Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

(GAMBAR)Akhil Hayy Dan Waheeda Bersanding

Saturday, October 31st, 2009

[UPDATED pada 1 Nov]

Buat Akhil dan Waheeda, tahniah kami ucapkan. Gambar masa majlis telah dikemaskini….

P/S: Agak-agak Maiza dijemput ke pergi majlis nie?
P/S2 : Dari wajah Akhil & Waheeda, memang berseri-seri. Memang bahagia betul gamaknya, dah boleh tutup cerita deorang ni. Cerita Akhil & Waheeda tau, cerita Awie & Akhil masih ada sambungaannya…..

(more…)

(PALING HOT) Gathering Beautiful Nara

Friday, October 30th, 2009

Yeaaa, siapa nak join , ygrasa2 dia betul-betul boleh join bagila nama & hantar email ke KakNara [at] lorongsetia8@gmail.com.

Kemungkinan besar pada hujung bulan 12, kat Taman Tasik Perdana. atau tasik mana-mana ajalah , kat bawah pokok. kita piknik bawak tikar mengkuang masing-masing . Makanan Pot Luck. Kami dah cop bawak durian rambutan langsat haha.

Pastu kita ada artis jemputan spesel yang telah sudi menghiburkan kita semua nanti.

P.S: Kami akan bawak XPAX Blackberry Curve 8520 untuk test drive di hari gathering nanti. Ramai sangat yang tanya best ke tak. Nanti kita cuba beramai-ramai di hari tue ek. Kalau rasa nak beli, terus kita pergi Celcom Cube petang tue jugak. Ramai-ramai serbu XPAX untuk plan Blackberry termurah (RM1 jer untuk unlimited data).

Mari-mari kita buat gathering!!

(Tahniah) Ajai & Liza bakal dapat anak

Friday, October 30th, 2009

Wah Tahniah Tahniah…dah 7 minggu dah Liza mengandung. Yang tak sabar-sabar  nak menimang anak ialah Ajai, yolah mungkin sebab dah lama tak rasa tukar pampers baby, tu yang excited tu.

Anak dengan Nurul dulu pon dah umur 11tahun, lama benar dah tu. Tapi memang nampak benar dari statement bawah ni yg Ajai memang peka tentang isterinya, al maklumlah dah penah ada pengalaman.

“Ajai yang dapat rasa saya mengandung. Suatu malam tu, Ajai balik ke rumah dan beritahu saya yang dia pening semacam dan dia syak mungkin kerana saya telah mengandung. Tapi saya tidak percaya. Seminggu sebelum Hari Raya, saya buat ujian sendiri sebab badan kerap penat dan hasilnya memang positif. Bagaimanapun, kami tidak terus berjumpa doktor, selepas berhari raya di Johor dan Pulau Pinang, baru kami berjumpa dengan doktor,” -Liza

Yeah, moga selamat semuanya ya!!


(VIDEO)Abang Nara Yang Pengecut, Sungguh Mengecewakan!!!

Thursday, October 29th, 2009

Sungguh memalukan!!! Itulah kata-kata yang mampu diungkapkan apabila melihat video Project Alpha Budiey dan BeautifulNara di atas. Sesungguhnya terserlah betapa pengecutnya Abang Nara. Nampak sangat cuma tahu bercakap besar tapi bila berhadapan dengan kenyataan tak reti nak buat pulak. Kecewa kami dibuatnya.

Tapi dalam episod 4, Abang Nara cuba menunjukkan kemachoan dirinya dengan melakukan Flying Fox. Nak tau berjaya ke tak, anda kenalah saksikan video kat atas tue. Semua aktiviti-aktiviti extreme nie dilakukan di Sunway Extreme Park. Kami cadangkan anda mencuba. Memang menarik, tertarik, kau memang da bom!!!

P.S: Bukan niat Abang Nara untuk mencuri limelight di dalam episod Budiey. Kepada peminat-peminat Budiey, maafkan kami ye. Oh ya, dan sesungguhnya Abang Nara memang poyo di dalam kehidupan sebenarnya. Jadi apa yang anda lihat, itulah diri dia yang sebenar.

(TAHNIAH)Yunalis Zarai Habis Belajar Jua Akhirnya

Thursday, October 29th, 2009

yunalis zarai

Congratulation, congratulation, congratulation (baca ikut nada sesuka hati anda). Tahniah beribu-ribu lemon kepada Yunalis Zarai yang telah pun ber”konvo” pada hari Selasa yang lalu. Anda memang bukan sahaja berbakat dalam menyanyi, tapi kini dah memegang segulung sijil. Buat mereka-mereka yang tak tahu dan tak nak amik tau, Yuna nie dia amik “law” kat UITM Shah Alam.

Ini yang kami mahukan daripada artis-artis Malaysia. Bukan setakat tau menyanyi dan berlakon ajer, tapi at least berpendidikan la jugak. Sayangnya realiti dunia hiburan kat Malaysia nie, dah la menyanyi suara sumbang, berlakon pun macam patung, belajar pun setakat lepas SPM je. Semuanya mengharapkan muka yang cun melecun je. Asal muka lawa, mesti boleh jadi artis. Asal muka hensem, boleh jadi artis. Tue yang kalau bagi skrip ada bahasa omputih sikit tergagap-gagap nak membaca.

Tapi Yuna memberikan satu nasihat dan pandangan yang boleh direnung bersama tentang artis yang tak berpelajaran nie:-

Saya memang sentiasa meletakkan keutamaan terhadap pendidikan. Bagi saya, ilmu memang amat penting bagi setiap manusia. Tetapi saya berharap, masyarakat boleh menukar persepsi tentang artis yang tidak belajar sehingga di peringkat universiti. Jangan labelkan artis itu tidak pandai hanya kerana dia tidak mempunyai ijazah atau bukan berkelulusan tingi. Ilmu boleh dikutip di mana-mana saja sebenarnya sepanjang hidup kita. Adakalanya, ’street smarts’ lebih bagus daripada ‘book smarts.

Apa-apa pun, buat Yuna dan keluarga, sekalung tahniah kami ucapkan atas konvo anda. Oh ye buat anda yang berminat nak jumpa Yuna nie, try la jenguk-jenguk kedai baju Yunalis di Seksyen 15 Subang Jaya. Kadang-kadang Yuna ada gak terpancul kat situ. Hari tue kami dapat jumpa dia kat kedai tue.