Written by AbangNara | March 24th, 2009

contest di beautifulnara

Sila skroll ke bawah untuk baca artikel yang terbaru

Walaupun terlewat dari hari yang dijanjikan, pertandingan yang yang dijanjikan di BeautifulNara bakal bermula pada hari ini. Hadiah berupa wang tunai seperti di bawah:-

  1. Pemenang Pertama(RM100)
  2. Pemenang Kedua(RM70)
  3. Pemenang Ketiga(RM30)

Kesemua hadiah berjumlah RM200 untuk dimenangi. Namun jumlah hadiah mungkin akan ditambah(tapi takkan akan dikurangkan) sekiranya Nuffnang membayar kami ataupun sekiranya ada pihak bermurah hati nak menaja.

Cara untuk menyertai sangat-sangat mudah. Hadiah pertama hanya akan diberikan kepada pengkomen terbanyak di blog ini. Jadi pastikan anda meletakkan email anda semasa mengomen ya. Komen akan mulai dikira bermula hari ini.

Hadiah kedua dan ketiga boleh dimenangi dengan cara menulis tentang kami di blog anda. Tak kira lah anda nak kutuk ke, nak puji ke dan sebagainya. Namun sekiranya tiada blog yang sudi menulis tentang kami, pengkomen kedua dan ketiga terbanyak akan diambil kira sebagai pemenang. Mudah ajer bukan?

Tarikh tutup pertandingan ialah sehingga 15hb April 2009. Kami tahu jangka masa itu agak panjang, tapi nak buat macam mana sebab gaji kami masuk pada 15hb. Jadi kalau nak bagi hadiah pun kenalah tunggu gaji kan?

Pemenang akan diumumkan pada 20 April 2009. Jom join beramai-ramai. Jangan malu dan jangan segan. Rebutlah peluang keemasan ini. Kalau ada komen dan cadangan, sangat-sangatlah dialukan.

Written by AbangNara | March 24th, 2009

majlis cukur jambul anak nora danish

Seperti yang dijanjikan, lagi gambar terbaru anak Nora Danish, Putera Rayqal Ramli semasa majlis cukur jambul. Terlupa pulak nak beritahu yang bekas suami Nora Danish, si Rizal pun ada jugak semasa majlis tersebut.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk menilai sendiri siapa yang lebih comel, anak Nora Danish atau Nora Danish. Kami perlukan pendapat anda kerana terlalu sukar bagi kami untuk membuat pilihan.

 
Written by AbangNara | March 24th, 2009

gambar rambut pendek faizal tahir

Terkejut jugak bila tengok Melodi di TV3 Ahad lepas. Gambar imej baru Faizal Tahir berambut pendek sangat-sangat nampak lain dengannya yang sudah sinonim dengan rambut panjang mengurai.

Nak kata tak sesuai taklah jugak. Mungkin betul kata Faizal Tahir yang dia mahukan kelainan dan tak mahukan peminat dia boring dengan wajahnya yang sama.

Bagi kami di BeautifulNara, kami tak kisah Faizal Tahir nak rambut pendek ke, rambut panjang ke, rambut botak ke, asalkan suara dia maintain best dan lagu yang dia nyanyikan meletup sampai ke syurga.

Bagaimana pula dengan anda? Rasa-rasa sesuai ke tak sesuai imej berambut pendek Faizal Tahir ini? Mungkin anda rasa dia lebih muda dengan imej baru ini? Atau tidak sesuai dengan usianya yang dah tua?

Written by AbangNara | March 24th, 2009

gambar anak nora danish

Bila tengok gambar di atas, tak tahu nak cakap yang mana lagi comel. Anaknya ke emaknya? Rasa macam emaknya lagi comel. Hehehe.

Terima kasih berbanyak kepada Nora Danish kerana sanggup berkongsi gambar anaknya, Putera Rayqal Ramli dengan orang ramai. Baca kat Utusan, namanya dieja “Rayqal Ramli” tapi ada jugak orang kata “Raiqal Ramli“. Tak tahu mana satu yang betul.

Disebabkan terlalu banyak gambar anak pertama Nora Danish ini, kami paparkan dulu 5 keping gambar Putera Rayqal Ramli dan selebihnya akan menyusul tidak lama lagi.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk melihat lagi gambar anak Nora Danish.

 
Page 10 of 31« First...89101112...2030...Last »