2 Bulan Putus Dengan Intan Ladyana, Kamal Adli Kini Redha

Hiburan

2 Bulan Putus Dengan Intan Ladyana, Kamal Adli Kini Redha

Abang Nara hampir-hampir mengalirkan air mata membaca luahan isi hati Kamal Adli yang sanggup melutut untuk menagih cinta Intan Ladyana kembali pada saat-saat awal perpisahan mereka. Sedih beb!!! Iyerlah 6 tahun bercinta mana boleh lupakan begitu sahaja. 2,3 minggu pertama mesti jadi macam orang gila. Itu yang sanggup berlutut bagai. Namun kini setelah 2 bulan berlalu, Kamal Adli nampaknya sudah mulai redha dengan perpisahan tersebut.

kamal adli

Advertisement

Abang Nara salah seorang yang menyalahkan Kamal Adli kerana bercinta terlalu lama dengan Intan Ladyana. 6 tahun tanpa sebarang tindakan daripada pihak lelaki pastinya membimbangkan si gadis. Pada pendapat Abang Nara sekurang-kurangnya Kamal Adli kenalah pergi masuk meminang. Namun Kamal Adli ada penjelasan untuk semua itu. Katanya menerusi Kosmo:-

Saya faham, ramai yang menuding jari menyalahkan saya kerana menjalinkan hubungan terlalu lama bersama Intan tanpa sebarang ikatan yang sah. Tetapi, mereka tidak berada di tempat saya dan tidak faham tentang perkara yang sebenar.

Saya mengenalinya ketika mula-mula bergelar pelakon. Ketika itu, saya masih hijau dan kehidupan saya masih belum stabil. Rasanya, tidak elok jika saya mendirikan rumah tangga ketika ekonomi dan karier masih kurang kukuh.

Namun, semuanya telah tertulis dan saya reda dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dalam sejarah hidup saya, tidak pernah saya menyayangi dan mencintai seseorang wanita untuk jangka waktu yang begitu panjang.

Tipu jika saya langsung tidak berasa sedih. Ya, saya sangat sayangkan hubungan kami kerana tempoh percintaan yang terjalin selama enam tahun bersama Intan bukan satu senggang masa yang singkat.

Seperti yang saya katakan, jika takdir telah tertulis sebegini, saya terima dengan seadaanya.

kamal adli

Inilah baru lelaki ‘macho’. Putus cinta memang sedih namun kita sebagai lelaki harus ada maruah diri. Hidup mesti diteruskan. Kalau orang dah tak sudi, kita tak perlu terhegeh-hegeh. Cari je awek baru. Pasti ramai awek-awek di luar sana yang menaruh hati terhadap anda. Jangan putus asa. Cuma kali ini sila belajar daripada kesilapan. Jangan bercinta terlalu lama. Rasa dah berkenan terus je masuk meminang. Tak gitu? Good luck and all the best buat Kamal Adli.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...