Written by AbangNara | June 30th, 2009

review transformers 2

Akhirnya kami berjaya jugak menonton filem Transformers: Revenge Of The Fallen hujung minggu lalu. So kali nie kami nak kongsi review filem Transformer 2 : Revenge Of The Fallen ini bersama anda. Bagi yang dah tengok, boleh la share-share pendapat anda dengan kami.

First thing first, sesungguhnya watak Megan Fox di dalam cerita Transformers nie sangatlah sampah. Kerja dia hanyalah berlari-lari dengan baju yang hampir koyak di bahagian dada untuk tatapan ramai. Selaku wanita paling seksi 2009, Megan Fox memang menzahirkan keseksiannya dalam citer nie. Tahniah kami ucapkan kerana Megan Fox memang berjaya dalam menjiwai watak seksinya di dalam cerita ini.

Yang best bagi kami dalam Transformers 2 ini ialah scene lawan-lawan antara Autobot dan Decepticon. Kalau dalam yang first lawan dia dekat-dekat sangat sampai tak nampak apa yang terjadi, kali nie diorang lawan jauh-jauh skit. So nampak jelas dan terang aksi robot-robot nie berperang sesama sendiri.

Yang tak bestnya jalan ceritanya meleret sikit. Ada part-part macam kat kolej yang tak perlu ada. Lama sangat kat padang pasir (mungkin nak bagi can Megan Fox berseksi kat situ). Lepas tue The Fallen tue senang sangat kalah. Tak sampai seminit dah kena tarah ngan Optimus Prime.

Kesimpulannya ialah jika anda seorang yang gilakan aksi CGI dan grafik, silalah pergi tonton filem nie. Memang anda akan puas hati. Tapi kalau anda jenis seorang yang mementingkan jalan cerita, sila pergi download filem Memento.

Dari 10 bintang, kami bagi 7 bintang untuk Transformers: Revenge Of The Fallen. Anda pulak bagaimana?

Written by AbangNara | June 30th, 2009

keluarga faizal tahir

Kadang-kadang kami pun tak sedap hati nak keluarkan gosip tentang rumah tangga artis-artis Malaysia nie. Iyerlah, rumah tangga orang manalah kita tahu cerita yang sebenarnya kan? Kang kalau salah kang buat malu jer.

Tapi dari apa yang kami dengar-dengar setelah memasang telinga, khabarnya rumah tangga Faizal Tahir sekarang nie tengah dilanda ribut kencang. Kesian kami mendengarnya. Maklumlah anak paling bongsu Faizal Tahir rasanya baru beberapa bulan jer. Kalau betul tengah dilanda badai, kesannya compem besar kat anak-anak diorang.

Harap-harap apa yang kami dengar ini hanyalah gosip belaka. Baru-baru nie pun kami ada keluarkan cerita tentang perkahwinan Lisdawati dan Fauzi Nawawi yang tengah retak. Nampaknya selain musim artis berkahwin, 2009 nie tahun keluarga-keluarga artis berantakan kot.

Buat Faizal Tahir dan keluarga, harap-harap dapat tabah dan bersabar. Kepada Faizal Tahir, buat jer press conference bagitau cerita sebenar kat wartawan-wartawan Malaysia nie. Tak baik dibiarkan gosip macam nie berleluasa. Tak gitu?

Written by AbangNara | June 29th, 2009

ernie juara bintang RTM

Semalam sambil main-main dengan anak buah, sempatlah kami melayan final Bintang RTM, Malam Seribu Bintang. Secara jujurnya kami tak pernah tengok pun Bintang RTM sebelum nie. Disebabkan terasa nak tengok kecantikan Jo Anna Sue Henley Rampas secara live di kaca TV, jadi kami pun melayanlah final Bintang RTM semalam.

Persembahan finalis-finalis bintang RTM memang boleh tahan. Keputusan pun boleh dikatakan tepat. Maklumlah keputusan semua dibuat oleh juri-juri professional. Tak ada unsur-unsur SMS dalam menentukan pemenang.

Memang rezeki Ernie yang masih belajar di Tingkatan 5 untuk jadi juara malam tue. Nampaknya sibuklah Ernie tahun nie buat show. Jangan lupa ye anda tue nak amik SPM tahun nie. Menyanyi-menyanyi jugak, belajar tue jangan lupa.

Tapi Jo Anna malam tue memang menang besar. Bolot sampai 3 hadiah. Bintang Paling Popular (SMS), Persembahan Terbaik dan jugak naib juara Bintang RTM. Kalau kira-kira balik dekat RM20 ribu lebih jugak dia bawak balik malam tue.

Tak sia-sia kami promote kecantikan Jo Anna sebelum nie. Kalau anda belum pernah tengok gambar Jo Anna, kami cadangkan anda pergi baca artikel ini dan artikel ini. Sila bersiap sedia untuk cair jika anda seorang lelaki.

Tahniah buat semua pemenang. Walaupun Bintang RTM kurang promosi dan kurang kemeriahannya berbanding pertandingan-pertandingan lain, harap-harap pemenangnya berkualiti dan maju selepas ini.

Lagi gambar sekitar final Bintang RTM, Malam Seribu Bintang dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | June 29th, 2009

siti nurhaliza konsert satu

Wow. Kagum sebentar kami melihat backdrop dari gambar-gambar konsert ekslusif SATU Dato’ Siti Nurhaliza di Istana Budaya. Memang cun melecun, mantap dan mengkagumkan.

Lagi gambar sekitar konsert SATU Siti Nurhaliza dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Tahniah buat Nikki dan Audi Mok dan juga pelakon Matahari, Maya yang telah melangsungkan perkahwinan mereka baru-baru ini. Selamat pengantin baru daripada kami. Nanti kami update gambar-gambar kawin diorang.

 
Page 1 of 1912345...Last »