Written by AbangNara | July 27th, 2009

Satu penghargaan @ tribute buat arwah Yasmin Ahmad. Kami sajikan anda video-video kompilasi iklan arahan Yasmin Ahmad. Bagi kami, sesungguhnya kekreatifan, idea dan mutu arahan beliau amat jauh berbeza dengan pengarah-pengarah yang ada sekarang. Mungkin Khabir Bhatia dan Afdlin Shauki jerlah kot yang boleh diharap untuk buat lain daripada yang lain.

Lagi kompilasi video iklan Yasmin Ahmad dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Sila lihat iklan Raya. Memang sedih gile. Nangis jap kitorang.

 
Written by AbangNara | July 26th, 2009

jenazah yasmin ahmad

Jenazah Allahyarhamah Yasmin Ahmad telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya sebelum Zohor tadi. Sekali lagi kami nak ucapkan takziah kepada keluarga, saudara mara dan sahabat handai arwah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Di kesempatan ini kami ingin mengambil kesempatan untuk mengajak pembaca-pembaca semua untuk berhenti mempersoalkan jantina Yasmin Ahmad. Sama ada Yasmin Ahmad lelaki, perempuan atau khunsa, itu hanya Dia yang tahu.

Selok-eloknya janganlah mengutuk atau mencaci orang yang telah pergi. Sama ada iklan ataupun filem arahan Yasmin Ahmad tidak menepati kehendak agama, itu tak bermakna kita ada hak untuk mencerca beliau. Tambah-tambah lagi Yasmin Ahmad sudah pun meninggal dunia. Sebaik-baiknya biarlah puji-pujian sahaja yang diberikan kepada beliau.

Kalau Michael Jackson yang tak kita tak pasti agamanya Islam atau pun tidak boleh kita puji dan sanjung, inikan pulak sememangnya seorang saudara kita dalam agama Islam. Kami pun bukanlah baik sangat. Cuma seeloknya dalam keadaan sedih begini, janganlah menambahkan lagi kekusutan dan kesedihan kaum keluarga Yasmin Ahmad.

Marilah bersama-sama kita sebagai saudara semuslim mensedekah Al-Fatihah kepada arwah Yasmin Ahmad.

Written by AbangNara | July 26th, 2009

yasmin ahmad

Kira-kira jam 12.15 tengah malam tadi, Yasmin Ahmad telah disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak. Kami di BeautifulNara mengucapkan sekalung takziah buat keluarga Yasmin Ahmad. Marilah kita bersama-sama mensedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Yasmin Ahmad. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Buat mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang biodata Yasmin Ahmad, sila baca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | July 25th, 2009

gambar bogel mawi

Tergelak sakan kami sekejap bila tengok gambar bogel Mawi nie. Nampak jelas memang disuperimpose oleh mereka-mereka yang sengaja nak menjatuhkan Mawi. Tapi Mawi jugak yang untung, senang-senang dapat publisiti murahan. Mesti ramai yang google carik gambar bogel Mawi nie.

Mungkin pasnie ada orang dengki buat gambar bogel Ekin plak. Bahaya betul jadi artis kat Malaysia nie. Orang kita tak boleh nak tengok orang lain senang skit. Mula la keluar gambar lucah la, video 3gp la, sihir sana sihir sini la. Nasihat kami kalau anda nak jadi artis, fikir-fikirla benda-benda nie semua sebelum wat keputusan.

Apa pendapat anda lepas tengok gambar bogel Mawi nie? Kami memang tak percaya sebab badan Mawi nampak tough dalam gambar nie. Sebab kami rasa Mawi buncit. Takderlah ada ketul-ketul cam kat gambar atas nie. So kesimpulannya, gambar bogel Mawi nie sah tipu.

Page 5 of 22« First...34567...1020...Last »