Written by AbangNara | May 31st, 2009

ah long

Sekali lagi kami nak buat iklan layanan masyarakat. Bukan apa, banyak idea dan kritikan di kepala nie yang kena dikeluarkan. Sesekali nak jugak berbincang dengan anda semua tentang negara kita yang tercinta, Malaysia.

Anda sudah tentu pernah tengok iklan-iklan Ah Long di atas kan? Kalau anda tak pernah tengok, maknanya anda bukanlah rakyat Malaysia. Oh ya, selain daripada iklan pinjam duit di atas, ada jugak iklan-iklan ubat kuat untuk lelaki. Paling kelakar ada satu tajuk iklan ubat kuat yang pernah kami nampak ialah “ANDA INGIN JADI SUPERMAN?“. Sungguh pandai teknik memikat pelanggan tukang buat iklan nie.

Berbalik kepada topik kita, minggu lepas kecoh cerita orang kena rantai dan dilokapkan macam anjing oleh si Ah Long Ah Long celaka nie. Nasib baiklah rasanya mereka yang dilokapkan nie sebangsa dengan mereka. At least taklah membuak sangat kemarahan di dada kami nie.

Apa silapnya ye? Kenapa rakyat kita suka sangat pinjam kat Ah Long nie? Padahal rasanya semua tau bahana yang bakal menimpa diorang. Kalau pinjam seribu paling koman mau kena bayar 2 ribu. Kalau tak dapat bayar, kompem kena belasah sampai koma. Takpun anak bini kena rogol, dera dan macam-macam lagi le.

Jawapannya senang saje. Anda pergi jumpa Ah Long, bawak IC je. Borak-borak kejap. Sign agreement. Terus dapat duit on the spot. Tak sampai setengah jam dah boleh dapat duit. Anda happy, Ah Long lagi lah happy.

Nak pinjam dengan bank? Jangan haraplah kalau anda tak kerja dengan kerajaan. Paling terbakar bila dengar iklan Bank Rakyat, Ini Pilihan Saya. Pilihan saya lah sangat!!!. Bayangkan orang-orang yang kerja swasta gaji bersih kalau tak cecah 3 4 ribu jangan mimpi la nak buat loan. Padahal kalau kerja goverment senang ajer dia kasik kat pinjam. Double standard namanya nie.

Malaysia kita nie perlu banyak diubah. Paling penting bagi kami ialah perubahan dari media-media kita nie. Sikit-sikit cerita ragut, rempit, bunuh, tikam sana, rogol sini. Memanglah boleh melariskan suratkhabar, tapi kesannya kat pikiran kita nie la. Hari-hari disuap dengan benda-benda jahat je, lama-lama otak kita yang suci bersih nie pun akan jadi jahat.

Eh terpanjang pulak tulis. Bila baca balik apa yang ditulis, macam tak ada isi jer. Tapi terima kasih la sebab sudi baca. Cubalah pahami apa yang kami cuba sampaikan nie. Nanti ada masa kita cerita lagi tentang negara kita Malaysia yang tercinta nie ye.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Written by AbangNara | May 31st, 2009

upin dan ipin

Comel comel comel. Hehehe. Selamat pagi Ahad!!!

Written by AbangNara | May 29th, 2009

waheeda

Terasa macam CNN pulak bila bercerita tentang gosip Waheeda, Maiza dan Akhil Hayy nie. Sana-sini ada info dan maklumat terkini. Yang pastinya semalam kami terlepas pandang kenyataan Waheeda tentang hal ini dalam Berita Harian.

Sila baca apa yang dikatakan oleh Waheeda dengan teliti dan buatlah penilaian anda sendiri:-

[note]Biarlah dia terus memburukkan saya tetapi jangan sampai saya hilang sabar hingga dedahkan segala-galanya, takut dia pula nanti tak berani keluar rumah kerana malu[/note]

Komen Kami: Nampak macam ada sesuatu yang tersangat penting kita tidak tahu mengenai Maiza nie. Mungkinkah ini hanya sekadar satu ugutan atau memang betul ada benda yang sangat memalukan tentang Maizawati Zainal sampai Waheeda pun tak sanggup nak dedahkan?

Bila ditanya sanggup tak bersemuka dengan Maiza, Waheeda pun jawap macam kat bawah nie:-

[note]Untuk apa? Saya rasa tak perlu kerana biarlah dia dengan dunianya. Lagipun masalah itu timbul antara dia dengan suaminya. Dan kalau ia benar berlaku, beranikah dia untuk bersemuka dengan saya?[/note]

Komen Kami: Terasa macam kat wrestling pulak. Yang wrestler utamanya(Akhil Hayy) tak kuar lawan lagi, tapi awek-awek si wrestler lelaki tengah lawan-lawan cakap sesama sendiri. Tapi ayat Waheeda nie memang sempoi. Siap tanya berani ke bersemuka tue. Memang yakin betul dia tak bersalah nie.

Written by AbangNara | May 29th, 2009

Selongkar punya selongkar koleksi gambar-gambar lama artis Malaysia yang kami ada, terjumpa pulak gambar Fazura yang agak seksi. See through baju yang dipakai oleh cik Fazura kita nie.

Harap-harap tak kena marah dengan peminat-peminat Fazura sebab letak gambar nie. Kalau ramai tak suka akan kami buangkan artikel ini.

UPDATE: Atas nasihat ramai, kami buang gambar Fazura nie. Tak ada niat nak burukkan sesiapa. Maaf ye Fazura yang comei.

Page 1 of 2212345...Last »