Written by AbangNara | July 30th, 2009

fauziah latiff

Lama sungguh tak dengar khabar penyanyi Fauziah Latiff nie. Masa muda-muda dulu memang hebat dia nie. Lagu dia semua mantap-mantap. Teratai Layu Di Tasik Madu tue memang salah satu feveret kitoarang. Memang layuuu je mendengarnya. Kak Jee punya vokal memang terbaik!!!

Yang terbaru Kak Jee bakal muncul dalam pementasan teater Muzikal Tun Abdul Razak di Istana Budaya. Oh ya, Kak Jee kini dah menjanda selama 2 tahun. Sejak bercerai dengan Johan Indot, Kak Jee lebih banyak habiskan masa ngan aktiviti-aktiviti macam menyelam ngan naik moto. Mungkin nak buangkan boring kot.

So sesiapa yang rasa berminat kat Kak  Jee leh la cuba hantar resume. Masih maintain cun tue. Badan pun tak kurus sangat tak gemuk sangat. Sedang-sedang ajerlah. Cuma dah dua kali menjanda la. Kalau yang tak tahu Kak Jee sebenarnya bercerai 2 kali.

Apa-apa pun kami ucapkan selamat maju jaya kepada Kak Jee. Lagi gambar terbaru Fauziah Latiff dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | July 30th, 2009

fauzi

Nampaknya sesusah mana pun kami bagi kuiz, pasti anda boleh jawap. Nie yang rasa malas nak bagi kuiz nie. Memang tepat sekali tekaan anda semua yang lelaki bersama Scha di dalam artikel sebelum ini ialah Fauzi Baadila, seorang pelakon Indonesia.

Sebenarnya Scha telah diterbangkan ke Bandung Indonesia untuk jadi model dalam video klip kumpulan Hujan. Untuk lagu apa tak tahu plak. Tapi maybe lagu Kotak Hati kot. Takpun lagu Mencari Konklusi. Oh lupa, Hujan akan jadi artist of the month untuk Channel V nanti. So jangan lupa tengok.

Bercakap pasal Fauzi Baadila nie, dia sememangnya tak ada skandal apa-apa dengan Scha. Fauzi Baadila dah berkahwin dengan seorang model berumur 19 tahun. Ada darah-darah orang Uzbekistan sikit bini dia nie. So setakat Scha nie maybe dia pandang sebelah mata jer kot.

Antara filem dan drama lakonan Fauzi Baadila ialah 9 Naga, Suami-Suami Takut Istri dan Tentang Kamu. Kitorang tak pernah tengok lakonan dia tapi dari dengar ceritanya hebat jugak mamat nie berlakon. Mungkin sebab tue dia dia dipanggil jadi hero dalam video klip Hujan nie kot.

Lagi gambar Scha Al-Yahya dan Fauzi Baadila dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
 
Written by AbangNara | July 29th, 2009

scha al yahya

Sungguh macho, hensem dan kacak jejaka di sebelah Scha Al-Yahya dalam gambar di atas. Siapakah dia? Adakah dia kekasih baru Scha? Adakah Scha dah putus cinta dengan Fahrin dan kini memadu kasih bersama jejaka di atas?

Kali nie soalan kuiz kami agak susah. Esok kami akan bagitau jawapannya.

P.S: Bersempena dengan Hari Merdeka, pertandingan pengkomen terbanyak akan muncul kembali. Butiran lengkap dan hadiah akan kami maklumkan esok. Sila tunggu dengan berdebar-debar. Hehehe.

 
Written by AbangNara | July 29th, 2009

cristiano ronaldo

Siapa kata selebriti perempuan jer yang boleh menyeksi. Selebriti lelaki pun boleh jugak. Cuma mungkin artis-artis lelaki Malaysia badan tak cukup tough jadi malu nak pakai baju tak cukup kain. Tapi mungkin gak diorang tough cuma takut kena banned macam abang Faizal Tahir kita.

Disebabkan sukar nak mencarik selebriti lelaki Malaysia yang tak cukup kain, kali ini kami bawakan anda gambar Cristiano Ronaldo. Rasanya semua orang kenal kan Cristiano Ronaldo? Dia adalah pemain bola sepak termahal selepas berpindah dari Manchester United ke Real Madrid.

Kalau korang nak tengok jugak gambar artis-artis lelaki Malaysia menunjukkan badan diorang yang kurus keding, kami cadangkan anda belilah majalah Mangga. Banyak artis-artis lelaki jadi mangsa buat photoshoot kat tepi swimming pool. Konon habis manja la tue. Menyampah lagi dibuatnya adalah.

Sebelum anda lihat lagi gambar-gambar Cristiano Ronaldo, kami tahu ramai pembaca blog BeautifulNara ini adalah wanita. Jadi kami nak tanya pendapat anda, adakah bentuk badan lelaki yang tough macam Cristiano Ronaldo nie boleh jadi daya penarik kepada wanita? Ha, jawap jangan tak jawap. Hehehe.

Lagi gambar-gambar Cristiano Ronaldo seksi style lelaki dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Page 2 of 2212345...1020...Last »