Written by AbangNara | June 22nd, 2009

eja

Rasanya inilah rahsia perkahwinan paling lama berjaya disimpan oleh artis Malaysia. Tapi disebabkan perutnya yang dah membusung 5 bulan, nak tak nak Eja kena mengaku yang sebenarnya dia dah kawin 10 tahun yang lalu. 10 tahun ye, bukannya 10 bulan ataupun 10 hari.

Kadang-kala tak tau apa reason artis-artis macam Eja nie nak rahsiakan perkahwinan diorang. Dulu Rita Rudaini rahsiakan sebab mungkin malu gi kawin kat Siam. Yang si Eja nie apa pulak sebab musababnya? Takkanlah sampai 10 tahun pun masih malu nak mengaku dah kawin?

Apa-apa pun tahniah buat Eja sebab dah mengandung sekarang. Nasib baiklah mengaku gak dah berkahwin. Kalau tak mengaku lagi tak tau la apa alasan nak dibagi bila ditanya kenapa perut membesar semacam jer.

P.S: Kepada Lovelyvic, DelimaSaraa, Mien, Akudandirimu dan Bobolia, sila emailkan no telefon yang ingin ditopup kepada borakartis [at] gmail.com. Sila gunakan email anda dan pastikan anda bagitau anda guna line Celcom ke Maxis ke. Kalau taknak topup sila bagi bank akaun Maybank untuk ditransfer duit RM10. Tahniah kerana menang pertandingan mencipta slogan kami.

Written by AbangNara | June 22nd, 2009

scha fahrin

Lelaki-lelaki di luar sana silalah patah hati kerana Scha Al-Yahya dah mengakui yang dia amat cintakan si Fahrin. Terkejut sekejap kami mendengar pengakuan berani mati Scha nie. Tambah terkejut bila tengok gambar fesyen ala-ala berkemban Scha dalam BiPop. Tak sedap mata memandang.

Buat Fahrin, tahniah kerana dapat mencurik hati si  Scha. Walaupun kami tak suka anda sangat sebab kami rasa anda agak poyo, tapi nak wat camner Scha suka kat anda. Silalah jaga Scha dengan sebaik mungkin. Jangan wat macam time bercinta ngan Linda Onn pulak.

Kepada Scha, kenapalah engkau sanggup gi pakai baju macam nie. Ish-ish. Taulah bahu tue putih, lebar dan lawa. Tapi janganlah tayang gini. Kalau BiPop yang sediakan pakaian untuk Scha, memang nak kena terajang orang BiPop nie. Ada ke bagi baju seksi camnie kat Scha.

Ops terlupa nak bagitau yang si Linda Onn tue sungguh kurang ajar. Ada ke dia cakap dia tak kenal siapa tue Scha Al-Yahya. Gelabah betul Linda Onn nie. Tak puas hatila tue Fahrin dah taknak kat dia. Tue la dulu orang tanya bercinta ke tak asyik cakap teman tapi mesra je. Kan dah melepas. Padan muka ko.

Lagi gambar Scha dalam BiPop dan beberapa keping gambar yang dicurik dari Facebook Scha dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | June 22nd, 2009

gambar terbaru sassy falak

Sungguh comel gambar terbaru Sassy Falak masa shooting filem Rosli Dhobi. Nampak macam wanita melayu terakhir. Dengan cara pakai tudung zaman mak-mak kita dulu, Sassy nampak sangat cute.

Beruntung suami Sassy Falak si Nazril Idrus dapat isteri yang sedap mata memandang. Tapi kesian jugak kami sebab si Sassy nie tak mengandung-mengandung lagi. Rasanya kawin dah lama jugak. Belum ada rezeki lagi kot.

Lagi gambar terkini Sassy Falak dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | June 22nd, 2009

video lucah personaliti berkemban

Terkesima sekejap kami membaca sebuah forum gosip tempatan hari ini. Tajuknya memang menggemparkan. PERSONALITI BERKEMBAN ADA VIDEO LUCAH. Terus nama-nama artis yang suka berkemban menerjah pikiran kitorang.

Sayangnya kami masih tak dapat video atau 3gp blue artis berkemban nie. Kalau ada pun, untuk menjaga maruah artis tersebut tak sesuai rasanya kami kongsikan video lucah tersebut.

Kami tak mahu bagi nama sesiapa tapi rasanya kalau anda membaca blog kami dari awal, pastinya anda tau siapakah artis wanita yang suka sangat berkemban. Ramai yang suka berkemban sebab itu kami tak mampu nak buat tekaan sendiri.

Nampaknya dunia artis Malaysia sekarang makin lama makin maju. Kalau dulu setakat gambar-gambar bogel dan seksi jer, skang dah naik satu level lagi. Terus wat video blue gitu.

Tahniah kami ucapkan atas kemajuan ini. Mungkin artis Malaysia menyahut seruan Perdana Menteri kita untuk menjadi 1Malaysia. Lepas nie kita tengok apa lagi kemajuan yang mampu dicapai oleh artis kita. Majulah artis untuk Malaysia.

Page 6 of 19« First...45678...Last »