Written by AbangNara | June 21st, 2009

yunalis dan sebenarnya

Terkejut kami baca Pancaindera hari nie bila ada tajuk artikel “Pakcik meninggal ke Yuna”?. Baca punya baca rupa-rupanya si Joyah tak puas hati dengan Yunalis Zarai nie.

Kata Joyah susah sangat nak wat appointment ngan si Yuna nie. Pastue ada member-member Joyah yang kena tinggal gitu ajer dengan Yuna masa kat konsert. Then kononnya Yuna terpaksa batalkan temujanji sebab pakcik dia meninggal tapi last-last muncul kat satu konsert lain.

Dengan ikhlasnya mulai hari ini kami nak jadi anti Joyah. Selamba ajer dia kutuk artis feveret kami si Yuna nie. Kami rasa Joyah sakit hati dia tak dapat nak buat temujanji ngan Yuna untuk Pancaindera itu yang dia kutuk Yuna tak ingat punya.

Kesian betul ngan wartawan-wartawan hiburan mainstream nie. Masa si Yuna nie baru nak naik semua buat derk jerk. Skang dah femes baru terhegeh-hegeh nak wat appointment semua. Tak lama lagi kompem si Joyah nie cakap tanpa wartawan si Yuna nie takkan femes. Kononnya tak dapat publisiti la daripada dia.

Sorry to say but Yuna dah memang femes dari dulu lagi. Cuma wartawan-wartawan hiburan macam Joyah nie jer tak pernah nak amik tau pasal musik underground. Tiba-tiba jer sekarang nak menyelit dan menjatuhkan nama Yuna. Panas hati kami dibuatnya.

Buat Yunalis Zarai, tabahkan hati anda. Biasalah dunia hiburan Malaysia nie. Anda tak boleh nak puaskan hati semua orang. Jangan layan wartawan-wartawan yang nak amik kesempatan macam si Joyah nie. Sila jangan ubah personaliti anda kerana diorang-dioarang nie.

Oh ya kalau anda nak layan lagu omputih Yuna yang bertajuk After Midnight sila baca artikel ini sepenuhnya. Memang sempoi beb.

 
Written by AbangNara | June 19th, 2009

sharifah aini

Seram plak kami bila tengok gambar Dato’ Sharifah Aini nie. Muka dia nampak lain macam jer. Apa rahsia?

Lagi gambar Sharifah Aini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Cian kat Kak Pah sebab S. Atan hutang dia sampai RM 80,000 lebih. Banyak tue beb. Sabar je Kak Pah.

 
Written by AbangNara | June 19th, 2009

bukti dera manohara

Terkejut besar kami bila terima email gambar @ foto kesan bukti dera di muka dan badan Manohara nie. Katanya gambar-gambar nie diamik oleh Manohara guna handphone Blackberry. Cuba tengok betul-betul gambar kat atas tue, nampak macam kesah kena cucuk ngan rokok kan?

Nampaknya ada sedikit twist dalam kisah Manohara nie. Dah kuar gambar-gambar bukti nie susah sikit nak cakap sapa bersalah. Kalau korang tengok gambar-gambar selepas nie, nampak macam kesan kena toreh kat dada dia. Menakutkan la jugak.

Lagi gambar bukti kesan dera di muka dan badan Manohara dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | June 18th, 2009

ella

Ratu Rock Malaysia, Ella bagi kami memang Ratu Rock yang sebenar. Lagu Ella memang semua tangkap rock cintan baik punya. Kami yang membesar dengan mendengar lagu Ella memang tabik 100% kat Ella yang maintain suara best dari dulu sampai sekarang.

Tapi cian jugak tengok si Ella nie. Tak kawin-kawin sampai sekarang. Takkanlah tak ada orang yang berkenan kat dia. Suara dah best, duit pun ada, muka pun cun jugak. Takkan pernah putus cinta sampai sekarang tak lupa-lupa lagi kot?

Layan lagi gambar terbaru dan terkini Ella, Ratu Rock Malaysia dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Sedih hati kami tengok iklan Inspirasi TV3 bila ada seorang artis lelaki cakap terima kasih kepada TV3 kerana banyak bagi rezeki kat dia. Nak amik hati TV3 pun janganlah sampai wat ayat bodoh tahap macam tue. Wat malu jer. Rezeki tue bukan TV3 yang kasik cik abang oi ~~