Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

Saluran The Biography Channel Kini Di Astro

Monday, November 30th, 2009

astro biography channel

Astro sentiasa mengkaji nilai-nilai kandungan yang ditawarkan bagi mengekalkan kepentingan dan relevannya kepada para pelanggan. Sehubungan dengan itu, Astro akan menggantikan BBC Entertainment kepada The Biography Channel (BIO) (saluran 731) berkuatkuasa pada 1 Disember 2009.

Saluran BIO (saluran 731) ialah pusat kepada siri-siri biografi yang memaparkan kisah profil personaliti-personaliti dari bintang Hollywood sehinggalah figura sejarah, pemimpin dunia, hartawan, artis, monarki, ahli muzik dan ahli sukan. BIO juga menawarkan siri-siri kisah benar yang akan meyakinkan para penonton untuk menyusuri liku-liku paparan kehidupan yang unik dengan pelbagai ragam serta memberi peluang eksklusif mendalami kehidupan orang kebanyakan yang kaya dengan kisah-kisah luar biasa dan jarang-jarang didengari umum.

(more…)

(GAMBAR)Seksanya Diriku Melihat Aleeza Kasim

Monday, November 30th, 2009

aleeza kasim

Seksa ke seksi? Aleeza Kasim nie dressing dia memang daring dari dulu lagi rasanya. Mesti boleh see through punyalah. Tak tau nak cakap apa. Mungkin dia selesa dengan cara berpakaian macam tue kot. Layan jerlah.

Lagi gambar seksi Aleeza Kasim dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

Datuk mana pulak ni??

Sunday, November 29th, 2009

ish ish ish, betul ke ada Datuk yg femes dalam industri hiburan tak bayar loan kereta, sampai nak kena tarik? Ish ish ish. kami yang gaji tak seberapa ni pon tak berani kalau bayar lambat apa-apa loan. bukan apa, nanti nama blacklist susah wooo.

cuba senaraikan skit sapa yang bergelar datuk ??

Ini berita mengenai cerita ni kalau korang agak blurr tak ngerti apa yang kami gosipkan ini. Kami paham … kami pon masih lagi terbuai-buai dek cuti panjang, dan masih lagi membakar lemak-lemak daging korban yg dimakan masa hari raya. Tu yg tak dapat nak fikir siapakah gerangan datuk ini….

Rumah Datuk diserbu tukang tarik kereta

dari utusan malaysia.

TERKEJUT dibuatnya apabila ada seseorang yang kerjanya tarik kereta ajak Niezam ikut dia untuk pergi ke rumah seorang artis. Kata tukang tarik kereta tu, dia nak Niezam rakam gambar artis berpangkat Datuk ni yang buat masalah.

Ingatkan masalah apa rupa-rupanya si Datuk dah lama tak bayar sewa bulanan kereta dia.

(more…)

Survey Gathering Beautiful Nara

Thursday, November 26th, 2009

ya, ini dia, setelah anda semua VOTE, inilah keputusan kepada Gathering Beautiful Nara.tekan kat right klik view image  gambarr nanti jadi besaaaauuuu~~

Jadi kita ikut keputusan yg korang Vote …

Tempat : Taman Tasik Perdana
Tarikh : 2hb January 2010
Kehadiran : dalam 100 orang…

Senarai AJK (yg volunteer diri , tepuk tangan untuk mereka, inilah harapan bangsa!!)

1. Aries

2.Anne

3.Eclipse

4….. sapa lagi??

Sekian, laporan dari KakNara. Selamat Hari Raya Aidiladha~~

Faizal AF4 – Saya Budak Baik La, Mana Ada Basah-Basah Nie

Wednesday, November 25th, 2009

faizal af4

Ha nampaknya tuan punya gosip telah pun bersuara. Saje je kami malas nak keluarkan gosip yang kononnya Faizal AF4 nie ditangkap basah sebab kami macam dapat menghidu penipuan di dalam gosip tersebut. Mungkin sengaja direka oleh wartawan-wartawan hiburan Malaysia yang dah kekeringan idea nak menjatuhkan artis-artis Malaysia.

Tapi kami sebenarnya tengah tunggu Ayu OIAM keluarkan statement pasal gosip dia dah terberanak tue. Kata orang berani kerana benar. Kalau tak salah buat apa nak takutkan? Macam si Faizal nie, keluar jer gosip buruk pasal dia terus dia keluarkan kenyataan balas balik. Macam nie la orang kata lelaki sejati.

Baca berita sepenuhnya dengan membaca artikel ini selengkapnya.

P.S: uiks, Streamyx ada promotion Super Upgrade Deals rupernyaa….sesapa yg dah guna streamyx lebih dari setahun, blh upgrade ke plan lebih LAJU & dapat free plan LAJU itu utk 4 bulan…bulan ke-5 baru start bayar.

(more…)