Written by serenity | June 9th, 2015

Neelofa dilihat semakin rancak dengan pelbagai cabang perniagaan yang diceburi–antaranya tudung dan jubah Naelofar, minuman kesihatan Bella Vita dan kanta lekap Lofa Lens. Terbaru, pelakon dan pengacara genit ini telah dilantik sebagai duta untuk wangian Lancôme, La Nuit Trésor.


 photo 11163894_998704800139742_457752270652075187_n.jpg

Bukan senang mahu menjadi jurucakap Lancôme, apatah lagi Neelofa seorang yang berhijab. Di peringkat antarabangsa, antara bintang yang mewakili jenama wangian syarikat itu ialah Anne Hathaway, Emma Watson, Penelope Cruz dan Julia Roberts.

Neelofa juga baru muncul dalam telefilem Lukisan Takdir pada Ahad lepas menerusi slot Cerekarama. Lakonan Neelofa yang bersahaja dalam telefilem itu mendapat pujian ramai dan dilihat banyak kemajuan dari hasil lakonan sebelum ini. Mungkin dia telah banyak belajar dari kursus lakonan Akademi Filem New York yang dihadirinya selama sebulan sewaktu masih belum mengenakan tudung.

Semoga Neelofa akan terus maju dan sukses dalam bidang yang diceburi.

Lagi 14 gambar Neelofa di majlis pelancaran Lancôme La Nuit Trésor di Kompleks Sogo, Kuala Lumpur dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Waiyee.

Rasa sunyi bila berbuka puasa di hujung minggu?Jangan bimbang anda akan kesunyian.Jom kita berbuka puasa bersama…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 8 June 2015



 photo 11392881_998704630139759_5754271588959462440_n.jpg
 photo 11390241_998704813473074_4723044825737294244_n.jpg
 photo 11351310_998704686806420_4009297495880728047_n.jpg
 photo 11295802_998704713473084_133813691255912620_n.jpg
 photo 11295628_998704516806437_5507974910455895809_n.jpg
 photo 11229296_998704643473091_852370444563645206_n.jpg
 photo 11147200_998704513473104_5199839763845125655_n.jpg
 photo 11119121_998704740139748_3494033526773022980_n.jpg
 photo 10453342_998704776806411_5826808011924844643_n.jpg
 photo 11011751_998704846806404_2741354359548215204_n.jpg
 photo 10639700_998704586806430_2810288333143301267_n.jpg
 photo 11108954_998704650139757_3211551072861215649_n.jpg
 photo 1524925_998704716806417_4923495361119876201_n.jpg
 photo 10463034_998704760139746_7731366995879527853_n.jpg

21 responses to (15 GAMBAR)Neelofa Dilantik Sebagai Duta Wangian Lancôme, La Nuit Trésor

  1. norah says:

    Make sure no alkohol is used in the fragrance ya …

    0

    0
    • JAKIM says:

      Berikut adalah beberapa kemusykilan yang telah dijawab oleh panel penasihat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

      Kod Rujukan Soalan 0h5ne
      Soalan :
      penggunaan minyak wangi beralkohol di dalam solat atau majlis majlis ilmu bagi lelaki.
      soalan nya adakah kita boleh menggunakannya atau tidak sebab banyak yang saya dengar mengatakan tidak boleh. tetapi saya ada membaca bahawa ianya tidak membtalkan solat, jadi apa hukum sebenar untuk kita memakai minyak wangi yang beralkohol. adakah boleh atau tidak langsung jika ingin dipakai ketika solat?
      Jawapan :
      Hukum memakai minyak wangi beralkohol ketika solat adalah harus. Kandungan alkohol yang terkandung di dalamnya adalah jenis alkohol industri dan bukannya alkohol yang terdapat dalam makanan.

      Kod Rujukan Soalan g0wzt
      Soalan :
      salam ustaz..boleh ke pakai minyak wangi yang beralkohol dan kemudiannnya solat?sebab ada ustzh y ckp blh..
      Jawapan :
      Assalamualaikum..solat mereka yang memakai minyak wangi beralkohol adalah sah. Ini kerana alkohol yang terkandung di dalam perfume adalah berbeza dengan alkohol yang terdapat di dalam arak. Ringkasnya alkohol yang terkandung di dalam perfume tidak dihukumkan najis.

      Kod Rujukan Soalan 0fby1
      Soalan :
      Salam, Apakah hukumnya minyak wangi beralkohol digunakan dalam solat(ibadat).Adakah ianya najis?
      Jawapan :
      Waalaikumussalam Wrt. Wbt
      Minyak wangi beralkohol harus digunakan dalam solat. Hal ini kerana alkohol yang terkandung di dalam wangian bukan dari sumber yang najis.

      Kod Rujukan Soalan u3wk4
      Soalan :
      1.apakah hukum jika memakai minyak wangi beralkohol ketika melakukan ibadat..
      Jawapan :
      Assalamualaikum wrt., Minyak wangi yang mengandungi alkohol boleh/harus dipakai dan boleh dibawa untuk melakukan ibadat.. Alkohol yang terkandung di dalam minyak wangi adalah berbeza dengan alkohol yang terdapat di dalam arak.

      Kod Rujukan Soalan xg4ad
      Soalan :
      Assalamualaikum wbt. Saya ingin mendapatkan kepastian pengunaan minyak wangi beralkohol ketika menunaikan Solat. Terima Kasih.
      Jawapan :
      waalaikumussalam…hukum solat adalah sah. Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia telah memutuskan harus/boleh menggunakan minyak wangi beralkohol.

      Sumber : http://islamgrid.gov.my/about.php
      Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
      Tel : 603-88864000 samb. 4275/4282
      Alamat Email: islamgrid@islam.gov.my

      0

      0
    • Anonymous says:

      semua perfume ade alkohol lah..beberape percent je, boleh bawak solat..no worrie..
      bukan macam alkohol yang org togok tu.

      btw, congrats neelofa! 1st time ever yg bertudung jadi duta perfume, terkenal lagi.
      mesti perfume tu wamgi..macam tresor in love, sedap btol bau ..

      0

      0
  2. nana says:

    alkohol yg jatuh haram tu sebab memabukkan.bila sembur perfume kt badan yg tinggal bau saja.alkohol dah hilang

    0

    0
  3. abang yang tak bangang says:

    asal baju kampung sangat ni?…macam nak pergi makan kenduri kat pasir mas je. dress light purple kosong yang free flow lagi seswai rasenye. and muka neelofa ni aku tengok makin kusam sekarang bukan makin flawless cerah. asal eh

    0

    0
  4. doremon gemok says:

    duta ke? bukan selalu jadi duta ni ada gamba sign besar2 ke? takde pon gamba lofa posing tengah sign backdrop ke apa ke..takde seketoi pon walau gambar lofa dalam fb lancome? cemane tu?

    0

    0
  5. Anonymous says:

    i love u Lofaa..kiut..comelnye u ni.

    0

    0
  6. tapai says:

    suka sangat nak haramkan semua perkara, habis tu pulun jugak makan tapai pulut tuak kelapa masa raya kan… ada alkohol jugak benda tu, tapi sebab buatan sendiri so takper la.

    0

    0
  7. Mak Jemah says:

    Wahhh 1st artis berhijab jd duta utk produk yg class…
    Tahniah.

    0

    0
  8. Jifl !! says:

    Sape kate prmpuan btudung x hots . Lofa dh buktikan yg prmpuan btudung boleh hots. Congrazts lofa. You’re so beautifull

    0

    0
  9. Mischa says:

    Muka dia cantekk sgt muka I ni tak cantik

    0

    0
    • JILF says:

      Sape kate muka U x cantik . Suma ciptaan tuhan sumanya cantik. Yakinlah pada diri sendiri. Yakinlah yg kau tu cantik mischa. Love what you do and do what you love. Just chill and relaxxxx

      0

      0
  10. Anonymous says:

    Tahniah diucapkan

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Tahniah jd duta wangian . Tak sangka btoilah

    0

    0
  12. Anonymous says:

    Lukisan Takdir – lakonan terbaik lofa! tahniah.

    0

    0
  13. Jurucakap Tersembunyi says:

    kalau jadik jurucakap produk international kat malaysia takat masa launch ni je nampak muka, kat poster and iklan tv still guna jurucakap global diorang , macam yg ini terang-terang muka penelope cruz dekat poster tu , then what is the point for having local ambassador?? Sama macam Erra Fazira jadik jurucakap Estee Lauder dulu, tak penah nampak pun muka Erra dalam iklan Estee Lauder..

    0

    0
  14. Joyah Pok Pek says:

    Tak der pn pic Neelofa as spoke person for Lancome. Bangsa tu pandai kalau nak jual brg jek mesti ambil model Bumi..di Malaysia ni kuasa besar pembeli adalah Bumi

    0

    0