Written by AbangNara | October 26th, 2009

gay pictures

Terkejut beruk kami bila dapat tahu gosip mengenai seorang penulis blog hiburan nie. Mula-mula memang taknak percaya sebab kami pernah berjumpa dengan dia secara live dan nampak macam seorang lelaki normal jer. Tapi si pemberitahu gosip nie beria-beria bagitau kat kami. Siap bagitau yang dia kenal anak-anak ikan penulis blog nie. Melihat tahap keseriusan muka sumber kami bercerita, kami percaya yang dia tak tipu kami. Terpulanglah pada anda nak percaya ataupun tidak.

Penulis blog yang mengamalkan cara hidup kurang sihat nie memang femes suatu ketika dulu. Blog dia popular tahap gila-gila punya. Tapi sekarang dah agak kurang glemernya. Mungkin tak salah kalau nak cakap yang BeautifulNara lebih popular daripada blog dia sekarang. Mungkin sebab blognya lebih fokus kepada program-program tertentu.

Nama penulis blog ini biarlah kami rahsiakan. Tapi rasanya kalau anda fikir-fikir balik, berapa kerat sangatlah penulis blog hiburan kat Malaysia nie. Kalau dapat teka tue, simpan ajerlah dalam hati ye. Kang malu pulak penulis blog nie. Bukan niat di hati nak menjatuhkan sesiapa.

Buat si penulis blog, harap-harap jika benar gosip ini dapatlah berubah menjadi seorang lelaki yang normal. Muka anda kacak tue. Nanti kecewa perempuan-perempuan kat luar yang meminati anda. Masih belum terlewat untuk anda berpatah balik ke jalan seorang lelaki yang macho dan gagah.

Written by AbangNara | October 26th, 2009

azwan ali

Rasanya ramai yang dah tau kot Azwan Ali nie suatu ketika dulu pernah suka kat Ziana Zain. Masa tue Azwan Ali bukanlah Azwan Ali yang sekarang. Masa tue Azwan Ali masih Azwan Ali yang macho dan boleh dikatakan lelaki yang bergaya. Sayangnya perasaan cinta dan kasih sayang Azwan Ali terhadap Ziana Zain telah di”reject” time tue. Kesian kat Azwan Ali. Mungkin sebab tue sampai sekarang dia taknak bercinta dah kot. Mungkin fobia.

Gambar kat atas tue kalau tak silap kami adalah sepasang kasut pemberian hadiah dari Ziana Zain kepada Azwan Ali. Simpan sampai sekarang tue beb. Tak sangka Azwan Ali nie romantis gitu ~~ Perasaan tak ada frame gambar dia ngah posing ngan Ziana Zain? Hensem tue Azwan Ali zaman memuda remaja dulu.

Tapi kami terharu dengan Azwan Ali bagi komen tentang cakap-cakap orang mengenai pengumuman dia dah berubah selepas balik umrah. Cuba korang baca:-

[note]Itu pun terpulanglah. Saya tak kisah apa orang nak cakap sebab saya berjanji dengan Allah bukan dengan you atau wartawan lain. Jadi, apa pun orang nak cakap, biar lah.Macam yang saya cakap sebelum ini, sampai bila nak kejar hal-hal dunia saja. Azwan Ali pun ada hati dan perasaan juga. Bila tuhan dah buka hati orang itu akan berubah, siapa kita hendak persoalkan/ [/note]

Kami mula respek kat Azwan Ali lepas baca kenyataan dia yang kat atas tue. Semoga Azwan Ali mampu meneruskan kehidupan yang lebih baik seperti yang telah diumumkan baru-baru ini. Dan kalau boleh janganlah fobia nak bercinta lagi. Hidup mesti terus bro ~~

Written by AbangNara | October 23rd, 2009

banglo linda onn

Kepada lelaki-lelaki bujang di luar sana, silalah pergi mengorat Linda Onn secepat mungkin dan kebarangkalian besar anda dapat tinggal di dalam banglo Linda Onn yang berharga RM2.4 juta. Perghhhhhhhhh ~~~ RM2.4 juta tue beb. Sebut betul-betul. J.U.T.A. JUTA. Seriously kami sangat kagum dengan kehebatan Linda Onn.

Tahniah kami ucapkan kepada Linda Onn sebab dia guna duit dia sendiri untuk bina banglo nie. Ala, dia kan ada kedai nasi ayam ngan asam pedas. Itulah sumber dia kumpul duit dengan penat lelah untuk membina banglo nie. Memang kagum sekagum kagumnya kami dibuat. Jangan pandai-pandai cakap yang ada Dato’ Dato ke, VVIP ke yang taja Linda Onn nie. Nie semua duit dia sendiri tau.

Buat Linda Onn, anda nak tunggu apa lagi? Duit dah banyak. Rumah dah banglo. Bila lagi nak kawin? Dah kawin nanti barulah tak sunyi sangat banglo besar awak tue. Kalau duduk sorang-sorang takut sesat dan sunyi plak dalam banglo tue. Hehehe.

Written by AbangNara | October 23rd, 2009

xpax hotlink

Yang kat atas tue kami dah pernah ceritakan satu ketika dahulu. Memang ada perbezaan dari segi harga dan juga plan seperti di atas. Tapi carik punya carik, kami dah jumpa beberapa perbezaan lain antara Xpax Blackberry dan Telco H Blackberry. Jadi terpulang kepada anda untuk tentukan yang mana lebih berbaloi-baloi.

  • Kalau korang dah ada Blackberry tapi korang tak guna Telco H ataupun Xpax dan tiba-tiba korang rasa nak guna Telco H ataupun Xpax untuk pakej Blackberry korang. Tahukah anda yang Telco H tak benarkan anda gunakan pakej mereka jika korang tak beli Blackberry tue daripada diorang? Tapi dengan Xpax, tak kisah sama ada Blackberry tue korang beli kat mana-mana pun, tetap boleh guna pakej yang ditawarkan. Menarik kan?
  • Cuba tengok plan kat atas tue betul-betul. Kalau korang beli Blackberry Curve 8520, Xpax ada tawarkan 2 plan iaitu RM1 sehari atau RM2.50 sehari. Kalau untuk Telco H pulak cuma ada RM28 seminggu punya plan. So cuba korang buat kira-kira sikit tengok yang mana lebih murah.
  • Kalau Xpax punya plan penggunaan adalah UNLIMITED, untuk Telco H nie plak ada limit sampai 100MB. Kalau lebih, anda kena bayar sendiri walaupun dah amik plan mingguan RM28 tue. Dah dapat agak kan yang mana lebih elok?
  • Ramai yang tak faham pasal harga RM899 Telco H nie. Anda sebenarnya kena bayar RM899 + RM300 untuk charge penggunaan selama 12 bulan. Tapi yang RM300 ini akan direbate sebanyak RM25 sebulan selama 12 bulan HANYA JIKA anda subscribe untuk Telco H Blackberry Internet Service selama 12 bulan berturut-turut. Kalau tak maknanya, RM300 anda melayang dan anda sebenarnya terpaksa bayar RM1199 untuk beli phone tue jer.

Faham tak perbezaan yang kami tulis nie? Kalau tak faham lagi leh layari http://xpax.com.my/blackberry untuk maklumat lanjut. Boleh tinggalkan komen dan kami akan cuba jawap setermampu boleh.

P.S: Cuba teka apakah Telco H itu?

Page 5 of 21« First...34567...1020...Last »