin mengucapkan selamat maju jaya di tahun 2010. Tak kiralah kat radio mana pun. Yang penting hati mesti gembira. Dan kalau nak tambah kegembiraan di hati sudah semestinya kena cari pakwe cepat-cepat. Dah lama sangat menyolo tue. Rasanya ramai yang sanggup nak jadi pakwe Linda Onn. Muka pun lawa, duit pun banyak. Tak gitu?

Sumber dari Murai.

Written by AbangNara | January 5th, 2010

diana danielle

Bagus betullah si Diana Danielle nie. Muda-muda lagi dah pandai wat amal kebajikan. Pastue wat yang lain daripada yang lain plak tue. Rasanya tak pernah lagi ada artis Malaysia yang pergi melawat orang asli kat kampung diorang. Tabik spring kami kat Diana Danielle sebab buat kerja baik macam nie.

Kami sebenarnya suka gak kat Diana Danielle nie. Dia macam ada aura lain dari yang lain. Masa kitorang layan filem Setem dulu, terpaku sekejap bila part Diana Danielle. Walaupun tak banyak part dia (takder dialog sangat pun) tapi dia punya impak besar gak la. Masih terbayang-terbayang lagi sampai sekarang keayuan dan kebesaran mata Diana Danielle dalam filem Setem.

Buat Diana Danielle, teruskan usaha anda untuk berbuat amal kebajikan yang macam nie. Kalau orang kata anda tak ikhlas ke, nak cari publisiti murahan ke, pedulikan semua tue. Biasalah manusia nie memang pendengki. Takleh nak tengok orang senang. Yang penting kita ikhlas buat benda tue.

Lagi gambar Diana Danielle beramah mesra dengan orang asli dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | January 5th, 2010

anak ako mustapha

Tahniah buat Ako Mustapha dan isterinya, Kartina kerana telah menyambut kelahiran anak sulung mereka pada 31 Disember hari tue. Bayi perempuan nie telah diberikan nama Merissa Tempawan. Agak pelik kan nama tue? Tapi untuk pengetahuan korang, Tempawan tue adalah nama mak Tun Dr. Mahathir.

Mungkin kerana Ako adalah cucu kepada kakak Tun Dr. Mahathir, itu yang dia namakan anak dia sempena nama mak Tun Dr Mahathir. Kami rasa mungkin ini satu cara Ako nak melahirkan rasa penghargaan dia kepada Tun. Tahniah jugak kepada Tun Mahathir sebab dapat ahli keluarga baru.

Macam biasa buat masa nie gambar anak Ako Mustapha masih tak dapat lagi. Katanya Ako tak bersedia lagi untuk tunjukkan anak dia kepada media. Nanti dah ada kami uploadkan yek. Tahniah sekali lagi kepada Ako dan isteri.

Page 20 of 22« First...10...1819202122