Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

Gambar Suami Wan Sharmila

Sunday, November 30th, 2008

Wan Sharmila. Kalau berdasarkan nama Wan di hadapannya sudah tentu artis ini berasal sama ada dari Kelantan atau Terengganu. Secara jujurnya tak pernah kenal Wan Sharmila dan tak pernah ambil tahu kewujudannya di dalam dunia artis Malaysia.

Namun baru-baru ini atas pengakuan Wan Sharmila sendiri yang dia sudah berkahwin dan menjadi isteri orang, barulah tersedar akan kewujudannya. Cantik molek juga orangnya. Jom layan 2 keping gambar perkahwinan Wan Sharmila.

#Gambar kredit kepada OhBulan.

Lee Hyo Ri Sexy Pictures In London

Sunday, November 30th, 2008

Korean Pop Diva, Lee Hyo Ri kembali semula dengan gambar-gambar menarik diambil di kota London. Kecantikan, keayuan dan keanggunan pelakon dan penyanyi Korea ini terserlah dalam sesi fotografi ini. Jom kita layan gambar-gambar artis kesayangan rakyat Korea Selatan ini.

Banyak lagi gambar-gambar tangkap leleh Lee Hyo Ri jika anda baca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

Marsha Pula Gugur Janin 3 Minggu?

Sunday, November 30th, 2008

Terkejut beruk juga bila baca BiPop hari ini yang mengeluarkan gossip Marsha Milah Londoh gugurkan kandungan yang berusia 3 minggu. Bila masanya pulak bintang Akademi Fantasia ini berkahwin sampai boleh ada anak? Bila pulak Marsha dah ada pakwe? Macam-macam persoalan datang terus kat kepala ini.

Nasib baiklah bila baca ruangan gossip itu sepenuhnya, Marsha berjaya dihubungi dan menafikan khabar angin yang entah apa-apa tersebut. Marsha memberitahu yang dia masih pandai menjaga tata susila peradaban orang Asia. Tak mungkin dia nak buat begitu.

(more…)

Rosnah Mat Aris Kahwin Tapi Tak Mengaku

Sunday, November 30th, 2008

Aku sememangnya menyampah dengan Rosnah Mat Aris. Kubur dah kata mari, rumah dah kata pergi tapi masih tak sedar diri yang diri dia dah tua. Dengan style seksi yang mengalahkan pelakon-pelakon muda, Rosnah Mat Aris sekali lagi buat kecoh selepas insiden menghina isteri Rasullah.

Disahkan telah berkahwin dengan seorang pemuda yang berusia 27 tahun oleh jurunikahnya sendiri, Rosnah Mat Aris kononnya menafikan yang bukan dia yang berkahwin dengan lelaki itu. Dengan usia yang dah mencecah 53 tahun, kali ini Rosnah Mat Aris sendiri terkena dulang paku serpih.

(more…)

Fahrin Dan Scha Al-Yahya Akan Bertunang?

Sunday, November 30th, 2008

Dalam Berita Minggu hari ini, ada ruangan gossip yang menyatakan Fahrin dah Scha akan bertunang selepas Fahrin selesai menjalani final program Sehati Berdansa. Maklumat yang disampaikan kepada wartawan BiPop dari sumber pembaca sendiri.

Apabila dihubungi oleh BiPop, Fahrin menafikan kenyataan tersebut tetapi telah memberi “hint” yang dia jujur dan ikhlas ingin memiliki Scha sebagai isterinya. Fahrin menyatakan yang dia ikhlas dan mahukan sesuatu yang serius daripada hubungan ini.

Nampak gayanya kali ini Fahrin dah pandai menyatakan perasaannya secara terbuka. Tak lagi malu-malu seperti semasa bercinta dengan Linda Onn dulu. Baguslah kalau begitu. Harap-harap cinta Fahrin tak bertepuk sebelah tangan. Moga-moga Scha pun suka dan mahu juga kepada Fahrin.