Written by AbangNara | May 4th, 2009

misha omar

Tahniah buat Misha Omar. Selepas 7 tahun menanti, akhirnya Misha Omar pulang dengan 4 anugerah di Anugerah Industri Muzik(AIM) yang ke 16. Pertama kali Misha menang anugerah di AIM.

Kemenangan Misha Omar ialah menerusi Lagu Pop Etnik Terbaik (Nafas Cahaya), Lagu Pop Terbaik (Cinta Adam & Hawa), Lagu Terbaik (Nafas Cahaya) dan Album Pop Terbaik (Misha Omar).

Tapi masa kami tengok AIM 16 malam Sabtu hari tue, muzik dan suaranya kurang jelas kedengaran. Maybe sound sistem tak bagus sangat. Masa Rossa ngan Faizal Tahir nyanyi nampak teruk sangat. Vokal tak dengar langsung.

Untuk lihat senarai penuh pemenang AIM 16, sila baca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Dato’ Siti Nurhaliza menang Anugerah Album Terbaik tapi tak dapat datang sebab pergi mengerjakan umrah.

 
Written by AbangNara | May 1st, 2009

tomok rinduku terhenti

Tak sia-sia kami menghabiskan kira-kira 10 ringgit untuk mengvote Tomok. Akhirnya Tomok adalah juara OIAM 3, dengan membawakan lagu khas dicipta untuknya yang bertajuk Rindu Ku Terhenti.

Tapi awal-awal tue terkejut jugak sebab Tomok dapat vote paling rendah. Nasib baik Tomok still dapat buat show lagi. Tapi rasanya itu semua tektik OIAM supaya lebih ramai orang SMS.

Lepas nie mesti ramai orang nak cari download MP3 lagu Rindu Ku Terhenti. Memang best lagu tue. Lagi best bila Tomok nyanyi dengan feelnya.

Tahniah buat Tomok. Anda memang deserve untuk bergelar Juara OIAM 3.

Page 22 of 22« First...10...1819202122