Written by AbangNara | March 13th, 2009

Terbakar jugak rasa hati nak cuba teka pertandingan di HotFm, Dulu Kini. Setakat yang kami tahu, voucher membeli belah yang ditawarkan sudah pun mencecah hampir 20 ribu ringgit. Pergh, kalau dapat tue cukup nak belanja barang dapur satu tahun.

Tapi seriously memang susah pun nak teka 2 lagu yang dimainkan oleh Kieran dan AG nie. Klu-klu yang diberikan pun taklah membantu sangat. Yang pastinya kedua-dua lagu ini dinyanyikan oleh artis lelaki berkumpulan.

Anda tahu jawapan bagi Hotfm Dulu Kini? Kongsi-kongsilah kat sini. Mana tahu ada pembaca-pembaca blog BeautifulNara akan jadi pemanggil bertuah dan boleh menang voucher RM20 ribu tue. Boleh kita kongsi sama-sama nanti.

Written by AbangNara | March 13th, 2009

hanny wahab pelakon drama wulan
Hanny Wahab, pelakon sinetron Wulan mati dibunuh selepas dirogol dalam rumahnya di Jakarta Barat, semalam. Mayatnya ditemui oleh anaknya yang bersiap ke sekolah, kehairanan kerana tidak menemui Hanny pada pagi tersebut. Kemaluan Hanny juga ada tanda-tanda dirogol malah terdapat tompokan air mani di’kawasan terbabit.

Anaknya, Ahmad terkejut melihat ibunya berbujur tanpa pakaian diatas katil dengan kesan luka di kepala tatkala membuka pintu bilik ibunya. Berdasarkan kenyataan Ahmad, katanya, Hanny ada di datangi tiga lelaki pada pukul 10 malam kejadian dan polis sedang menyiasat kemungkinan mereka terlibat dalam kejadian itu.

Setakat ini masih belum ada suspek yang di’tahan.

Written by AbangNara | March 12th, 2009

Dengan hati yang berkobar-kobar(selepas kecewa dengan filem Street Fighter, The Legend Of Chun Li), kami telah pun pergi menyaksikan filem Dragonball Evolution semalam. Semangat nak tengok bagaimana aksi Goku dengan “Kame Hame Ha”, nak tengok awan terbang dan nak tengok Pikor @ Picollo yang jahat.

Namun sayangnya sekali lagi kami telah dikecewakan. Apa kejadahnya Hollywood buat cerita Dragonball ikut suka hati mak bapak dia. Langsung tak sama dengan komik Mutiara Naga yang kami layan waktu bebudak. Main suka hati James Wong(pengarah) buat cerita Dragonball tak ikut langsung komiknya.

Goku tak ada ekor, rambut tak cacak, tetiba dah jadi besar, pergi sekolah lagi tue, pandai mengorat awek(Chi Chi kawan sekolah dia), tak ada kayu boleh memanjang dan tak ada awan terbang. Paling tak tahan Goku sebenarnya adalah gorilla suruhan Pikor(nama gelaran Oozaru). Apa kejadahnya tue.

Kame Hame Ha dia pun bodoh gile(stakat CGI macam tue, kami pun leh buat). Pikor pulak muda remaja dengan pompuan ntah mana-mana jadi orang suruhan dia. Tak ada Tenshin, tak ada Kurin dan cikgu Roshi tak pakai kura-kura punya sarung kat badan dia.

Kesimpulannya kalau anda berharap movie Dragonball Evolution nie sebijik ikut cerita komik, harapan anda akan musnah hancur lebur bak debu. Kami naik menyampah tengok Hollywood suka hati jer menghancurkan satu lagi karya dari Jepun. Lain kali baca la komik Mutiara Naga dulu, jangan main tibai jer buat filem.

Rating dari BeautifulNara: 2 dari 10 bintang.

Written by AbangNara | March 12th, 2009

lisa surihani dan awal

Siapakah yang tak single dalam filem baru I’m Not Single lakonan Lisa Surihani dan Awal? Kalau Lisa Surihani yang dah tak single, ramai jugak lelaki-lelaki kat luar sana yang menangis.

Kalau Awal yang dah tak single, sedih jugak rasa di hati. Hensem jugak rupanya si Awal nie. Nanti kami cerita pasal Abang Awal ye kat BeautifulNara. Jangan sedih-sedih.

Page 20 of 31« First...10...1819202122...30...Last »