Written by AbangNara | January 19th, 2010

red carpet murai

Oh yeahh ~~ Walaupun dah agak berumur, muka Rohana Jalil masih maintain tegang gitu ~~ Cuba korang tengok gambar dia kat atas tue. Satu kedut pun takder tue. Kami yakin benar yang dia suka makan tempe untuk mencantik dan menegangkan kulit mukanya. Bak kata Khir Toyo, makanlah tempe untuk kecantikan muka yang tiada tolok bandingan.

Ramai jugak artis-artis yang datang red carpet Murai. Nie semua bersempena dengan ulang tahun ke 2 portal Murai. Tahniah kami ucapkan kepada Murai yang dah bertahan selama 2 tahun. Antara artis-artis best yang datang ialah Mawi dan Ekin, Raja Azura yang cute mute. Dan yang paling penting, Lisa Surihani pun ada gak. Semuanya datang bertemakan pakaian zaman 80-an.

Rasa-rasa kalau BeautifulNara buat red carpet, ada ker artis yang nak datang ek? Lagi gambar-gambar di red carpet Murai dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Semua gambar adalah ehsan Murai.

 
Written by AbangNara | January 19th, 2010

scha awal linda

Adoi. Makin naik menyampah pulak dengan kisah cinta 4 segi diorang nie. Mula-mula dulu bolehlah terima lagi, tapi dah lama-lama macam nie, naik muak dah. Dah clash tue sudahlah, jangan nak ungkit sapa yang salah. Bak kata Dato’ Siti Nurhaliza, biarlah rahsia. Jangan nak point finger kepada orang lain.

Sekarang nie Linda Onn, Scha dan Awal Ashaari dah jadi bestest friend dah. Buat aktiviti dan melepak pun sama-sama. Baguslah macam tue. Tapi bak kata Fahrin, berkawan biarlah ikhlas. Jangan ada udang di sebalik batu. Dan kami percaya Linda, Scha dan Awal sememangnya dah matang dalam berkawan. Buat Fahrin pun, janganlah terlalu buruk sangka kepada orang lain.

Kepada mereka berempat nie, kami sentiasa doakan yang terbaik. Kamu semua ada masa depan yang cerah. Nasihat kami janganlah menggunakan kisah cinta tak jadi ini untuk mendamba populariti. Peminat sekarang sudah pandai. Kami tak suka cerita murahan macam nie. Serlahkanlah bakat anda dan pasti kami akan terus menyokong.

Sebagai penutup, nikmatilah gambar-gambar Linda Onn, Scha Al Yahya dan Awal Ashaari melepak bermain ATV baru-baru ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | January 19th, 2010

ziana zain terbaru

Khas buat peminat-peminat Kak Ziana Zain, inilah gambar terbaru Ziana Zain selepas bersalin baru-baru nie. Gambar anak Ziana Zain masih gagal ditemui sehingga sekarang. Masih maintain kurus dan cun akak ZZ kita nie. Rasanya lama jugak dia duduk berpantang dalam rumah. Hasilnya memang mengkagumkan. Slimmm gitu ~~~

Lagi gambar terbaru Ziana Zain dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar dicilok dari Budiey.

 
Written by AbangNara | January 18th, 2010

fahrin ahmad

Mati-mati kitorang ingat yang si Fahrin Ahmad nie tak pernah ada gambar-gambar basah di tepi kolam renang. Ala, kalau korang jenis beli majalah Mangga dulu-dulu (skang nie tak tau la ada lagi ke tak), compem ada gambar-gambar artis lelaki yang baru nak naik berposing basah tepi kolam renang. Rupa-rupanya Fahrin Ahmad pun ada gak gambar camnie.

Tapi kira tough gak la badan si Fahrin nie. Ada gak ketulan-ketulan dia. Kalau korang tengok betul-betul leh perasan ada bulu lagi. Memang seksi gitu ~~. Mungkin itu salah satu sebab Linda Onn dan Scha Al Yahya terpikat ngan Fahrin dulu.

Lagi gambar Fahrin Ahmad berbasah di tepi kolam renang dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Page 10 of 22« First...89101112...20...Last »