Written by AbangNara | July 29th, 2009

Tahniah kami ucapkan kepada Johan dan Ozlyn yang telah pun mendirikan masjid Ahad lepas. Majlis hanya dibuat kecil-kecilan sahaja dengan hanya saudara terapat jer dijemput. Apa-apa pun yang penting sekarang dah bergelar suami isteri.

Dulu Johan dan Ozlyn nie pernah dilanda kontroversi gambar berpeluk di khalayak ramai. Rasanya Johan nie memang suka menunjukkan kasih sayang dia kot. Kalau tak caya perati betul-betul gambar kat atas tue. Tengok tangan Johan kat ner. Hehehe.

Sekali lagi tahniah wat Johan dan Ozlyn. Semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu.

p/s : gambar tak ter-attach ,  awat u all  tak sms bagitauu~~~ :p

Written by AbangNara | July 29th, 2009

almy nadia

Dah lama kami nak tulis pasal nie tapi asyik terlupa jer. Terkejut kami baca BiPop Ahad lepas bila Almy Nadia bagitau sesuatu tentang seorang Diva. Sebelum tue kami nak cakap betapa kesiannya hidup si Almy Nadia nie. Sungguh kejam orang yang menyantau dia daripada tahun 2006 tue. Dahd ekat 3 tahun dah nie. Cukup-cukuplah tue.

Korang baca kat bawah nie kenyataan Almy Nadia pasal sorang diva nie. Seram beb bila pikir-pikir balik.

[note]Selain pengalaman di santau, saya juga ada pengalaman bekerja dengan seorang artis ini yang kononnya bertaraf diva! Apabila saya ada babak dengan dia, saya tak boleh berdialog dengannya. Bertentang mata dengan dia pun saya tak mampu, saya jadi gagap! Lama-lama boleh jadi bodoh sehingga saya tak boleh nak hafal skrip!

Saya hairan, apa dah jadi, sebelum ini saya berdialog dengan artis lain, boleh. Mengapa apabila diminta berdialog dengan artis diva ini, tiba-tiba saya tak boleh? Lama kelamaan dah masuk dua tiga babak, ini tak boleh jadi! Bayangkan, apabila saya bertentang mata dengannya, nak mula berdialog, tiba-tiba fikiran saya jadi kosong!

Akhirnya saya minta tolong seorang kawan. Macam mana nak berlakon ni, saya ada beberapa hari lagi nak habiskan drama ini. Kalau asyik blank saja apabila diminta berdialog, matilah saya kena marah dengan pengarah! Teman saya tadi minta saya selawat nabi banyak-banyak dan niat dalam hati, kita nak bekerja, insya-Allah selepas ini saya boleh terus bekerja.

Alhamdulillah, berkat doa, baca-baca ayat yang patut, akhirnya saya boleh berdialog dengan diva berkenaan. Apa hal, boleh pula? Saya hairan, apabila artis lelaki berdialog dengan si diva ini, boleh pula, namun apabila tiba giliran saya jadi blank. Tapi, selepas selawat banyak-banyak, nampaknya saya mampu berdialog lancar dengan artis diva tu! Akhirnya Tuhan tunjuk jalan yang benar.

Kini, saya dah boleh nampak warna sebenar artis diva itu. Kulitnya saja cantik dan putih, rupa-rupanya hatinya hitam lekat! Sekali pandang wajahnya, oh cantiknya, so sweet… Tiba-tiba apabila saya dah boleh bertentang mata dengannya, mampu berdialog, rupa-rupanya diva berkenaan hanya manusia biasa. Saya lihat pada wajahnya ada juga jerawat, parut pada badan, kakinya?

Tapi, sebelum itu, ketika saya tak mampu bertentang mata dengannya, saya lihat diva itu seorang bidadari yang sungguh cantik! Penampilannya sungguh sempurna, umpama bidadari yang baru turun dari kayangan! Tapi, selepas Tuhan buka mata saya, baru saya perasan, diva ini macam orang lain juga, tak sempurna. Kentut busuk, hisap rokok juga! Akhirnya sifat bidadari diva berkenaan hilang macam itu saja! [/note]

Siapakah Diva yang dimaksudkan oleh Almy Nadia nie? Dato’ Siti tolak ke tepi dah sebab dia tak pernah berlakon. Siapa ek diva yang pelakon? Kalau betul la kata Almy Nadia, rasanya compem si diva nie pakai susuk. Depan orang nampak cun melecun, tapi sebenarnya berkedut sana sini.

Seram jugak ye industri hiburan Malaysia nie. Macam-macam perangai orang ada. Nie semua gara-gara tamak nak duit la nie. Lagi satu sebab dah gile populariti. Kalau dah tua buat lah cara tua. Takyahlah nak guna bomoh ke susuk ke nak kasik nampak maintain cun.

Written by AbangNara | July 28th, 2009

tiz zaqyah

Bila tengok gambar Tiz Zaqyah, pelakon heroin drama Nurkasih nie, memang terserlah kecomelan dan keayuaan dia bila pakai tudung. Tapi dalam realiti hidup sebenar, Tiz Zaqyah nie tak pakai tudung. Mungkin masih belum bersedia kot. Satu masa nanti pakai la tue.

Kami sengaja taknak paparkan gambar Tiz Zaqyah tak pakai tudung sebab bagi kami dia tak berapa cantik berbanding dengan gambar memakai tudung. Sama macam artis-artis wanita lain yang berlambak kat luar sana tue. So bila pakai tudung, terserlah sikit kewatakan dia nie.

Lagi gambar Tiz Zaqyah, pelakon drama Nur Kasih dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Untuk anda yang mempunyai anak dan mahukan kecemerlangan dalam pelajaran untuk anak anda, apa kata cuba program Skor A. Semuanya secara online dah mudah jer. Nak tahu lebih lanjut klik sini.

 
Written by AbangNara | July 28th, 2009

memey suhaiza

Ada seorang artis nie. Muda lagi. Dulu dia tak femes. Tapi sekarang nie nama dia menjulang naik. Macam menjulangnya api kena bakar. Semuanya bermula dengan kisah tangkap basah dia bersama seorang artis lelaki bernama Norman.

Pas kena tangkap berdua-duaan artis ini cakap diorang kawan je. Tak ada perasaan cinta. Pastue dalam sebulan dua tiba-tiba cakap tengah kenal hati budi. Masih tak mengaku bercinta mengaku bercinta lagi. Tup-tup sebulan pastue mengaku Norman adalah lelaki paling penting dalam hidup dia. Tiba-tiba yang terbaru dah jadi pengurus Norman.

Bukan patutnya Norman selaku artis lama yang harus jadi pengurus artis baru ini? Pandai sangat ke artis baru nie nak mengurus artis veteran kelapa tua cam Norman nie? Atau sengaja nak amik kesempatan meluangkan semua masanya bersama Norman?

Siapakah artis wanita ini? Anda tahu? Kalau tau bagitau lah kami. Walaupun kami dah tau, tapi kami tak mampu nak sebut nama dia. Sebabnya kami adalah blog yang anti ngan artis pompuan nie.

Untuk lebih klu dan lihat gambar artis ini, sila baca artikel ini sepenuhnya.

 
Page 3 of 2212345...1020...Last »