Written by AbangNara | July 28th, 2009

.

Sekarang ni dok tersebar kat internet ngan facebook kata lagu ni dinyanyikan oleh MJ. kalau dengar suara memang sebijik suara Micheal Jackson. serak-serak basah dia tu memang sama lah!  Tipah Nara pon tertipu jugak ingatkan MJ nyanyi.

Tapi lepas menyiasat secara mendalam ala-ala Conan, kami dapat tahu sebenarnya lagu ni dinyanyikan oleh Zain Bhikha, seorang penyanyi Nasyid dari South Afrika. Lagu-lagu nasyid dia memang sedap, suaranya lunak merdu macam MJ memang boleh melembutkan hati lagi-lagi lagu dia tentang islam. Korang boleh cek pasal nasyid dia kat sini

Sebabkan banyak spekulasi pasal lagu ni, Zain Bhikha siap tulis dalam blog kata lagu ni memang dia yang nyanyi.

 
Written by AbangNara | July 28th, 2009

radhi oag dan isteri

Isteri Radhi OAG, Shazlin bersumpah yang dia telah tidur dengan lelaki lain. Itu kata Radhi OAG sebagai sebab dia menceraikan bini dia. Tapi bila tanya tentang sumpah tue, si Shazlin cuma mengaku yang dia bersumpah dia ada kenal laki lain, tapi tak tidur ngan laki tersebut.

Tambah panas bila Radhi cakap dia ada bukti SMS manja bininya ngan lelaki tersebut. “Baby I Miss You” itulah isi SMS yang membuatkan Radhi panas tahap air cerek yang sedang dijerang. Kalau kitorang pun akan panas baca SMS macam tue untuk orang yang kita sayang. Tak gitu?

Selalunya kalau berlaku penceraian, lelaki yang dipersalahkan. Main kayu tiga lah, pasang skandal kat belakang bini atau maybe terlalu sibuk carik rezeki sampai anak bini terabai. Tapi dalam kes nie, nampak macam si Shazlin pulak yang bersalah. Nampaknya kadang-kadang perempuan pun boleh jadi punca jatuhnya rumah tangga seseorang.

Tapi buat masa ini, janganlah kita membuat keputusan siapa yang bersalah dalam kes penceraian Radhi OAG dan Shazlin nie. Kita tunggu apa kata mahkamah. Kadang-kadang benda hal rumah tangga orang nie lebih complicated daripada apa yang kita sangka. Hanya mereka-mereka yang terlibat jer lebih mengetahui apa sebenarnya yang terjadi.

Ada tips-tips tak untuk memastikan rumah tangga sentiasa bahagia? Kongsilah ngan kami. Jangan malu-malu tau. Nak gak tau pengalaman anda semua.

Written by AbangNara | July 28th, 2009

dynas mokhtar

Dah lama tak dengar khabar pelakon Dynas Mokhtar sejak keguraun kadungan . Nampaknya dia dah kembali aktif berlakon. Selain tue Dynas dan Awal ada bergabung untuk jual baju-baju fesyen terkini. Gambar-gambar terbaru Dynas Mokhtar nie pun kitorang amik daripada website @ blog Dynas Mokhtar.

Tapi secara jujurnya kitorang tak berkenan langsung ngan fesyen-fesyen baju yang Dynas peragakan nie. Nampak tak kenalah ngan gelaran seorang isteri dan seorang wanita Melayu. Terlalu seksi dan tak cukup kain di mata kitorang.Itu hanyalah pandangan peribadi kitoarang. Mungkin bagi remaja-remaja masa kini yang moden, inilah fesyen terkini dan terbaru yang sepatutnya dipakai semua orang.

Cuma satu kami kasihankan kat Dynas nie. Ada ke patut ada khabar angin cakap kandungan dia gugur sebab Dynas seksi sangat. Ish-ish. Tak baik cakap macam tue. Pastue ada rumours gak cakap Dynas sengaja gugurkan kandungan. Sungguh celaka mulut-mulut manusia yang buat fitnah macam tue.

Lagi gambar terbaru dan terkini Dynas Mokhtar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | July 27th, 2009

jenazah yasmin ahmad

Sememangnya pemergian Yasmin Ahmad, pengarah yang bagi kami sangat berbakat dan kreatif telah memberikan satu impak yang kuat kepada dunia hiburan tanah air. Ramai artis-artis yang melahirkan rasa kesedihan, terkejut dan kehilangan sebutir permata dalam bidang perfileman Malaysia.

Lepas ini tak adalah lagi iklan-iklan raya Petronas yang best, sedih dan mencuit hati. Terutamanya iklan time Hari Raya nanti. Tak ada lagi filem-filem yang agak luar biasa. Tidak tipikal seperti filem pengarah-pengarah Malaysia yang lain. Sikit-sikit cerita seram yang tak menyeramkan, cerita cinta bodoh dan cerita-cerita tak masuk akal macam seorang Prof tue.

Ramai sungguh manusia yang turut serta dalam pengkebumian jenazah Yasmin Ahmad di Subang Jaya semalam. Dari gambar yang kami tengok, rasanya beratus-ratus peminat, rakan artis dan kaum keluarga yang menghadirkan diri. Mungkin semua ingin mengambil peluang terakhir untuk bersama beliau.

Dengar ceritanya TV3 pun akan mengadakan satu program tribute untuk Allahyarhamah Yasmin Ahmad. Bagus la gitu. Rasanya lepas nie mungkin ada negeri-negeri yang berebut-rebut nak bagi gelaran Dato’ kepada beliau. Bukan niat nak menunding jari atau menyalahkan sesiapa. Sememangnya lumrah manusia, sesuatu yang dah tiada baru nak dikenang dan dihargai.

Sebab itu hari nie kami pun nak mengambil kesempatan membuat tribute kepada beliau. Jadi kalau tak ada gosip-gosip artis lain, harap anda semua dapat memahami. Ini saja cara  yang kami termampu untuk menunjukkan perhargaan terhadap beliau.

Lagi gambar sekitar pengkebumian jenazah Yasmin Ahmad dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Page 4 of 22« First...23456...1020...Last »