Written by AbangNara | June 29th, 2009

amelina

Ish ish ish dan ish lagi. Kesian kami dengar cerita yang tentang Amelina nie. Ceritanya minggu lepas dah terjadi tapi baru nak sempat tulis minggu nie. Bukan apa, Amelina dan suaminya dah diarahkan oleh mahkamah untuk keluar dari rumah sewaan diorang.

Rumah Amelina di Kota Kemuning Shah Alam nie setiap bulan sewanya RM2700. Memang mahal gile tapi sesuailah dengan jenis rumah banglo berkembar lengkap dengan perabot.. Namun sepatutnya suami si Amelina mampu nak bayar. Sebab dengar katanya status suami Amelina nie adalah seorang Dato’. Jadi tak ada masalah lah setakat RM2700 tue.

Makin panas bila bil air dan bil elektrik yang tak dibayar dah mencecah lebih RM2000. Bila orang TNB datang nak potong, si suami nie mengamuk dan mengancam nak tembak orang. Malah si suami pernah bagi cek tapi cek tue rupanya cek tendang.

Kesian kami dengar cerita Amelina nie. Mungkin ini semua dugaan hidup untuk dia. Dari apa yang kami baca, Amelina tengah mengandung anak ke 7 dia sekarang. Harap tabah dan jagalah kandungan tue elok-elok ye.

Kami di BeautifulNara sentiasa doakan yang terbaik buat Amelina. Chaiyok chaiyok fighting!!!

Written by AbangNara | June 29th, 2009

anak kembar sharifah aleeya

Jutaan tahniah daripada kami kepada keluarga Sharifah Aleeya. Sharifah Aleeya telah pun selamat melahirkan anak kembar perempuannya secara pembedahan Sabtu lalu kalau tak silap kami.

Walaupun berharap nak melahirkan anak kembarnya secara normal, disebabkan masalah-masalah teknikal dan nasihat doktor, proses kelahiran telah dilakukan secara pembedahan.

Nama anak kembar perempuan Sharifah Aleeya masih belum diketahui setakat ini. Yang pastinya pasti tak cukup tangan Sharifah Aleeya nak layan kerenah 2 orang puteri kembarnya ini.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Aleeya dan suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin.

Written by AbangNara | June 27th, 2009

michael

Sebelum kami memulakan tribute(penghargaan)kepada Raja Pop, Michael Jackson, kami ingin menjawap persoalan mengenai agama Michael Jackson terlebih dahulu.

Berikut adalah petikan kata-kata daripada abang Michael Jackson sendiri, Jermaine Jackson:-

[note]May Allah be with you, Michael, always.[/note]

Rasa-rasanya memang betullah yang si Michael ini beragama Islam. Lagipun apabila funeralnya akan dilakukan secara private, berkemungkinan besar disebabkan akan dilakukan secara Islam. Jadi famili Michael taknak ada coverage besar-besaran pasal pengebumian.

Tapi media Barat semestinya tak akan kecohkan tentang fakta yang Michael Jackson seorang Islam. Maklumlah diorang pun agenda diorang sendiri. Jadi rasanya tak salah untuk kita sedekahkan Al-Fatihah kepada salah seorang kawan Muslim kita. Semoga roh Michael Jackson ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Michael Jackson mula menyanyi sejak berumur 4 tahun lagi. Pada awalnya MJ popular bersama kumpulan Jackson 5 dan seterusnya mula mengorak langkah untuk membina nama sebagai Raja Pop. MJ adalah pencipta kepada tarian Moonwalk(yang jalan ke belakang tue), pemegang rekod jualan album paling banyak (65 juta) dan merupakan antara artis pertama yang mengaplikasikan tarian dalam nyanyian.

Pernah datang ke Kuala Lumpur untuk tour, antara lagu-lagu popular MJ ialah Black and White, Smooth Criminal, You Are Not Alone, Thriller, Beat It dan banyak lagi. Pernah mengeluarkan 5 album selepas bergerak solo, kelebihan MJ ialah keunikan cara tarian dan kehebatannya semasa melakukan konsert.

Impak MJ kepada dunia pop sangat besar sehingga dikatakan mempunyai pengaruh yang sama besar dengan Elvis Presley. Kehebatan MJ terbukti apabila memperolehi hampir 100 juta setiap tahun untuk lagu-lagu beliau walaupun sudah lama tidak membuat album baru.

Perancangan terakhir MJ sebelum meninggal dunia ialah untuk membuat konsert bergerak bermula di London. Ternyata impian beliau tidak kesampaian kerana Dia lebih menyayangi MJ. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk melihat video-video konsert Michael Jackson semasa Tour in Kuala Lumpur.

P.S: Lagu feveret kami sudah tentunya You Are Not Alone. Anda pulak bagaimana? Farah Fawcett, salah seorang pelakon Charlie’s Angel juga telah mati semalam akibat kanser. R.I.P.

 
Written by AbangNara | June 26th, 2009

michael jackson

Michael Jackson, 50 tahun disahkan telah mati di hospital Los Angeles semalam, Khamis. Sebab kematian masih tidak dapat disahkan tapi khabarnya adalah kerana serangan sakit jantung.

Pernah digelar Raja Pop, hidup dengan penuh kontroversi terutama berkaitan dengan pembedahan mukanya dan skandal seksnya dengan budak di bawah umur.

Takziah kami ucapkan kepada kaum kerabat Michael Jackson. Pengebumian Michael Jackson masih tidak dapat diketahui akan dilakukan mengikut agama apa. Takziah sekali lagi.