Written by Bella | August 31st, 2015

Tahniah! Bekas pelajar Akademi Fantasia, Nubhan telah sah menjadi suami kepada pasangan Afifah Hidayah Ahmad Tawfek hanya dengan sekali lafaz pada hari Sabtu lepas kira-kira jam 3.30 petang dalam satu majlis tertutup di rumah pengantin perempuan yang terletak di Seremban 2, Negeri Sembilan.

Afifah telah menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 dan wang hantaran berjumlah RM20,000. Pasangan ini telah dinikahkan oleh bapa Afifah sendiri iaitu Ahmad Tawfek Zulkifly. Pihak lelaki telah menyerahkan 5 dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang hantaran oleh pihak perempuan.

Untuk pengetahuan anda, Afifah merupakan seorang pelajar perubatan di Mesir dan bakal menamatkan pengajian beliau pada Jun 2016.

Semoga Nubhan dan Afifah bahagia sehingga ke jannah dan pupuklah kasih sayang serta sifat toleransi dalam rumah tangga.

Jom kita layan beberapa foto sekitar majlis akad nikah Nubhan dan Afifah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Sumber Foto: Instagram Nubhan

13 responses to (20 FOTO) Majlis Pernikahan Nubhan AF & Afifah Hidayah

  1. tahniahh says:

    tahniah nubhan n wife..smoga kekal smpi ke jannah..plez ye..xnk dgr cita yg ruma tgga ko berangtakan nnt..doa bnyk2 mnta kekal prkhwinan ni.

    0

    0
    • Pasangan Comeiiii .... says:

      Pandai Nubhan pilih istri bakal Doc … Bukan shj berpendidikan tinggi malah seorg yg cute , cool and simple. Tahniah … Moga kalian bahagia till jannah. Aameen to both pasangan mempelai.

      Sayangkan Akhirat dngn Ilmu … kita akan dpt Ketenangn Kebahagian hakiki di Dunia dan Akhirah tp Sygkan Duniawi shj … Kebahagian Dunia Akhirah kita takkan dpt merasa. Jauh skali Ketenangan Jiwa. Slamat Berjuang.

      P.s: Buat Tasha S cepat2 bertaubat. Dapat Suami yg baik dan dpt membimbing dan melindungi kamu dunia akhirah. TS enuf is enuf baliklah ke Pangkal Jalan.

      0

      0
    • minah jambu says:

      semoga di kurnia kan baby kembar dlm masa2 yg akan datang ni..tahniah n semoga bahgia..lov u nubhan..minah jambu aje yg belom kawin2 lagi umr dh 27…emmm ape nk jadi ngan minah jambu ni..

      0

      0
  2. zaza says:

    tertnya2 jgk,,,kalaw dh jadi artis sendu ni…apa diorg buat ek utk sara hidup? nk kata dpt byk job,,,xda dgr pon nubhan ni busy sana sini. ni jerlah berita psl dia yg ada.
    papepon thniah.
    jgn senyap balik pastu muncul semula kt beautifulnara pulak ..sbb kes naik turun mhkmkh.
    #ckpAje

    0

    0
  3. Sarah Jane says:

    I like this cute couple. May Allah give you taufiq n hidayah on your wedding day and may it last till Jannah. InShaAllah.

    0

    0
  4. Anonymous says:

    harap2 janganlah jadi macam Ashraf Muslim.

    0

    0
  5. Ila says:

    Ape lh ckp cm tu….xsmestinya jd artis bru dia dapat duit tuk sara dri…
    Bnyk lg cara tuk cari rezeki…dari dri sndri je…xkisah keja ape…janji halal…ye tak??

    0

    0