Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

(PANAS)Amelina Palsukan Identiti Kerana Privasi

Friday, July 31st, 2009

kes amelina

Sesungguhnya kami cukup kagum dengan Amelina. Rasanya semua orang tahu kes Amelina tak bayar sewa rumah. Tapi mungkin ramai tak tahu yang masa Amelina sign kontrak sewa rumah tue, dia guna identiti yang palsu. Alasannya boleh baca di bawah:-

Saya tidak pernah menipu, saya hanya ingin mengelirukan beberapa pihak dan mengelakkan sebarang publisiti dibuat tentang saya dan keluarga. Kerana itulah saya menggunakan nama Datin Norazlina binti Tan Sri Hj Amir Sharipuddin untuk mengelak orang tahu tentang saya. Saya dah lali dengan hidup sebagai selebriti selama ni. Kini saya mahukan privasi dan tidak mahu orang jaja-jaja nama saya lagi.

Pergh. Kagum. Sesungguhnya bukan senang nak cari selebriti dan artis yang lali dan bosan dengan kehidupan yang femes. Artis-artis Malaysia makin hari makin gile glemer ada la. Tak ada citer wat citer. Tak ada kontroversi pergi wat kontroversi. Semata-mata nak pastikan kefemesan tak jatuh.

Sepatutnya mana-mana artis-artis yang dah tua jangok tue tirulah Amelina nie. Insap sikit. Ini tak, makin tua makin kecoh. Fitnah orang tak bayar hutang la apa la. Tangkap gambar seksi la. Ish-ish.

Apa-apa pun Amelina kami doakan kes nie setel secepat mungkin supaya privasi anda kembali semua. All the best.

(GAMBAR)Ahya, Model Lelaki Seksi Part 2

Friday, July 31st, 2009

ahya normah damnhuri

Hohoho. Nampaknya dah banyak komen-komen dan pandangan anda semua tentang artikel pertama gambar Ahya, anak Normah Damanhuri. Segala pandangan dan komen adalah hak peribadi anda.

Setiap orang berbeza taste, citarasa dan minat. Tapi bagi kami, memang kami menyampah tahap gaban ngan orang yang tangkap gambar jenis cam nie, terutamanya lelaki. Nampak tak jantan langsung di mata kami nie.

Korang layan lagilah gambar si Ahya nie. Citer banyak pun tak guna. Kali nie lebih banyak gambar basah-basah gitu. Hehehe.

(more…)

(GAMBAR)Ahya, Anak Normah Damanhuri Part 1

Friday, July 31st, 2009

ahya norman damanhuri

Adoi. Tak tau nak cakap apa bile tengok gambar Ahya, anak kepada Normah Damanhuri nie. Tersangatlah terserlah kepoyoan dia. Tak tau apa motif amik gambar tepi kolam renang basah-basah. Pastue ngan posing tunjuk badan yang tak seberapa tough. Siap ada member-member perasan yang join gak tue. Memang tak tahan.

Disebabkan banyak sangat gambar Ahya, seorang model dan seorang anak kepada si makcik Normah Damanhuri nie, kitorang buat sampai 2 artikel khas untuk dia jer. Esok pagi kitorang letak artikel yang kedua. Buat masa nie, tataplah gambar selebriti lelaki seksi nie. Asyik-asyik gambar artis perempuan leh naik muak jugak kan?

Lagi gambar Ahya, anak Norman Damanhuri dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Info pertandingan masih belum dapat disenaraikan sebab beberapa masalah teknikal. Kami sedang berusaha mencari penaja. Ada sesiapa berminat nak menaja? Kalau ada boleh hubungi kami. Nanti kami bagi pakej iklan yang menarik untuk anda.

(more…)

(TERBARU)Maizawati Kini Jual Tudung Myza Secara Online

Thursday, July 30th, 2009

tudung myza

Pandai betul bekas isteri Akhill Hayy, Maizawati Zainal meneruskan kehidupan selepas bergelar J. Sekarang nie Maizawati dah ada tudung jenama sendiri yang diberi nama tudung Myza. Maizawati jual tudung nie secara online jer kat website dia. Kalau nak tengok boleh klik kat sini.

Baguslah jugak Maiza buat macam nie. Nak harap si Akhill bagi nafkah kang terlupa plak. Duit kena carik gak. Mana tau time emergency nanti leh digunakan. Bijak jugaklah Maiza nie. Tak bergantung harap kepada bekas suami dia tue.

Oh ya bercakap pasal tuduhan sihir kepada Waheeda bak kata si Akhill. Maiza cakap daripada dia sibuk-sibuk gi carik bomoh nak menyihir Waheeda, baik dia jaga anak-anak dia. Takder keje nak menyihir nie. Buat habis beras jer. Duit pun habis gak.

Apa-apa pun tahniah kepada Maiza sebab menunjukkan kecekalan dan ketabahan hati seorang wanita. Good luck to you.

P.S: Nampak cokelat gile mata si Maiza nie. Hehehe. Oh ya, esok lah kita cerita pasal pertandingan pengkomen terbanyak tue. Hari nie tak sempat. Tapi yang penting tarikh mula ialah pada 1 Ogos nanti.

(GAMBAR)Fauziah Latiff (Jee) Yang Terbaru

Thursday, July 30th, 2009

fauziah latiff

Lama sungguh tak dengar khabar penyanyi Fauziah Latiff nie. Masa muda-muda dulu memang hebat dia nie. Lagu dia semua mantap-mantap. Teratai Layu Di Tasik Madu tue memang salah satu feveret kitoarang. Memang layuuu je mendengarnya. Kak Jee punya vokal memang terbaik!!!

Yang terbaru Kak Jee bakal muncul dalam pementasan teater Muzikal Tun Abdul Razak di Istana Budaya. Oh ya, Kak Jee kini dah menjanda selama 2 tahun. Sejak bercerai dengan Johan Indot, Kak Jee lebih banyak habiskan masa ngan aktiviti-aktiviti macam menyelam ngan naik moto. Mungkin nak buangkan boring kot.

So sesiapa yang rasa berminat kat Kak  Jee leh la cuba hantar resume. Masih maintain cun tue. Badan pun tak kurus sangat tak gemuk sangat. Sedang-sedang ajerlah. Cuma dah dua kali menjanda la. Kalau yang tak tahu Kak Jee sebenarnya bercerai 2 kali.

Apa-apa pun kami ucapkan selamat maju jaya kepada Kak Jee. Lagi gambar terbaru Fauziah Latiff dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)