
Adeh. Pening kepala kami baca pengakuan seorang penyanyi reggae 80-an pasal Abdul Kahar Ahmad yang lebih pemes dengan nama “Rasul Melayu”. Memang habis taksub betul penyanyi berusia lebih kurang 50 tahun nie. Cuba korang baca kenyataan dia nie:-
[note]Mengaku salah bukan bererti kalah. Pengakuan itu hanya dari sudutundang-undang kerana kami tetap yakin berada di jalan kebenaran menuju ke syurga[/note]
Ish-ish. Yang kami tak fahamnya terang-terang sangat si Rasul Melayu palsu nie dikantoikan tak puasa masa Ramadhan ari tue. Kalau pikir logik dengan terkantoinya tak puasa, compem la sangat sesat ajaran dia nie. Kan pose tue wajib. Camner ntah leh jadi Rasul kalau tak pose. Ish-ish.
Nie satu lagi kenyataan penyanyi 80-an nie. Compem mamat nie dah kena brainwash dengan clorox ngan Haji Kahar:-
[note]Tidak mengapa kalau seseorang itu minum arak atau berpakaian seksi asalkan jiwanya positif selepas mencapai tahap 100 peratus asas ajaran.[/note]
Lepas baca kenyataan yang satu nie plak, kami dengan yakinnya percaya penyanyi 80-an nie dah terencat akal. Ada 2 kemungkinan iaitu dia sememangnya dilahirkan terencat ataupun dia dengan sengajanya merencatkan diri.
[note]Rasul juga diturunkan kepada setiap bangsa dan Haji Kahar untuk orang Melayu. Bila seseorang Rasul wafat mesti ada penggantinya untuk memperbetulkan ajaran. Jadi bila Nabi Muhammad wafat, mesti Tuhan turunkan pengganti[/note]
Budak kecik darjah 6 pun tau yang Nabi Muhammad tue nabi terakhir. Memang power Haji Kahar nie boleh brainwash bapak budak umur 50 tahun supaya percaya dia pengganti Nabi Muhammad. Rasa-rasa dia pakai clorox jap apa ek?
Kalau korang nak baca cerita penuh penyanyi mereng + gila nie yang keluar kat Metro semalam, sila baca artikel ini sepenuhnya.
