Written by AbangNara | August 6th, 2009

saujana

Agak lama tak dengar tentang kumpulan nasyid Saujana yang suatu ketika dulu femes dengan lagu Sepohon Kayu. Paling last pun pasal kekecohan seorang bekas anggotanya, Khairul Izwan Saujana yang pergi audition One In A Million dengan gaya yang lain macam sikit.

Namun ada info baru yang kami terima baru-baru ini tentang kumpulan ini. Katanya album baru kumpulan Saujana akan diterbitkan semasa puasa nanti. Proses pembikinannya dah siap 90%. Jadi kalau anda peminat kumpulan Saujana, jangan lupa untuk dapatkan album diorang nie.

Oh selepas keluarnya Izwan daripada Saujana, ahli-ahli kumpulan nie sekarang terdiri daripada Najran, Pyan, Azalinor dan Zuhaidi. Dengar khabarnya bakal ada 2 lagi anggota baru yang akan join diorang tak lama lagi. Makin mantap la nampaknya kot.

Kalau anda berminat untuk mengenali lebih lanjut tentang kumpulan ini, ada website diorang di http://www.saujana.net.my. Lagi gambar ahli-ahli kumpulan Saujana dalam Malaysia Hari ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | August 6th, 2009

shazlin shariff

Kitoarang curi gambar nie dari OHBULAN. Hehehe. Jangan marah ek. Memang agak panas gambar Shazlin Sharif, isteri Radhi OAG. Patutlah nak mintak cerai. Mesti sebab Radhi taknak teman dia gi kelab. Hehehe.

Lagi gambar terlampau Shazlin Sharif selepas ini. Haa..ni kami dah update dah…layannnnn

 
Written by AbangNara | August 6th, 2009

al quran terbakar

Bersempena dengan Nifsu Syaaban hari ini, pagi ini kami hidangkan kepada anda suatu artikel yang lain sikit. Selalu bergosip sahaja pun tak elok jugak kan? Sekali-sekala apa salahnya merenung keajaiban dan kebesaran agama Islam.

Dari email yang kami terima, ada koleksi gambar-gambar sebuah van yang terbakar. Hangus. Habis hancur semuanya. Tapi di dalamnya ada senaskhah Al-Quran yang tidak terbakar. Kalau difikir secara logik akal selepas melihat keadaan van tue, sepatutnya memang Al-Quran nie pun turut serta hangus. Tapi sesungguhnya kebesaran agama Islam mengatasi segalanya.

Marilah kita bersama-sama sempena dengan Nifsu Syaaban nie mengambil kesempatan untuk memperbanyakkan amal. Semoga semua amalan kita diterima Nya. Renung-renungkan dan selamat beramal.

 
Written by AbangNara | August 5th, 2009

chef zam

Fuiiyooo. Itulah perkataan pertama keluar daripada mulut kami bila tengok gambar Chef Zam yang terbaru nie. Memang dah lama kami tau saiz badan Chef Zam dah bertukar, tapi rasanya dulu tak lah sekurus nie. Kagum sungguh kami dibuatnya.

Ternyata saiz dan bentuk badan memainkan peranan dalam menentukan wajah seseorang. Chef Zam dulu masa saiz besar-besar tak terserlah sangat kehenseman dia. Sekarang nie baru lah leh nampak skit kekacakan tue. Tak gitu?

Apa-apa pun, nasihat kami ialah nak kurus boleh tapi janganlah sampai menyeksa diri. Yang penting kita bersenam. Jangan makan ubat yang pelik-pelik.

P.S: Terkejut kitorang tengok jumlah komen yang masuk semenjak pertandingan pengkomen terbanyak dijalankan. Korang memang best. Salute!!!

Page 20 of 24« First...10...1819202122...Last »