Written by AbangNara | September 25th, 2009

nuffnang awards

#Nuffnang Blog Awards ini dibawakan khas oleh Pringles dan Singapore Tourism Board

Terkedip-kedip mata kami menahan rasa tidak percaya apabila BeautifulNara telah dicalonkan dalam bukan satu tapi dua kategori Nuffnang Blog Awards. Best Entertainment Blog sememangnya masih boleh dipercayai tapi Most Influential Blog tue sememangnya agak sukar kami terima hakikatnya.

Nampak sangat yang kami tak sedar betap berpengaruhnya BeautifulNara nie sebenarnya dalam dunia bloggers. Ini semua adalah jasa baik anda semua yang telah menyebarkan nama BeautifulNara ke seluruh pelusuk Malaysia, Brunei, Indonesia dan bermacam-macam negara lagilah. Terima kasih banyak-banyak kami ucapkan.

Jika tak ada aral melintang, 23 Oktober ini kami akan ke Singapura untuk melalui sendiri malam gala gemilang red karpet Nuffnang Blog Awards ini. Harapan kami semestinya tak nak pulang dengan tangan kosong. Jadi sebab itulah kami tulis artikel ini ingin memohon jasa baik 500 ribu pembaca  BeautifulNara setiap bulan untuk mengundi kami.

Tahukah anda bahawa 50% markah untuk menentukan pemenang ialah datangnya daripada undian anda? Nampak tak kat tepi sebelah kanan nie ada “Undilah BeautifulNara” ? Bantu kami, tolong kami dan undilah kami setiap 2 jam. Kalau sehari 20 ribu pembaca kami mengundi, tak mustahil untuk BeautifulNara menang  salah satu anugerah daripada pencalonan yang ada.

Oh ya lupa nak bagitau yang sebelum anda boleh mensubmit undian, anda kena undi untuk semua kategori. Jadi kami ada permintaan khas. Undilah RedMummy untuk Best Parenting Blog dan NicoleKiss untuk Best Travel Blog. Diorang berdua ini adalah geng-geng Project Alpha kami yang sangat-sangat best dan sempoi. Sambil mengundi BeautifulNara mintak tolong undi diorang sekali ye.

Jadi silalah undi BeautifulNara, RedMummy dan NicoleKiss menggunakan kotak undian di sebelah kanan ataupun boleh terus undi di sini. Segala undian anda kami sangat-sangat hargai dan ucapkan ribuan terima kasih.

nuffnang awards

Written by AbangNara | September 24th, 2009

scha al yahya

Sesungguhnya indah sungguh ciptaan Tuhan yang bernama manusia ini. Cukup sempurna tambah-tambah lagi bila di pagi hari Raya. Tersangatlah comel Scha Al Yahya di mata kami nie. Simple je. Tak perlu make up tebal-tebal dan tak perlu pakai baju berkelip-kelip. Tetap maintain cute gitu. Memang meruntun jiwa raga tengok Scha nie.

Gambar-gambar Scha Al Yahya di Hari Raya nie kami amik daripada Facebook Scha. Korang pun boleh add Scha kat Facebook kalau nak tau latest update pasal dia.  Yang terbaru katanya Awan Dania musim ke 2 akan keluar kat Astro Ria 28 September nie. Inilah contoh artis-artis yang bijak menggunakan teknologi Internet untuk lebih mendekati peminat-peminat dia. At least walaupun jauh di mata tapi dekat di Facebook. Hehehe.

Lagi gambar Scha Al Yahya di pagi Aidilfitri dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | September 24th, 2009

#Sila skroll ke bawah untuk gosip terbaru

Xpax

Kami kompem korang berabih banyak duit untuk hari raya kan? Sebab kami pob sama gak. Beli baju la, kasut lah, tudung, songkok, baju melayu, belum kira duit raya anak buah lagi. Semuanya menggunakan pulu$.  Tapi ada satu perkara yang korang boleh buat tanpa menggunakan duit, tapi ini dikira HADIAH hari raya untuk diri korang sendiri.

Hadiah ni memang best ; ada gaya, apa lagi kalau bukan Xpax Blackberry Curve 8520. Korang cuma perlu pre-register sekarang tanpa perlu bayar apa-apa. Bila Xpax launch Blackberry Curve 8520 ni, korang akan jadi orang terawal yang dapat tahu tentang harga & pakej yang bakal ditawarkan kepada pengguna prepaid Xpax.

Kenapa kena jadi orang terawal?? kalau register lepas Xpax launch pon boleh kan? Kami tahu mesti soalan ni bermain-main dalam kepala korang. Burung yang keluar sarang awal akan dapat cacing dulu. Begitulah bak pepatah orang putih (early bird gets the worm). Katakanlah korang ada hati ngan Xpax Blackberry ni tapi korang nak tunggu dulu, nak tunggu launch laa..nak tengok dulu lah. By the time korang nak beli, habis. Haa, camne? Menangis tiada guna.

Oklah, cuba kita tengok lagi kelebihan Xpax Blackberry Curve 8520 ni….

  • Hardware/Processor : 512Mhz processor
  • Dimensions (mm) : 109 x 60 x 13.9 mm
  • Weight (g) : 106 (ketupat pon tak seringan ni)
  • QWERTY-Keyboard
  • Navigation Key : Trackpad macam laptop
  • Memory Slot : microSD/SDHC, up to 16GB  (boleh letak lagu raya)
  • Wi-Fi boleh layan BeautifulNara sambil minum kopi sedap  Starbucks, penuh gaya
  • Camera 2.0 Megapixels dengan Max. Resolution 1600x 1200   boleh korang jadi paparazzi kalau jumpa artis jgn lupa amik gambar pastu hantar kat BeautifulNara OK….

P.S: Nampak tak ada “Undilah BeautifulNara” kat tepi tue? Untuk pengetahuan anda, kami telah dicalonkan untuk 2 kategori dalam Nuffnang Blog Awards iaitu Best Entertainment Blog and Most Influential Blog. Memang terharu gila-gila sebab umur BeautifulNara tak sampai pun setahun lagi dah dapat pencalonan untuk 2 kategori. Jadi kami nak mintak jasa baik korang semua, undilah kami di sidebar tue setiap 2 jam. Tapi kena vote untuk semua kategori baru la boleh submit vote anda. Mintak tolong ye ^_^. Thanks a a lot.

Written by AbangNara | September 24th, 2009

wan aishah mahsuri

Mahsuri. Siapa yang tak tahu cerita Mahsuri sila angkat tangan anda sambil membuat muka tak malu. Alamak, kami pun dah tak ingat sangat dah(sambil menahan malu di muka). Haha. Sapa yang ingat tue boleh la cerita kat kitorang di ruangan komen nanti.

Tapi yang pastinya sumpahan Mahsuri yang 7 keturunan dia tak boleh nak jejak kaki kat Langkawi. Kalau jejak je muntah-muntah tue. Memang gile ah sumpahan Mahsuri nie.

Jadi siapa pulak Wan Aishah nie? Melalui apa yang digembar-gemburkan, si Wan Aishah nie adalah keturunan ke 7 Mahsuri. Kiranya dia nie kalau jejak kaki kat Langkawi pun tak rasa apa-apa la. Sumpahan Mahsuri tue dah berakhir bila kat dia. Leh la merasa shopping barangan duty free. Hehehe.

Ok cuba anda tengok gambar Wan Aishah nie dan bayangkan macam mana muka Mahsuri. Rasanya walaupun dah berlalu 7 keturunan, mesti ada sisa-sisa dan baki-baki iras-iras muka Mahsuri kat Wan Aishah nie. Boleh tahan jugaklah kecantikan Wan Aishah nie. Jadi semestinya Mahsuri lagi cun kan?

Lagi gambar Wan Aishah yang dikatakan waris Mahsuri dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Page 4 of 18« First...23456...10...Last »