Written by AbangNara | December 31st, 2009

BeautifulNara kini dalam High Definition blog terima kasih kepada Astro B.yond.

Sila skroll ke bawah untuk membaca gosip terbaru.

Tahun 2010 bakal menjelma beberapa hari jer lagi. Kami dah start pasang cita-cita dan impian untuk benda-benda yang wajib dibeli di tahun 2010. Kononnya azam untuk tahun 2010 la nie. Macam-macam benda yang kami tulis dalam kertas conteng kami. Contohnya kereta, rumah, tanah kosong, lot kedai ngan banyak lagi lah. Last-last sekali kami list down kan 3 benda yang kami rasa mampu kami capai di tahun 2010 nie.

1. Nissan FairLady Z – memang mengancam beb kereta nie. Kalau bawak kete nie, dijamin 100% awek-awek akan berkerumun nak tumpang naik. Selama nie asyik telan air liur jer tengok orang lain pakai. Panas jugak hati!!!

2. Nintendo Wii – yang nie memang wajib ada untuk kami yang suka duduk rumah di hujung minggu. Daripada duduk bergolek-golek di atas katil, baik layan main game tennis kat Wii. Leh gak keluar peluh.


3. High Definition (HD) Plasma TV – nie yang paling wajib ada kat rumah kami nie. Tak kisah la jenama LG ke, Samsung ke. Asalkan kena ada HD Plasma TV sebijik kat umah nie. Sebab apa? Sebab nak menghayati kehebatan Astro B.yond yang hanya boleh dilihat kalau kat rumah korang ada HD TV.

Antara ketiga-tiga benda impian kami tue, HD Plasma TV tue paling berkemungkinan besar kami boleh dapat. Siap boleh dapat FREE OF CHARGE lagi tue. Memang puas hati kalau leh dapat HD TV yang besar cam dalam gambar kat atas tue. Compem tak keluar rumah duduk tengok TV jer sepanjang hari. Tapi sapa yang nak bagi percuma menatang alah nie? Mahal tue beb~~

Bersempena dengan pelancaran Astro B.yond, pihak Astro telah dengan bermurah hatinya nak bagi 3 bijik HD TV Plasma bersempena dengan Astro B.yond Bloggers Night. Ini semua bakal berlaku pada malam 13 Januari 2010.

Diulangi sekali lagi bahawa ada 3 HD TV plasma yang boleh dimenangi. Bukan satu dan bukan dua. Tapi tiga bijik tau, datang sekali dengan pakej channel Astro B.yond free sampai Dec 2010 tau. Banyak betul benda percuma yang Astro nak kasik. Sungguh baik hati pihak Astro dan sungguh bertuah bloggers yang dijemput hadir malam tue.

Sebab tuelah anda semua kena tulis sekreatif yang mungkin untuk mendapat satu jemputan ke event nie. Korang mesti nak tau cara nak dapat jemputan ke malam tersebut kan? Senang jer, leh refer kepada link ini .

Diingatkan sekali lagi jemputan adalah terhad, jadi buatlah apa yang patut secepat dan sehebat yang mungkin. Untuk malam tue, hanya satu jer HD TV Plasma yang boleh dibawak balik. Itupun kalau anda menang permainan Murder Mystery Game yang bakal dibuat malam tersebut.

2 lagi bakal dimenangi oleh para blogger yang menceritakan event Astro B.yond Bloggers Night dengan cara yang paling kreatif.  Selain tue ada jugak penerangan pasal Astro B.yond dan demo Astro B.yond kepada para bloggers pada dijemput hadir malam tue.

Katakanlah kami menang HD Plasma TV tue,  boleh la layan bola kat Channel ESPN dengan lebih jelas dan real guna Astro B.yond ni. Rasa-rasanya kalau tengok Manchester United main bola dengan kehebatan teknologi HD nie, mesti terasa macam kat dalam Old Trafford. Ntah-ntah nanti kami yang berpeluh sakan sebab terasa macam tengah main jugak.

Jadi apa bezanya High Definition (Astro B.yond) ngan Standard Definition yang kita tengok hari-hari tue? Untuk pengetahuan anda, HD punya kualiti adalah 5 kali lebih lebih mantap daripada SD dari segala segi. Antara yang best ialah.

  • Gambar yang lebih jelas dan tajam. Katakanlah korang tengah tengok Astro tetiba keluar muka Sharifah Aini yang penuh tahi lalat tue, kami compem anda akan terkejut beruk sebab korang leh siap kira berapa banyak tahi lalat Kak Pah
  • Lebih banyak warna. Ha nie paling sesuai bila time tengok festival bunga api kat TV. Takderlah korang tertanya-tanya bunga api kaler apa tue. Ntah-ntah orang buta warna pun terus jadi elok sebab kaler HD sangat cun dan jelas.
  • Bunyi yang lebih mantap. Citer banyak tak guna kalau korang jenis layan movie kat HBO tue memang wajib dapatkan Astro B.yond nie. Diorang guna 5.1 Dolby Digital Surround punya sound tue beb. Lepas nie tak yah gi wayang dah. Duduk kat umah pun dah cukup. Sebijik macam dalam wayang

Yang bestnya pasal Astro B.yond nie, korang bukan je dapat dapat tengok program-program kegemaran korang dalam HD, tapi dekoder baru untuk Astro B.yond ada fungsi-fungsi lain yang best.

Ada Digital Video Recording (DVR) untuk rekodkan citer feveret and, ada Video On Demand (VOD) yang membolehkan korang tengok apa jer citer korang nak bila-bila masa dan ada IPTV.

Ini semua bakal boleh digunakan dalam masa 24 bulan lagi. Diorang bagi sikit-sikit jer dulu, takut korang kejutan budaya plak nanti kalau dapat semua fungsi sekaligus.

Buat masa nie ada 4 HD channel yang ditawarkan oleh Astro B.yond untuk anda merasai sendiri pengalaman baru. Channel-channelnya ialah ASTRO Supersport HD, HBO HD, National Geographic Channel HD and HISTORY HD yang dah bermula 18 Disember 2009 hari tue.

Buat peminat-peminat bola sepak jangan risau sebab ESPN HD akan bermula Januari 2010 nie. Dan yang paling best ialah time World Cup 2010 nanti Astro B.yond bakal tunjukkan kesemua game dalam HD. Memang best tue beb. Compem terasa macam kat Afrika Selatan.

Untuk anda yang memang dah gunakan Astro, anda boleh tukar kepada dekoder Astro B.yond dengan hanya tambahan harga RM20 sebulan dengan kontrak selama 12 bulan. Bukan jer korang akan dapat dekoder baru tapi korang jugak akan dapat smart card baru, remote control baru dan macam-macam lagi lah. Apa sangat la RM20 dibandingkan dengan kehebatan HD yang bakal anda rasai nanti.

Kepada pihak Astro dan para bloggers yang bakal datang pada malam Astro B.yond Bloggers Night , bagilah kami menang HD Plasma TV tue nanti. Tak kesian ke tengok TV old school kitorang kat atas tue. Dah nazak betul dah tue. Tunggu masa nak ranap je.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk sini dan jugak boleh ikuti perkembangan terkini tentang Astro B.yond di Astro Facebook Fan Page

Written by AbangNara | December 31st, 2009

new year 2010

Hari ini hari terakhir 2009. Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah setahun rupanya. Esok bakal muncullah tahun 2010. Apa cerita dengan azam 2009 anda semua? Dah tercapai ke belum? Camner plak dengan azam tahun 2010 nie? Dah buat azam baru ke belum?

Buat kami di BeautifulNara, tahun 2009 memang banyak meninggalkan kenangan manis. Dari sebuah blog hiburan yang kurang dikenali, kini kami boleh menyatakan dengan bangganya kami adalah antara blog hiburan paling popular di Malaysia. Terima kasih kepada anda semua yang terus menerus menyokong kami. (macam ayat menang anugerah la plak)

Tahun 2009 jugak menyaksikan Fan Facebook BeautifulNara telah mencecah angka 2000 orang. Sungguh kami tak sangka secepat nie boleh cecah sampai 2000 orang sedangkan kami baru jer bukak Fan Facebook nie 2 bulan yang lepas. Terima kasih kepada anda-anda yang mengajak kawan-kawan, makcik-makcik, sepupu-sepapat untuk join FB Fan BeautifulNara. Buat yang belum, silalah jadi fan kami di sini ye.

Team BeautifulNara membuka tirai 2010 dengan melakukan GBN (Gathering BeautifulNara) pada 2hb Januari 2010 di Midvalley. Buat anda yang dah bagi nama untuk bertemu, kita jumpa di sana nanti. Dan kalau ada yang tak bagi nama tapi nak join, silalah pergi jer. Tegur jer kami kalau anda nampak kami di Midvalley time tue. Camner nak kenal? Kalau nampak orang-orang kat situ happening dan tengah bergossipping, kira betullah tue gathering BeautifulNara.

Buat artis-artis Malaysia, pesanan kami tinggalkanlah memori buruk 2009 dan marilah bersama kita membina dunia artis yang lebih cerah (sumpah poyo ayat nie) di tahun 2010. Kalau ada artis-artis yang berminat nak promo diri mereka di blog kami nie, jangan segan-segan untuk hantarkan email. Kami berani jamin populariti anda akan terus naik dan tak turun-turun lagi.

Ampun maaf jugak dipinta kepada semua jika ada salah silap sepanjang tahun 2009. Banyak artikel-artikel dan gosip-gosip yang kami janjikan kami nak letak tapi tak terkongsi sebab terlalu sibuk dengan kerjaya. Teruskan menghantar gosip-gosip anda kepada kami dan kami akan cuba untuk pamerkan gosip tersebut di sini.

Buat semua, jangan lupa terus melayan BeautifulNara untuk bergosip secara berhemah. Jutaan terima kasih sekali lagi dari kami kerana sokongan anda pada tahun 2009. Teruskan bergosip di BeautifulNara pada tahun 2010.

P.S: Lepas tengok show bunga api jangan lupa tengok gerhana bulan malam nie kul 1.15 pagi.

P.P.S: Satu lagi blog “Nara” akan muncul sempena dengan tahun 2010. Nantikannya tak lama lagi. Blog yg sedia ada ialah Blog KakNara & ButikNara, sudi-sudilah lawati ye~

Written by AbangNara | December 31st, 2009

nora danish janda

Adakah kenyataan Nora Danish yang menyatakan bukan mudah untuk dia membawa status janda adalah satu petanda yang dia sudah bersiap sedia untuk bergelar seorang isteri balik? Rasanya semua orang pun tau yang janda (lagi-lagi janda cun macam Nora Danish nie) sering dipandang serong oleh masyarakat. Banyak gelaran diorang dapat. Perampas suami orang la, janda tak laku la, janda mahal la. Banyak lagi le.

Cuba dengar apa Kak Nora Danish kita cakap sikit:-

[note]Saya sedar segelintir masyarakat memandang negatif kepada status janda ini, tidak boleh berpakaian seksi, keluar dengan lelaki, pergi clubbing dan sebagainya[/note]

Kenyataan atas nie kami kurang sokong sikit. Rasanya semua orang pun boleh agak sebab apa kami tak sokong. Seeloknya jangan la buat 3 perkara kat atas tue tak kiralah anda janda ke andartu ke bini orang ke. Memang benda yang tak berapa elok dibuat pun.

Lagi luahan hati Nora Danish:-

[note]Mereka sering melabel janda sebagai perempuan yang jahat dan perampas. Seharusnya mereka lebih kasihan sebab kami mangsa keadaan dan hormat kepada golongan janda.[/note]

Yang atas nie kami sokong. Memang kami kesian dengar kisah-kisah janda yang kena maki hamun ngan bini orang lain bile bini orang tue jeles membabi buta. Agak-agaknya apa perasaan kalau kita di tempat mereka ? Contohnya si janda tue tengah syok wat kerja kat opis tetiba terdengar suara jeritan mencaci dia. Mana nak letak muka? Malu beb ~~

Sebab tuelah tak baik untuk janda-janda seperti Nora Danish nie menjanda lama-lama sangat. Nanti kena cop perampas orang. Sebaiknya kawin secepat mungkin. Takkanlah takder orang nak kat janda macam Nora Danish yang putih melepak, muka cute dan seksi nie. Mesti ramai tengah beratur nak tunggu giliran ngorat. Tak gitu?

Ucapan kami untuk semua janda-janda di Malaysia, semoga tabah menghadapi rintangan yang ada. Dan semoga cepat bertemu jodoh sekali lagi.

p/s: hari ni last day tau mau dapatkan Xpax Double Bonus, topup rm50 kompem malam ni abis sebab sms happy new year kat semua orang..

Written by AbangNara | December 31st, 2009

gambar serina chef wan kawin

Sungguh bertuah artis-artis Malaysia nie. Nak kawin pun ramai  yang sudi taja. Kita yang manusia biasa nie sampai separuh mati carik duit nak kawin, diorang rileks jer dapat tajaan sana tajaan sini. Memang beruntung betul bergelar artis kat Malaysia nie ek.

Terbaru perkahwinan Serina  Chef Wan dan Gavin Edward O’luanaigh @ Salahudin Ghafar bakal mendapat tajaan barangan kemas dari Habib Jewels bernilai RM2.5 juta. Fuiyoooo  mak. Menangis kami dengar benda nie. Kami nak beli gelang emas harga 2 3 ribu pun pikir 20 30 kali. Bertuah badan Serina dapat pakai barangan kemas harga juta-juta time kawin dia tue nanti.

Pakej lengkap tajaan Habib Jewels perkahwinan Serina ini termasuk persalinan bersanding dan acara potong kek. Memang lip lap la nanti si Serina nie ngan rantai-rantai, gelang-gelang dari Habib Jewels. Memang bertuah dan memang rezeki Serina. Tahniah kami ucapkan.

Tak sabar kami nak tengok gambar-gambar perkahwinan Serina Chef Wan nie nanti. Compem gedabak besar rantai yang dia pakai time nikah tue nanti. Leh jadikan idea untuk majlis kawin sendiri nanti.

Page 1 of 2212345...Last »